LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, December 1, 2010

Talam Gandum

Salam dan selamat pagi.Pagi-pagi lagi nak tayang kuih Talam Gandum yang cm buat malam tadi.Bila makan kuih sebegini teringat kat my mom kat kampung...katanya ini lah makanan orang tua tua.Hmm betul agaknya sebab semua anak anak tak suka makan kuih manis manis yang berkukus seperti ini kecuali kuih lapis.
Terima kasih pada Along Roz kerana sudi kongsi resepi ini.Puas hati dengan hasilnya  cuma kesilapan Cm adalah kerana tidak lap hingga  kering air pada permukaan lapisan bawah sebelum menuangkan lapisan atasnya.Ini menyebabkan bahagian tengah tengahnya tidak rata dan kurang cantik.Apa-apa pun rasanya tetap sedap:)
Bahana-bahannya:
Bahagian Bawah
1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula(cm tak bubuh)
3/4 cawan gula melaka atau gula merah(250g +1 cawan air)-masak hingga hancur dan tapis.
2 cawan santan cair.

Bahagian atas:
2 cawan santan pekat
3/4 cawan tepung gandum
3/4 tsp garam

Bahagian Bawah:
Bancuhkan semua bahan-bahan bawah dan ketepikan.

Cara-caranya:

  • Bancuhkan bahan bahan atas dan kukus hingga masak.
  • Bila dah masak lap wap air pada permukaan kuih dengan kitchen tissue hingga kering.
  • Cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya baru tuangkan adunan bahagian atasnya.
  • Kukus hingga masak.
  • Bila sudah masak buka tudung pengukus biarkan kuih dalam pengukus  selama 15 minit sehingga wap di permukaannya kering agar  kuih akan tahan  lebih lama.

11 comments:

  1. teringt mak kat kampung pun buat kuih talam mcm ni jugak.. tepung gandum je..tapi sedappp sungguh.org dulu2 buat tak pernah sukat pun, main tengok kata adunan je kan.kira depa dolu2 terror la kan

    ReplyDelete
  2. Assalam kak nah,
    sedapnya talam tu pebret tu,kita baru balik dari KL tapi tak smpi ke Putra Jaya heheheh

    ReplyDelete
  3. Sedap kuih ni tapi saya suka kalau lapisan atasnya lembik sedikit.

    ReplyDelete
  4. sedappnya tepung talam, mas tak pernah buat lagi, selalu beli jer...he..he...nnti nk try buat juga la...

    ReplyDelete
  5. Tambah sedap dengan cawan dan piring antique tu..

    ReplyDelete
  6. salam kak cyg.. maaf ilah nak bagi petua.. kacau dulu hingga naik wap baru dikukus lapisan bawah tu kak. baru lah tak de air bertakung... sama juga yg atas tu..

    ReplyDelete
  7. Salam CM. Wah dh jd dh kuih talam dia, cantik lah apasal lak kata tak cantik. Fevret along ni, rasa cam nak buat lagi tp bebudak kat umh ni pun sama gak, tak minat kuih dolu2 yg manis2 ni.

    ReplyDelete
  8. Salam CM,
    Kalau kuih2 talam mcm ni mmng yatie suka...cantiklah tu..

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak makan kuih talam. memang dapat dibeli di kedai tapi taklah seenak yang makcik punya :)

    ReplyDelete
  10. salam cm..kuih talam memang sedap..budak2 muda sekarang ni memang tak berapa suka kuih2 tradisi ni..kita yg lama ni suka sangat sebab sejak dari kecil mak 'asuh' dgn kuih2 begini..

    ReplyDelete