LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, September 10, 2011

Rendang Daging Ala-Minang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pagi pagi tadi Cm ke pasar mengambil ketupat palas yang Cm tempah dengan Mek.Malam tadi dah siap buat Rendang Minang yang diajar oleh Datin El untuk dimakan dengan ketupat ni...sedap....Semasa Cm tinggal di Gombak dulu jiran jiran semuanya orang Minang jadi dah biasa makan rendang yang dimasak bersama cili api.Sedap dan pedas berapi:).Oleh kerana suami dan anak anak tak tahan dengan pedas Cm ubah suai sikit bahan-bahannya...bubuh sedikit cili api tetapi lebihkan cili kering.

Bahan-bahannya:

1 kg daging lembu.(potong kiub)
15 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih.
1 inci halia.
2 inci lengkuas.
1 inci kunyit hidup.
10 tangkai cili kering.
10  biji cili api(Cm bubuh 5 biji)
1 kg santan pekat.
2 batang serai-ketuk.
1 helai daun kunyit.
2 helai daun limau purut.
1 keping asam gelugur.
Gula dan garam secukupnya.
Cara-caranya:

  • Kisar semua bahan-bahan diatas( kecuali santan,daun limau purut,serai,daun kunyit,asam keping,santan dan garam serta gula) hingga hamcur.
  • Perap bahan-bahan kisar bersama daging -ketepikan.
  •  Masak santan dalam kuali hingga jadi tahi minyak.
  • Masukkan daging dan masak hingga empuk.Masukkan garam,gula,asam keping,serai  dan daun limau purut serta daun kunyit.
  • Masak rendang hingga pekat atau terpulang pada selera masing masing..ada orang suka berkuah sedikit dan ada orang suka kering.

Nota: Terima kasih pada Rayyan kerana datang beraya rumah Tok mama:)terima kasih pada Mama Rayyan..Ayah Rayyan dan Opah Rayyan....selamat hari raya......

11 comments:

  1. Sedappp!!.. nak mintak sikit. Boleh lah cuba nanti ni. Selamat hari raya kak..

    ReplyDelete
  2. never know there is Rendang Minang, let me check the recipe, almost the same like the Beef rendang i cooked before except i did not add chili api ^^..Both Rendang and Ketupat Palas are my favourite, YUM!

    ReplyDelete
  3. sonia..betul tu bahan bahannya hampir sama dengan rendang biasa tetapi caranya saja berbeza serta penggunaan santan yang banyak.dan tak guna kerisik.Santan dimasak hingga jadi minyak baru dimasukkan daging.

    ReplyDelete
  4. Salam CM,
    Terima kasih atas ucapan birthday Mikael dan Daddy nya... harap2 CM dan keluarga pun selalu sihat2 di sana. :)

    Rendang minang ni kite tak pernah makan. Macam sedap juga makan dengan lemang. kite peminat lemang, especially dekat bahagian kepala yg lemak2 tu. hihi

    Ijan

    ReplyDelete
  5. Hi Kak CM,
    I lagi suka makan rendang minang than rendang biasa.. tak muak but paling,paling suka is rendang Tok!..best in the world.

    ReplyDelete
  6. bestnya....masih lagi suasana hari raya, tak tahan tengok ketupat daun palas tu, dengan rendangnya sekali..... rasa nak datang berayalah pulak!

    ReplyDelete
  7. Maaf nk tanya, maybe lari tajuk dr posting di atas..

    Double-acting baking powder, selqain dr buat mantou, boleh pakai utk apa lg ye?

    Saa dah cuba mantou labu, sedap! Tapi teksturnya agak keras. Kenapa ye?

    ReplyDelete
  8. Salam makcik... bestnya rendang makan bersama ketupak tu. Kalaulah dapat tempah ketupak di Melbourne, sekarang juga saya akan masak rendang ni :)

    ReplyDelete
  9. cm, sedap rendang minang ni. kpah kalau buat, bukan setakat 10 biji cili api je, bubuh 20 biji. 5 biji lagilah tak cukup haha..
    memang dasar lidah negori semilan.

    ReplyDelete
  10. windu ngn datin el..da setahun 2bulan senyap...
    kalo CM ada ctc ngn datin el, kim salam eh...

    ReplyDelete