LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, January 6, 2012

Kuih Keria

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kuih keria menjadi kesukaan kami anak beranak.Membuatnya tak lah sukar cuma bila nak sira gulanya tu perlukan kemahiran sikit.Kita kena tahu bila masa nya yang sesuai atau  perlu dimasukkan kuih keria ke dalam air gula agar gulanya kelihatan seakan akan kristal bila siap .Bagi Cm semuanya ni dilakukan dengan  Trial and error....pernah gula hangus dan pernah pula  gula keras berketul-ketul:)....

Bahan-bahannya:)

250 gm keledek.
50 gm tepung gandum.
15 gm tepung pulut.
Secubit garam.
1 tbsp air(Cm tak bubuh)


1/3 cawan gula*
5 tbsp air.*

*Masak gula atas api yang perlahan.Bila agak agak sirap dah hampir pekat baru masukkan kuih keria.Kacau perlahan-lahan agar gula terbentuk seperti kristal dan sekata  melekat pada kuih.

Cara-caranya:)

  • Keledek di rebus hingga empuk dan di lenyek sampai  hancur.
  • Masukkan tepung gandum,tepung pulut dan garam.Uli hingga sebati.
  • Keledek yang Cm guna ini agak lembut jadi Cm tak masukkan air.
  • Bila dan sebati ambil doh dan bentukkan jadi bebola.Kemudian leperkan.Buat lubang di tengah-tengahnya seperti bentuk donat.
  • Goreng hingga warna perang.Toskan minyaknya.
  • Kemudian Sira dengan air gula sehingga gula terbentuk seperti kristal seperti gambar diatas.
  • Untuk proses menyira ini perlukan kemahiran dan dapat mengagak agar gula tidak hangus.
Komen:kuih kegemaran kami sekeluarga.Terima kasih pada Sonia kerana Cm ambil resepi dari dapurnya.


Selamat berhujung minggu semua:)

7 comments:

  1. kak hr tu sy cb buat kuih keria ni bila nk salut gula yg x menjadi...frust sgt2....:-(

    ReplyDelete
  2. lena suka warna kuning keemasan itu . Kalau cm tak mention dekat sini mengenai gula itu, lena pun tak tahu kena skill sikit buat gula itu..hehe..

    ReplyDelete
  3. Buat ni mudah tapi yang lecehnya part gula tu je selalu nak kena trial and error...hehehe...tak sabar nak gali keledek bulan 4 ni..

    ReplyDelete
  4. Salam.. berapa tu, 3 singgit ke..

    ReplyDelete
  5. Salam cm...saya sekeluarga pun suka makan kuih keria.Selalu juga buat tapi kadang2 buat bulat2 aje sebab nak cepat dan M pun ia juga hehehe...

    ReplyDelete
  6. salam rindu cikmanggis cayang..alahai kuih keria dh abiss ek..terlambat sudaa!! eh tp kita selalu fail bab nk sira gula selalunye..pastu terus maleh nk wat sendirik dah..hehe!!

    ReplyDelete
  7. Çok güzel sunum.Ellerinize sağlık.Türkiye'den selamlar..

    ReplyDelete