LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, February 19, 2011

Homemade Pandan Kaya

Salam dan selamat petang.dah tiga hari tak jalan jalan ke blog kawan kawan kerana kesibukan yang terlampau:).Pagi pagi tadi semasa nak siram pokok bunga kat luar rumah ternampak pohon pohon pandan yang merimbun.Terus dapat ilham nak buat kaya sendiri.kaya karamel yang Cm buat tempohari telah habis.Jadi elok benarlah jika masak kaya hari ini.

Terima kasih buat sahabat cyber Cm Sonia kerana dah lama Cm tanda nak buat pandan kaya resepi Sonia.Alhamdulillah.Cantik dan nampak licin tiada ketul ketul seperti kaya karamel tempohari.Thanks Sonia:).Cm masukkan kedalam bekas kecik-kecik agar senang untuk digunakan.Kaya homemade tak tahan lama jika disimpan diluar  kena simpan dalam peti ais setiap kali lepas digunakan.(Cm buat dua adunan.)

Bahan-bahannya:
3 biji telur grade A
250 gm gula pasir.
350 ml santan.(1/2 biji kelapa parut)
10 helai daun pandan-potong kecik-kecik


Cara-caranya:
  • Kisar daun pandan dan kelapa parut dalam blender dan masukkan air jadikan 350ml .Tapiskan..
  • Masukkan telur dan gula kedalam blender dan kisar hingga sebati.
  • Satukan semua bahan bahan diatas kedalam kuali yang sesuai dan masak dengan menggunakan api yang perlahan.
  • Hendaklah dikacau selalu agar kaya tidak hangus.
  • Masak hingga kaya pekat atau mengikut citarasa anda.
  • Biarkan ianya betul betul sejuk baru masukkan kedalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk.

20 comments:

  1. cm..saya pun nak try homemade kaya ni..hari tu buat tak menjadi..sedih...

    ReplyDelete
  2. cantik jer homemade kaya cm ni menjadi...
    memanggil2 jer mas membuatnya...apa petua nk dapatkan kaya yang best cm...

    ReplyDelete
  3. cikmanggis,
    nampak sedap kaya tu. Yang ni kakpah mesti buat ni. Kayo den.. kayo.. kayo daun pandan..hehe..

    ReplyDelete
  4. Nampak smoothnya texture kaya tu.....

    ReplyDelete
  5. Salam CM. Ghajin nya.... dah buat byk2 bekas tu, kita nak cukai satu....hehe. Liana sure suka ni, dia selalu bekfes roti dgn kaya tapi kaya cik tin yg buat...hehe.

    ReplyDelete
  6. Mmmm...sodapnya...pokok pandan takde tapi yang dah dibeku ada. Kalau terdaya rasa nak buat esok.

    ReplyDelete
  7. kisah nyer senang ajer wat kaya nih eh kak! cop sebekas yg lam peti es tuh! eh! dua la tk cukop kang! kekekeke

    ReplyDelete
  8. ala luper nk tuko nama..... hana :D

    ReplyDelete
  9. Asslmkm cik manggis..emmm..rajinnya...Sue tak rajin nak buat walaupun senang ja nak buatnya..heeee...bleh mintak cm punya satu bekas la ya..heeeee

    ReplyDelete
  10. izah..boleh cuba insyallah.Jadi.

    Mas..terima kasih.Cm ambik resepi dari sonia nasi lemak lover.Insyallah jadi.

    Kakpah..hehe den pon kayo..kayo pandan:)

    Sonia..thanks dear:)

    Makcikantin...ya kali ini mmg smooth texturenya

    ReplyDelete
  11. Along Roz..meh ambik 2 cawan untuk Liana hehe

    Malay kadazan girl...salam Diana.Buatlah tak susah.Insyallah jadi.Oh ya Cm pun belajar dari Diana frozenkan sayur-sayuran agar dapat tahan lama.Sekarang Cm frozenkan cili api:)

    Hana..salam Darwish.Mai ambik kaya umah opah..eh sudah tukar ke?hehe

    ibh..salam Sue..boleh..boleh banyak ni hehe.

    ReplyDelete
  12. wow..sedapnya kaya ni, May memang kaya lover dan may akan cuba sebab resipi ni senang betul.

    ReplyDelete
  13. may..cuba lah May Insyallah takkan mengecewakan.Kami seisi rumah suka kaya:)

    ReplyDelete
  14. wah cantikla kaya ni cm..nk cuba jugalah tq sharing yer..:)

    ReplyDelete
  15. Maaf.. sonia masak gune kaedah double boiler.. tp CM x.. mn 1 ye?

    ReplyDelete
  16. Sis x guna apa² tepung ke tu bgi pekat?

    ReplyDelete
  17. Bnyk resepi kaya tpi semua guna tpung kecuali resepi ni,

    ReplyDelete
  18. Bnyk resepi kaya tpi semua guna tpung kecuali resepi ni,

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete