Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dua tiga hari ni komputer Cm buat hal..tak tahu lah kenapa.Kejap kejap "pengsan"...bila guna tak sampai 10 minit ianya padam....baru je dibaiki......pagi ni Cm punggah komputer ke dalam bilik yang ada penghawa dingin baru ok...rupanya komputer ni nak tempat sejuk..bijak bijak:)
Selepas raya ni kita makan macam macam...makanan yang agak "kejam" pada badan kita.Makanan yang manis,lemak dan sebagainya.Terima kasih pada Liza dan suami kerana bersusah payah bawa balik daum mambu ni untuk Cm...terharu sangat.Siap dijemur hingga kering...(.sori gambar kat atas ni tak berapa terang.)seorang rakan baik Cm (Chinese lady) beritahu khasiat meminum air rebusan daun mambu ni.Katanya beliau sekeluarga mengamalkannya.Baik untuk mengawal gula dalam darah atau dalam kata lain untuk mengelakkan dari penyakit kencing manis....jika dah ada penyakit tu jangan tangguh tangguh lagi kena jumpa doktor ya.........
Rebus beberapa helai daun mambu hingga mendidih.minum airnya.Untuk pertama kali Cm minum dalan sukatan yang kecil. Rasanya teramatlah pahit.....Sila rujuk disini tentang khasiat daum mambu atau neem.mengikut kata penulisnya badan setiap orang tak sama penerimaannya.Ada yang alah pada sesuatu herba .Jadi mulakan dalam sukatan yang agak kecil dan lihat tindak balasnya.Bulan depan Cm ada temu janji dengan doktor untuk buat pemeriksaan darah.Untuk melihat kandungan gula dan lain lain lagi.Insyallah Cm akan beritahu hasilnya selepas mengamalkan minuman air rebusan daun mambu ni:)
Kepada kawan-kawan yang ingin mencubanya tunggu keputusan pemeriksaan darah Cm dulu...jika ok boleh lah mencubanya....jika tak ok akan Cm beritahu juga:).......Berhati hati apabila menghadiri rumah terbuka .....makan dengan kadar yang paling minima ...sayangilah diri kita .....jaga kesiatan ya:)
(Psstt...orang kat Somalia mati sebab tak cukup makan tapi orang kat Malaysia mati akibat terlebih makan..btol tak?)
biasa dengar jugak daun ni. masa arwah abah ada dulu, segala herba memang menjadi minuman dia. kdg2 arwah letak dlm botol dan simpan dlm peti ais. yang kita panas2 balik sekolah terus togok air sejuk. pastu wassalam pahit yang amattt.. hehee
ReplyDeletedaun mambu ni daun neem kan kak CM? biasanya org India yg suka tanam daun ni.. dan biasanya org buat ubat gatal2 badan kan..
ReplyDeleteizahdaut....
ReplyDeleteanak anak Cm selalu menjerit terkejut bila tersalah
minum air herba dalam peti sejuk..dorang ingat teh cina sejuk rupanya air tongkat ali hehe
knor..salam nor..ya.Orang India suka gantung daun ni kat depan pintu rumah dorang tu..jika kena campak atau "bertih" ada petua agar kibas kibas dengan daun mambu atau neem ni pada badan....
ReplyDeletecm..terima kasih info, tapi rasa mcm x sanggup nak minum sbb pahit :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya CM..
ReplyDeletePernah dgr air mambu ni tp tak pernah rasa..
daun mambu biasanya dicari bila ada ahli keluarga kena demam campak.. utk ubat gatal2 pun boleh jugakkan.. dlm bidang pertanian pula.. daun mambu pun boleh digunakan sebagai racun makhluk perosak... lebih selamat sebab tak gunakan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan kita.. rupanya boleh juga ye minum air rebusan utk kesihatan badan/ kawal gula dlm darah.. entah sanggup ke idak sy meneguknya.. hehe.. apa2pun.. t.kasih berkongsi info ye..
