LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, March 25, 2011

Telur Dadar Sayuran.

Salam dan selamat sejahtera.hari ini hanya tinggal kami tiga beranak je kat rumah .Atiqa dan suami telah ke Penang sebelum subuh lagi memandu kereta ke utara kerana nak cari rumah .Suaminya dapat kerja di penang.Sunyi pulak sebab dah lama mereka berdua jadi "penganggur"alhamdulillah bila dapat offer kerja "bertalu-talu" datangnya.rezeki anak yang dikandung tu agaknya:).Syukur pada Allah Taala.

Oleh kerana  tak ramai orang  untuk makan tengahari, Cm hanya masak sup ikan merah dan telur dadar sayuran...oh ya Cm ucapkan jutaan terima kasih pada kawan-kawan yg sudi singgah ke dapur cm ni.Insyallah Cm akan balas komen yang ditinggalkan nanti ya....dan akan buat lawatan balas bila "misi" Cm ni selesai.Ada "Mission Imposible" hehe....

Ibu dan ayah pastinya sangat suka makan telur dadar yang begini tapi si anak kecik akan bermasam muka bila nampak sayur-sayuran dalam telur ni:)semalam Cm tunjukkan Ilhan sedang minum jus peria pada anak Cm dan dia terbeliakkan mata terkejut bagaimana ilhan boleh minum hehe.
Bahan-bahannya:
3 biji telur
1/2 labu bawang besar-dadu
4 biji kacang panjang.
4 pokok daun kucai.
1/2 biji cili masak.-hiris nipis
1/2 cawan tauge.
garam secukup rasa.
sedikit lada hitam.
Cara-caranya:
  • Sayur dipotong kecil
  • Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam bekas dan gaul hingga rata.
  • Panaskan kuali non stick saiz yang paling kecik.Masukkan sedikit minyak jagung,
  • Sendukkan adunan telur kedalam kuali dan masak hingga perang.
  • Balik balikkan agar ianya masak dengan sekata.Siap:)

12 comments:

  1. Salam Kak CM,

    Samala cam bebudak kat umah kita...kalo telur ada sayur mayur, sanggup dia orang, kuit2 cubit2 kasi kelaur sayur2 tu, baru dia orang makan...padahal campuran cam nih lah yg sedap..

    ReplyDelete
  2. kak CM.. husband tun agak2 nyer masam muka kalau letak mcm2 dlm telur dia. kalu blh, bawang pon dia xnk kasi letak agaknyer. hihi..

    ReplyDelete
  3. salam CM..lapor perut bila tgk telor dadar sayuran ni..mmg feberet kita ni..mkn dgn roti pun sedap..

    ReplyDelete
  4. Delicious!!! and i have started my event Treat to eyes series 2, do participate :)

    ReplyDelete
  5. Yatt..hehe anak anak memang takut sayur semasa kecik.Bila dah besar dan faham khasiat sayur baru nak mula makan sayur.

    ReplyDelete
  6. tun-telani..hehe ayah boleh geng anak anak ni.

    ReplyDelete
  7. kzai..kita pun suka kzai..lagi banyak sayur lagi sedap.

    ReplyDelete
  8. Rumana rawat..thanks dear.I'll try my best to join Treat to eyes series 2

    ReplyDelete
  9. I make similar omelettes except for taugeh...

    Yumm yumm..mintak kak! :D

    ReplyDelete
  10. Mama Ilhan pun terbeliak mata tengok Ilhan habis minum jus peria. Alamak lupa nak campur sayur kat telur ilhan tadi. kelam kabut masakkan telur mata kerbau je. Dulu asyik campur kacang pea dengan telur.

    ReplyDelete
  11. malay-Kadazan girl..bagus btol ilhan:)jarang kanak-kanak kecil yang suka sayur.telur mata kerbau mmg menjadi menu pilihan jika dalam kecemasan:)

    ReplyDelete