Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam jumaat yang penuh berkat kepada semua kawan-kawan yang Cm kasihi.Baru balik dari memghantar si Adik ke sekolah.Hujan yang agak lebat pagi ini.Cm memandu dalam keadaan pemandangan yang tak berapa terang dan jalan raya yang licin.....redah saja....
Roti ini adalah siaran tertunda .Dah lama Cm simpan resepi dan gambarnya dalam folder.Cm ambil resepinya dari blog Ayin yang seorang pakar membuat roti.Terima kasih Ayin.
Bahan-bahannya:
500 gm tepung roti.
11 gm yis segera.
100 gm gula halus.
150 gm water roux
1 biji telur.
1 biji kuning telur.
100 ml susu
70 gm butter.
1 tsp garam halus.
Intinya:
Jem durian secukupnya.
Cara-caranya:- Satukan tepung, gula,telur.water roux dan yis kedalam mangkuk.Masukkan susu segar dan uli hingga sebati.
- Masukkan garam dan butter dan uli lagi sehingga elastik.
- Perapkan sehingga doh naik dua kali ganda dari saiz asal.
- Timbang doh seberat 70 gm setiap satu dan bentukkan seperti bebola.Diamkan selama 10 minit.
- Masukkan inti durian dan bulat bulatkan.Toreh permukaan doh dengan pisau yang tajam agar terbentuk corak dipermukaannya.
- Biarkan doh kembang sehingga berganda dari saiz asal baru disapu dengan kuning telur dan hias dengan kismis di atasnya.
- Bakar dengan kepanasan suhu oven 180 darjah C selama 20 minit atau sehingga roti masak.(Perang keemasan)
Selamat mencuba:)
masyallahhh..aduhhh...lapar kak..nak sikitt..
ReplyDeleteLama i tak buat roti, busy making CNY cookies, hehehe..Dear, Thanks for your CNY best wishes to me..
ReplyDeletenampak sedap bun nya..cocok buat teman minum teh atau breakfast.. ;)
ReplyDeleteAssalam CM, nampak lembut can sangat cantik bun nih eh....waaa letak jem durian pulakss....lg la sedap kepada penggemar durian, Ummi jek x makan durian...tp kalau dah letak dlm makanan lain, suka jek baunya...so Ummi dtg amik bau je la eh..hehe
ReplyDeletesedapnya tgk roti ni cm..ada inti durian lak tu sure lagi sedap:)
ReplyDeleteWah, hebat betul CM ni! haha... Roti Inti durian! Pasti anak CM habiskan semua dlm satu round. :o) Minta maaf ya. I ni sibuk sikitlah. Kan raya dah dekat. Hope you're having a lovely holiday.
ReplyDeletecheers
Kristy