LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, March 21, 2011

Cucur Badak

Salam dan selamat pagi.Rasa lucu pun ada bila sebut perkataan badak ni:) soalan yang berlegar dikepala Cm ni tentang kuih kat atas ..kenapa nama nya cucur badak?tidak ada kena mengena atau kaitan langsung dengan badak samada dari segi rupa bentuk atau sebagainya.Nama makanan atau kuih muih orang melayu yang ada nama binatang adalah seperti..Cucur Badak,Badak Berendam,Tahi Itik,kuih ulat bulu,Cucur Kodok,Cakar Ayam dan Ulat Mulung.Agaknya siapa yang letak nama kuih muih ni ya:)
Selalunya apabila Cm buat Blogwalking mesti singgah kat blog Sonia.Semalam bila lihat kuih cucur badak tetiba terasa nak makan kuih ni.Sebelum ini   Cm buat Cucur Badak tanpa resepi yang khusus hanya main lebur je..hentam saja dan insyallah jadi.Tapi kali ini Cm guna resepi Sonia dan seperti biasa Cm ubah suai sikit cara-caranya mengikut keselesaan sendiri.Umpamanya jika resepi asal suruh masukkan bahan A dulu tp Cm masukk bahan E dulu hehe.mana yang tercapai ..Terima kasih Sonia!!!
Bahan-bahannya:
Doh

300 gm ubi keledek
50 gm tepung gandum
Rencah-rencahnya:
100 gm bawang merah
2 batang serai
1 tbsp udang kering
1 tsp serbuk kunyit
3biji cili kering
1/2 biji kelapa parut
100 gm udang segar-potong kecil
Beberapa helai daun limau purut.
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak masak secukupnya untuk goreng kuih.
Cara-caranya:
Untuk Doh:

Rebus ubi keledek dengan sedikit garam hingga empuk .Lenyek hingga hancur dan uli dengan tepung gandum hingga sebati.Ketepikan.

Untuk Inti:
Kisar bawang merah,kunyit ,serai dan udang kering hingga hancur.Panaskan minyak tumis bahan-bahan kisar hingga wangi baru masukkan udang segar dan kelapa parut.Gaulkan hingga sebati dan masukkan garam dan gula secukup rasa.Last sekali masukkan hirisan daun limau purut.Masak hingga kering airnya.Sejukkan sebelum digunakan.
Cara-caranya:

  • Ambil adunan sebesar bola golf hehe..terpulanglah nak buat saiz besar mana ya...bola ping pong ke..agak-agak la ya:)
  • Leperkan dan masukkan inti kemudian tutup dengan rapi agar tidak terburai semasa menggorengnya nanti.bulat-bulatkan kemudian leperkan sikit.Buat lah proses yang sama hingga selesai.
  • Oleh kerana Cm buat 2 adunan dan dapat hasil yang agak banyak  jadi Cm goreng cucur  separuh masak dan simpan dalam freezer.Bila perlu keluarkan 1/2 jam awal dan goreng hingga garing atau perang.
  • Untuk dimakan terus, goreng kuih hingga perang dengan menggunakan api yang sederhana panasnya.

18 comments:

  1. dah lama masuk draft cucur badak ni tapi entah bila lah nak buat..singgah makan kat sini dulu lah..sedap kan?..huhu

    ReplyDelete
  2. kak CM: maybe sbb dia gemuk kot. n gemuk mcm badak, so org panggil cucur badak.. (memandai je reka.. kui kui..) tun allergic udang, so xpernah mkn pon.. hihi

    ReplyDelete
  3. Assalam kak sedapnya cucur hypo ni lamanya tak buat,hubby sy tak suka inti kelapa tu yg payah tu,kak pernah makan cucur badak pisang tak?

    ReplyDelete
  4. Salam kuih Fv sy ni..negok lembut je kuih ygbakk but ni...tergodah sudah

    ReplyDelete
  5. mas suka cucur badak...
    sedapnya tengok...

    ReplyDelete
  6. Salam CM,
    Kuih2 lain tu memang pernah dengar tp first time tau ada kuih ulat bulu dan ulat mulung. hehe... macam2 nama diorang bagi.
    Ijan

    ReplyDelete
  7. Selamat Pagi CM. Actually, dah tengah malam kat sini :) Hai, teringin pula saya nak makan cucur badak. Saya pun nak tahu kenapa kuih ni dapat namanya. Agaknya bulat macam badak kot?

    ReplyDelete
  8. Harap-harap ubi keledek di kebun saya ada yang menjadi tak lama lagi sebelum suhu asyik menurun je ni. Bolehlah buat cucur badak. CM ada resepi masakan terung?

    ReplyDelete
  9. salam kenal..sukanya cucur badak tuu... my feveret :-)

    ReplyDelete
  10. salam CM..kuih badak ni mmg my fov...baru ptg tadi mkan kuih ni..tp main tunjuk2 je...hehehe

    ReplyDelete
  11. This is one of my favourite kuih! It costs RM1 for 3. Saya boleh habiskan RM2 seorang. haha... Akan cuba recipe ni bila senang nanti.
    Kristy

    ReplyDelete
  12. ya allah

    teringinnya
    lama xmkn

    thanks for sharing=)

    ReplyDelete
  13. Amboi canggih CM punya badak eksyen dgn inti kat luaq

    ReplyDelete
  14. Anymz..jemput makan :)yang frozen pun banyak lagi.

    Tun-Telani..hehe ya tak ya jugak..agaknya sb dia montel:)ooo jika alah pada udang tak boleh la makan sb bahan utamanya udang kering.

    Sonia..thank you:)

    Chik Mi..cucur badak pisang tu apa?cekodok ke?

    Sheila Shafea...ya mmg lembut dan sedap:)

    ReplyDelete
  15. Mas..yum yum

    Ijan..hehe kuih kelate ni

    Shaz..hehe agaknya:)


    Malay Kadazan Girl..harap harap keledek Diana akan menghasilkan banyak ubi.ooo nanti Cm letak resepi Pajeri Terung:)

    Yana Shaiful..salam kenal dan terima kasih sb sudi singgah ya

    ReplyDelete
  16. kzai..wsalam..hehe Cm pun jika angin malas datang pu ..main tunjuk jugak..cepat:)


    my Little Space..3 seringgit?murah tu.Kuih kat tempat Cm 2 biji 1 Rm:(

    azie-Azizan..hehe

    Makcikantin..hehe seksi tu:)

    ReplyDelete
  17. balik ni kompom saya try wat..hihi dah lme tringin nk mkn..nk beli xsdap..

    ReplyDelete