ReplyDeleteSalam Kak CM. Ya lah Madiha, mak Along pun guna daun mambu utk demam campak tapi skrg ni susah nak cari daun ni. CM jangan lupa kasitau hasil nya nanti ya...
ReplyDeleteKak CM,
ReplyDeleteyg pahit2 la ubat...tapi kita la palingggg weak sekali nak telan segala ubat herba..dolu2 ubat periuk nak minum pun sampai leh nak nanges2 hentak kaki takmo minum...tapi kena paksa gak ngan my mom! heheh..
never know this drink before, it sound so healthy!
ReplyDeleteooo boleh diminum gak ye kak. Ingatkan hanya buat bedak kalau kena campak je.. TQ for sharing.
ReplyDeletemmg chienese suka dengan segala jenis herbakan kak, kat ofc ni pun macam2 yg depa bagi petua suruh buat
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteada petua rupanya..nak cuba juga nanti
bab makan memang tak terkawal lepas puasa nih..kenapa erkk..konon nak jaga kesihatan dan badan, tapi bila dah jumpa sate, lemamng dan pelbagai..kalah!
Selamat hari raya CM. daun ni zana belum pernah cuba, pahit ek? Alahai.....terketar2 la nak minum, fikir 10 kali tapi kalau bagus utk kesihatan, hadap la jugak kan?
ReplyDeleteAssalamualaikum wrt wbt,
ReplyDeleteNak tanya, saya boleh ke post apa2 pertanyaan kt blog ni?Resepi2 nye semua best2, nk juga try buat, tp maybe perlu minta nasihat/tips dr sifu CM
sofea..mmg tak sanggup tapi bila fikir kebaikannya..redah je:)lepas tu cepat cepat bilas dengan air kosong:)
ReplyDeleteNaz..selamat hari raya Naz..maaf zahir dan batin...kat tempat Cm ni banyak pokok mambu tetapi saiz yang agak tinggi.Sukar untuk dipetik.
ReplyDeleteMadiha..pada awalnya pun Cm tak sanggup sebab terlalu pahit hingga kepetang terasa pahitnya kat tekak.Tetapi mengenangkan gula Cm agak tinggi jadi beranikan diri minum air rebusan Neem ni.Minum senggang sehari..tak sanggup nak minum tiap tiap hari.
ReplyDeleteHome kreation..Insyallah bila dah jumpa doktor nanti cm akan buat n3 khas ya..kat Putrajaya ni pokok mambu ditanam sebagai tanaman hiasan.Masallahnya pokoknya agak tinggi.nak ambik daunnya kena guna galah yang panjang.
ReplyDeleteyat..ada orang kata yang manis tu racun...yang pahit tu ubat hehe.
ReplyDeletesonia...tetapi sangat pahit tau:)
ReplyDeleteyan..dulu dulu orang tua tua giling beras dengan daun ni untuk ubat campak:)
ReplyDeletecik mimi..ya btol dorang suka makan herba herba ni..macam macam tapi akak yng malas:)nak makan yang sedap je sebab tu gula pun dah naik baru kelam kabut.
ReplyDeletezulkbo...btol zul..raya raya ni semua belasah..rendang,ketupat pulut,lemang...rasanya kolestrol pun mendadak naiknya.
ReplyDeletezanafami...selamat hari raya untuk zana juga ya..maaf zair batin...jika nak cuba kena kuatkan semangat sebab sangat pahit..pahit tu penawar:)
ReplyDeleteabu Muiz...salam kenal..terima kasih sudi singgah ke dapur Cm ni..eh segan Cm jika cakap Cm sifu...cm bukan sapa sapa...Buah cempedak di luar pagar hehe
ReplyDeleteMIL sya jemur daun neem, da kering ramas2 pastu makan sehari sesudu....tapi xpenah tya plak atas tujuan apa...nnt nak tya lah!
ReplyDelete