LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, January 8, 2012

Satay Tempe


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Selamat berhari minggu semua.Hari ini Cm nak letak resepi yang agak unik dan agak exotik khas buat penggemar tempe.Anak bongsu Cm adalah salah seorang daripada peminat tempe sejati...kami bukan orang jawa tapi suka sangat tempe:)
Bahan-bahannya:

4 bungkus tempe (dalam plastik)
10 biji cili api.
6 ulas bawang putih.
4 ulas bawang merah.
1 tbsp gula.
1/2 tsp garam.
3 biji buah keras.
1/2 cawan kicap manis.
1/3 cawan minyak jagung,

Cara-caranya:


  • Tempe dipotong kiub.
  • Kisar bawang putih,bawang merah,buah keras ,garam ,gula dan cili api bersama minyak masak  serta kicap manis hingga hancur.
  • Perap tempe dengan bahan-bahan kisar selama 1 jam atau lebih.
  • Cucuk tempe dengan penyucuk satay.
  • Panggang hingga masak,Balik balikkan seperti membakar satay dan sapukan dengan bahan bahan lebihan perap tadi.
  • Sedap dimakan dengan sambal kicap.


Komen: Apabila mula mula nampak hidangan atas meja si adik cakap"eeii tipu la...ingatkan satay tapi tempe" hehe.Pada mereka yang gemar tempe bolehlah mencubanya..rasa seakan akan tempe goreng yang dicicah sambal kicap tapi lebih harum sebab di panggang dan diperap dengan bumbu diatas.

Terima kasih pada blog Indonesian eats kerana Cm dapat ilham dari blog ini tapi minta ampun banyak banyak kerana telah pandai pandai mengubah resepi mengikut citarasa sendiri..maaf ya :)....bye..nak bersiap siap untuk kenduri kawen di Shah Alam ....

7 comments:

  1. Satay tempe?...bunyi macam ganjil tapi tentu sedap rasanya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cik Manggis
    Selamat tahun baru 2012

    *Pertama kali Kak Lin jumpa satay tempe...rasanya mesti sedap ni....sebab ada rempah2 tu...

    ReplyDelete
  3. Salam makcik...terima kasih kerana sudi mencubai mee kari tummy :)
    Tempeh mahal sekali di Melbourne, jadi satay ayam aje buat kita hehe

    ReplyDelete
  4. Asalamualaikum,
    Satay tempe ...first time kita dengar. Mesti sedap ..makan celup celup dgn kuah sambal

    ReplyDelete
  5. Salam CM,
    sedapnye tempe.. kami pun gemar sangat makan tempe. memang unik resipi ni, nampak mengancam saja.
    Ijan

    ReplyDelete
  6. As Salam CM...
    mudah nyer resepi ni.. slalu bella goreng aje letak kunyit, gara, asam sikit... nak try ar resepi nie ;) klu CM ada resepi berkaitan dengan 'tahu' kongsi ar eh ;-)

    ReplyDelete
  7. Frankly, I have yet tried tempe in my whole life. haha... I got to try this out one day. Guess, soon! haha...
    Kristy

    ReplyDelete