LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, March 24, 2011

Takoyaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Apabila lihat acuan Takoyaki ni terus teringatkan Ika.Kenapa lah lamanya menyepi diri ..terima kasih ika kerana hadiahkan Cm Takoyaki Maker ni.Lama betul dok cari bahan-bahan untuk buat kuih Takoyaki tapi tak pernah cukup.Hampir kecewa sehingga lah semalam bila masuk dapur Madiha ternampak kuih Takoyaki yang sungguh simple.Tak payah beli bahan-bahan made in Japan...buat sendiri je..Terima kasih Madiha.
Walaupun rupanya tak berapa cantik tapi Cm berpuas hati kerana anak anak cakap sedap.Bayangkan ini lah makan malam kami tadi...banyak sungguh kami makan:)...
Bahan-bahannya:
Sos Takoyaki

1 cawan sos tomato
1 cawan   worcestershire sos1 cm halia di tumbuk halus.
1/4 cawan gula.
1 ulas bawang putih ditumbuk halus
Cara-caranya:
Satukan semua baha-bahan diatas kedalam periuk dam masak hingga pekat.Biarkan sejuk dan masukkan ke  dalam bekas yang sesuai.Simpan dalam peti sejuk.
Bahan-bahan untuk batternya:
1cawan tepung gandum
300ml air
1 biji telur
1 tsp garam
1 tsp serbuk penaik.
Cara-caranya:
satukan semua bahan-bahan diatas kedalam mangkuk yang sesuai dan kacau menggunakan whisk hingga sebati.Masukkan kedalam jug agar senang untuk menuangkan adunan kedalam acuan takoyaki nanti.

Bahan-bahan untuk inti takoyaki:

Octopus,tuna,crab stick atau isi udang(Cm guna crab stick je..potong kecik-kecik)
Daun bawang -mayang halus.
Kobis racik halus.

Bahan-bahan untuk ditabur:
Serbuk ikan bilis(tak bubuh)
Serbuk seaweed.....beli seaweed  yang ranggup dan siat-siatkan.
Nori flakes(tak ada)

Cara-cara untuk masak takoyaki:
  • Panaskan acuan takoyaki dan sapukan sedikit minyak
  • Tuangkan adunan sehingga penuh dan melimpah.Kemudian isikan intinya.biarkan iannya separuh masak.
  • Kemudian ubah kan kedudukan takoyaki agar iannya mengiring.Biarkan sekejap baru telengkupkan kedudukannya.Masukkan lebihan adunan yang ada dipermukaan acuan kebawah.Biarkan sekejap.
  • Apabila di ubah ubah kedudukannya takoyaki akan dengan sendiri terbentuk seperti guli:)
  • jika acuan anda sama dengan acuan madiha sila klil DISINI untuk penerangan lebih jelas.
  • Jika acuan takoyaki letrik bolehlah buat seperti yang Cm nyatakan tadi.
  • Jika perlu letakkan sedikit minyak jagung agar cepat garing.
  • Bila telah masak aturkan kedalam pinggan dan taburkan dengan daun bawang,kobis ,  serbuk ikan bilis,serbuk seaweed dan nori flakes.
**Walaupun ada bahan-bahan yang tak ada tapi rasanya tetap sedap:)

9 comments:

  1. itulah cm.rindu betul kat ika tu kan?..dah lama betul dia menyepi..

    takoyaki ni kita belum pernah try lagi..teringin nak buat..tgk resepi madihah ni mmg simple.cuma rajin dgn tidak je lagi ni hah..:)

    ReplyDelete
  2. sob sob.. nak jugak takoyaki maker tu satuuu.. sementara xde lg nih, kene dtg wat muka kesian smb bawak bekas kt dapur kak CM.. blh, kn? ;)

    ReplyDelete
  3. salam Kak..
    samaada saya ni tahap
    jakun atau orang gunung
    tak pernah dengar,jumpa
    apalagi makan makanan tu..
    nampak sedap..yum..yum

    ReplyDelete
  4. wah sedapnya tgk takoyaki...tak pernah buat lagi ni tak ada acuan sama nanti nk kena pi cari takoyaki maker dulula...tak pun pinjam CM punya dulu...hehe

    ReplyDelete
  5. salam CM...
    alhamdulillah.. dah menjadi pun takoyaki di dapur CM... kalau dah hati kata nak... mesti jadi punya kan? hehe.. tambah2 pulak bahan2 yg digunakan simple & mudah nak dapat... apa lagi nak tunggu betul tak? hehe.. tapi yg paling penting masih enak dinikmati.. t.kasih sudi mencuba resepi sumbangan ilhamusafir tu..

    ReplyDelete
  6. Wahh!! boleh cuba gak ni kak. Nnt saya copy paste dlm draft ye kak.. Anak2 saya suka sakan benda ni..

    ReplyDelete
  7. anymz..mmg rindu sangat kat ijah ni..bila lihat Takoyaki maker ni rindu kat dia.

    Tun-telani..setakat ni belum jumpa yang elektrik jual kat Msia.Yang biasa tu pernah nampak.Dah habis da hehe

    Zulkbo..salam Zul..pi kat Shushi king boleh order:)Minta Takoyaki satu:)

    Nieza..ada ke kat helsinki ?kat msia pun tak jumpa yg letrik.

    Madiha..terima kasih banyak kerana sudi terangkan cara-caranya ya..lagi pun jika nak cukupkan bahan mmg takkan jumpa:)Terima kasih...

    Yan..silakan silakan..anak anak suka.Jika beli kat shushi king mmg mahal.Jika buat sendiri..puas makan.

    ReplyDelete
  8. huuu makcik..da lama kite tak mkn takoyaki..
    kat sini takde jusco..dlu beli kat jj je..huuuu..nak takoyaki..nak takoyaki...

    ReplyDelete
  9. cik manggis: kat mana penah jumpe bekas yg biasa tu?
    ada gak try cari tapi tak jumpe la plak..
    kalo ada bole bgtau tak..
    Thanks!

    ReplyDelete