LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, March 23, 2011

Kerabu Pucuk Mengkudu(sumbangan Puan Liza)

Salam dan selamat sejahtera.Pertamanya nak ucapkan ribuan terima kasih pada kawan Cm Liza kerana sudi berkongsi resepi yang exotic ni.Kerabu pucuk mengkudu yang mempunyai banyak khasiatnya.Terdapat banyak pokok mengkudu dikeliling rumah Cm.Jika teringin nak makan kerabu petik je:)bahan-bahannya pun sangat senang didapati.
Bahan-bahannya:
Secekak pucuk mengkudu.
5 ulas bawang merah.
2 tbsp ikan bilis-cuci bersih dan toskan airnya.
1 cawan kelapa parut.
4 biji cili api atau 3 biji cili masak-terpulang pada selera masing-masing.Jika suka pedas tambahkan cilinya.
Garam secukup rasa.
Sedikit gula.
1/2 biji Perahan jus limau nipis
3 helai daun limau purut.
Cara-caranya:
  • Daun mengkudu dimayang halus dan direbus hingga masak kemudian toskan airnya.
  • Tumbuk bawang merah,cili padi atau cili masak hingga lumat.Masukkan garam dan gula.
  • Kemudian tumbuk kelapa goreng jangan lumat hanya sekadar pecah-pecahkan je...ketepikan.
  • Ikan bilis ditumbuk kasar...ketepikan.
  • Daun limau purut di mayang halus.
  • Gaulkan semua bahan-bahan diatas hingga rata dan rasa garam.gula dan masamnya agar seimbang.Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas & berlaukkan ikan goreng:)

20 comments:

  1. kak CM.. pucuk mengkudu tu camner rupa dia?? jus mengkudu pernah dgr laa.. hihi.. tun suka mkn kerabu, tp x penah buat (kecuali nasi kerabu.. hihi)

    ReplyDelete
  2. pucuk mengkudu tu pahit tak CM, kalau pucuk paku mas memang suka.....he..he..

    ReplyDelete
  3. salam rindu cm...lama tak singgah sini..tak pernah mkn lagi kerabu ni..mengkudu tu pun tak pernah mkn gak..tapi pernah dgr..haha jakun pulak..

    ReplyDelete
  4. salam makcik,
    Alhamdulilah dapat tahu makcik sihat hari ini melalui sms,

    ReplyDelete
  5. Salam CM cayang. Ni fevret Along tau tp kat Miri ni takda pokok dia, nak minta dgn neighbour malu lak...

    ReplyDelete
  6. Wah cikmanggis, tima kasih kongsi resipi ni pasal kat rumah memang ade sebatang pokok mengkudu.Asyik cicah sambal belacan je, jemu jugak kan..Tak sabar nak mencube resipi ni!

    ReplyDelete
  7. Mmmmmmmmm tiene buena pinta!

    Un saludo desde Almería (España)

    ReplyDelete
  8. salam kak cm cyg..
    ilah tanam mengkudu dlm pasu..mengkudu besar
    arwah nenek ilah kat kedah dulu selalau buat masak lemak putih dgn udang basah..sedapppp...
    celur buat ulam cicah air asam..fuhh mmg sedap..kelat2 lemak..itu yg namanya mengkudu besar.. kalu mengkudu kampung tu mmg macam jadam heheh...
    sapa2 nak tengok gambar dlm blog ilah ada cuba cari dlm laman web pun ada..
    alas tunku org beranak pun ya..

    ReplyDelete
  9. aduh..akak buat Sally tak sabar2 nak balik kelate ni..kerabu pucuk mengkudu ni fvrt Sally ni, emm tetiba rasa nak makan kerabu buah beko la..tak dapat buah oucuk beko pun jdlah..kecur liur

    ReplyDelete
  10. Kak CM,
    tak pernah lak makn kerabu camgini..selalu guna pucuk ubi ajer,maklum laa jowo,nak kena cari pucuk mengkudu,,try buat.kalau jawa lak bubuh cekur sikit perghhh wangi ajerr bau dierrr

    ReplyDelete
  11. Sayan ni kalau herba-herba malaysia tak berapa kenal lagi;-). Dok sibuk nak tanam yg mat salleh punya lak musim luruh ni. Terima kasih resepi peria. Tak de idea nak buat apa sebab rezeki peria tahun ni syukur banyak.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Cik Manggis...Kak Lin dtg nak tumpang makan..boleh tak?

    ReplyDelete
  13. bau mcm buah mengkudu ke kak pucuk dia ni...x pnh mkn lg..tgk buah je dah lari..teruk betul! :)))))

    ReplyDelete
  14. Mengkudu? Cengkudu? he he he...tak pernah rasa pun...lama tak singgah...sangat sibuk

    ReplyDelete
  15. Tun telani......salam tun.Alamak camana nak terangkan daun mengkudu ni ya..insyallah nnt Cm letak gambarnya ya:)Kerabu daun mengkudu ni agak pahit tapi sesiapa yg suka peria boleh lah makan kerabu ni.

    Mas...Jika tak suka pahit tentu tak boleh makan kerabu mengkudu ni.tapi..pahit tu penawar kan?

    Nieza..hehe jenerasi muda mmg tak kenal daun mengkudu ni.kami yang veteran ni dah biasa ..masak lemak pun sedap.

    Cikgu Zam..hehe terima kasih sb bertanya khabar tentang makcik ya.

    Along Roz..jangan malu..minta je.kat keliling rumah Cm mmg banyak ditanam sebagai pokok hiasan.

    ReplyDelete
  16. p3chandan..cuba lah kelainan sikit p3chandan.Atau pun masak lemak pun sedap jugak.

    Trini Atea..Gracias:)

    Sally..kt kelate mmg sohor kerabu ni..eh kerabu beko?sedak tu...

    ilahjy..sedap jugak masak lemak camtu..btol tu orang dulu-dulu mmg buat alas tungku..baunya wangi.

    kakAsma..jika kerabu bubuh cekur mmg naik baunya tapi anak anak pulak tak suka.

    ReplyDelete
  17. Malay Kadazan girl...tak pe bila balik msia nnt tanam herba melayu pulak.hehe suka lihat gambar ilhan minum jus peria..sayanggg ilhan:)

    LinRosly..jemput makan Lin hehe

    Deliah deli..buah dia mmg busuk bila masak.Anak-anak bising bila tayar kereta mereka tergelek buah mengkudu masak.daunnya tak bau apa apa bila mentah tapi bila masak bau seakan akan maung sikit.

    Geraugebang..hehe..sibuk ya ..lama dapur gerau tak berasap:)..habis sibuk masak la balik ya...

    ReplyDelete
  18. Sedap.bubuh santan pekat dn ikan bakar. Gaul. Memang sedap

    ReplyDelete
  19. Sedap.bubuh santan pekat dn ikan bakar. Gaul. Memang sedap

    ReplyDelete
  20. Klau xrebus lg berkhasiat Dan sedap bila wat kerabu

    ReplyDelete