Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Jika dah terkena virus Roti ni susah jugak...tapi tak apa bila habis 1 kg lagi tepung roti tu Cm akan simpan mesin roti dalam store:)..teringat semasa Cm beritahu hajat hati nak beli mesin roti kat Yummy dulu Suami Cm ada cakap......katanya dengan duit harga mesin roti tu rm 450 dapat beli roti bertahun-tahun sb kami hanya tinggal bertiga je.....dan pada firasatnya(suami) mesin ni akan menetap lama didalam store bawah tangga tu hehe.....betul semuanya tu:)
Bila sekali cuba buat roti dan suami suka dan bagi pujianInti
2 biji epal-potong kiub
80 gm gula perang.
50 ml air.
secubit garam.
1 tsp jus lemon.
20gm tepung jagung-jika tak pekat boleh tambah lagi.
20 gm butter.
Cara-caranya:
- Masukkan epal,gula perang,50 ml air,garam dan jus lemon kedalam kuali.masak hingga mendidih.
- Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air.Masukkan kedalam bancuhan epal tadi.Kacau rata.Jika agak cair intinya bolehlah tambah sedikit lagi tepung jagung.
- Angkat inti dari dapur dan masukkan butter.Kacau hingga sebati.Sejukkan dulu sebelum di gunakan.
Doh Roti.(Snack House)
210 gm tepung roti.
56 gm tepung gandum biasa.
20 gm susu tepung.
42 gm gula halus.
1/2 tsp garam halus.
6 gm yis segera.
2 biji kuning telur.
85 gm air.
84 gm water roux
22 gm butter.
Cara-caranya:
- Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam bekas yang sesuai .Uli hingga sebati dan kenyal.(Cm guna BM).
- Biarkan adunan selama 40 minit atau adunan naik dua kali ganda.Tumbuk buang angin.
- Timbang adunan seberat 70 gm setiap biji-bentuk jadi bebola dan simpan dalam peti sejuk selama 15 minit.
- Canai doh dan bentukkan segi empat bujur isikan inti epal ditepi sebahagian doh dan potong jaluran ditepi yang hujung satu lagi dengan pisau yang tajam.Gulung bermula dari bahagian yang ada inti.
- Alaskan dengan baking paper dan biarkan selama 45 minit atau saiznya double dari saiz asal.
- Sapukan dengan telur dan bakar hingga masak....Siap
- Selamat mencuba ya:)
Salam kaka manis! mesin tu kasi jer kat kita store kita ni tak muat dah tp kalau akak nak tumpang simpan boleh ajerr hihihi... kita pulak nak ambik angin meroti tak sampai2 lagi nii hihihi... minggu depanlah :D
ReplyDeleteamboi CM semakin hebat meroti saya lak dah lama tak meroti ni angin meroti ntah ke mana la..hehe
ReplyDeletetahniah dapat KA tu jauh mari tu...pas ni lagi hebat ler baking tu:)
best nye roti ni..mcm kt bakery pulak..rindu bau roti2 yg baru keluar oven~~huu
ReplyDeleteTeringinnya nak makan roti yang CM bake ni. Nanti suatu hari Diana bagi jagung2 kat CM boleh tumpang manja nak rasa roti jagung boleh tak;-).
ReplyDeleteSalam CM, wah, memang betul macam kedai roti, macam-macam ada. Semuanya nampak sedap-sedap belaka.
ReplyDeleteSeronoknya dapat mixer baru. Saya nak try resipi "Roti Boy" yang CM buat tempoh hari tu.
Whoa, KitchenAid! CM mesti jumping up & down.... That is a dream mixer for all bakers. So happy for you. I saw the mixer at S'pore. The small ones cost about S$950. But the mixing bowl is too small. You need a big one! ha.... Congrats again.
ReplyDeleteKristy