LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, January 21, 2012

Gong Xi Fa Cai....Kuih Bahulu.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pertama sekali Cm ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai  dan Happy New Year to all  our Chinese friends..with good health, pure provision, increased wisdom and thankful of Heaven's gifts. Semoga tahun Naga membawa keuntungan yang berganda:)...pada kawan kawan yang dalam perjalanan balik kampung tu..berhati hati semasa di jalan raya.Semoga selamat  pergi dan selamat kembali.



Cm baru selesai buat kuih bahulu untuk dibawa balik ke kampung sempena Tahun Baru Cina nanti.Terima kasih Cm ucapkan kepada kawan baik Cm iaitu Puan Neo kerana sudi berkongsi resepi kuih bahulu yang sungguh sedap dan unik ini.sungguh berpuas hati.


Resepi Asal Puan Neo

Bahan-bahannya:

1 1/2 kg telur ayam kampung.(timbang dengan kulitnya)
850 gm gula pasir.
730 gm tepung gandum.(Jemur hingga ringan)
1 1/2 tbsp ovalette.


Resepi Yang Cm Kecilkan Sukatannya:)

8 biji telur ayam kampung.(750 gm jika ditimbang dengan kulit)
425 gm gula pasir.
365 gm tepung gandum(goreng sekejap tanpa minyak atau Jemur di panas matahari)
3/4 tbsp ovalette.

Telur Ayam Kampung.

Cara-caranya:


  • Satukan telur,gula pasir dan ovalette kedalam mangkuk pengadun.
  • Pukul hingga kental.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.Pukul perlahan-lahan sehingga habis.(jangan lupa ayak tepung terlebih dahulu)
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  • Picitkan  adunan kedalam acuan bahulu sehingga penuh dan bakar hingga masak.
  • Biarkan bahulu semalaman didalam dulang sehingga ianya betul betul sejuk agar bahulu tahan lama dan tidak berkulat.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.Selamat mencuba.





Komen:...Bau kuih bahulu ini sungguh wangi kerana menggunakan telur ayam kampung.Rasanya  pula  tidak terlalu manis.Terima kasih sekali lagi Cm ucapkan buat Puan Neo:)..Insyallah jika sempat kami akan singgah ke rumah Puan Neo:)p

17 comments:

  1. Cantik bahulunya cikmanggis,kapan2 ayin mau cuba bikin ya...

    ReplyDelete
  2. Manismanis..terima kasih Ayin..Cubalah membuatnya.Sungguh sedap sekali terutama bila makan ketika masih panas:)..selamat tahun baru buat Ayin sekeluarga

    ReplyDelete
  3. Gong xi fat cai buat makcik sekeluarga :)

    ReplyDelete
  4. salam..
    laaa..raya cina pun buat
    bahulu ka...?rajin nya :)

    ReplyDelete
  5. salam akak...

    nk tanya...8 biji telur tu dapat sebanyak tu ke? (banyak tu....)

    saya mmg suka kuih bahulu... nk cuba respi akak ni nanti...TQ

    ReplyDelete
  6. Zulkbo...Cm pun bearaya juga Zul:)..

    ReplyDelete
  7. Cendana Kasih..salam Ck..lapan biji telur tu dapat banyak jugak.Boleh makan anak beranak.Akak buat 24 biji telur dan hasilnya mmg lumayan.Cuba lah resepi Puan Neo ni:)

    ReplyDelete
  8. Salam CM,
    Cantiknye bahulu tu. Kecik2 comel pulak tu. Selamat bercuti CM dan selamat balik kampung. Have a safe journey to you and family :)
    Ijan

    ReplyDelete
  9. salam rindu cikmanggis..hepi CNY gak wat family hubby CM ye! wah nnti bleh try resipi bahulu cm nih..anak kita sri mmg hantu bahulu..mesti sentiasa kena ada stok baulu beli kt umah..hehe!!

    ReplyDelete
  10. Masa kecik-kecik suka cicah kuih bahalu sambil minum teh. Nampak gorgeous bahulu CM. Selamat Tahun Baru Cina.

    ReplyDelete
  11. thank you for your wishes! Kak, your bahulu looks first class!! Very beautiful!!

    ReplyDelete
  12. Wow! Banyaknya buah tangan CM buat ni. Beautiful sangat-sangat, nampak gebu.

    ReplyDelete
  13. Cantiknya kuih bahulu cik mangis. Saya tidak tahu kena biarkan bahulu semalam untuk tahan lama dan tidak berkulat. thanks for this tip!

    ReplyDelete
  14. salam cik manggis .. saya nak minta izin resepi kuih bahulu ni ya nampak sedap dan cantik sangat2

    ReplyDelete
  15. Nak bakar suhu berapa n berapa lama ya

    ReplyDelete
  16. Nak bakar suhu berapa n berapa lama ya

    ReplyDelete