LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, December 20, 2010

Kacang panjang Goreng....kebun.....


Salam dan selamat sejahtera.Cuaca yang mendung menyebabkan longgokan kain bertimbun-timbun bertambah setiap hari.Nasib baik tak ada anak anak kecil.Bila cuaca cam ni terfikir alangkah bagusnya jika ada dryer :)......Tengahari ni kami(cm & anak bongsu) makan simple simple je.Untuk anak Cm gorengkan dada ayam dengan serbuk roti dan untuk diri sendiri hanya kacang panjang goreng bersama sotong dan sambal udang kering.Alhamdulillah makan dengan nasi panas..ooh sedapnya.
Terfikir selepas ini kena rancang betul-betul agar masak menu yang agak sihat je..walaupun agak sukar tapi kena cuba.......Sukar kerana anak bongsu Cm ni hanya suka menu ayam je.Ikan takmo:(..sayur pun takmo jugak ...puas memujuknya.
Lihatlah ampaian dah penuh dan terpaksa jemur kain diluar kawasan rumah.Dalam mesin basuh ada dua trip lagi nak disidai dan langit dah mula mendung..dah nak runtuh dan memuntahkan air hujan...tapi tak apa hujan..panas ..semuanya rezeki yang Allah bagi.Pokok pokok keliling rumah Cm ni dah mula menghijau dan hidup dengan subur.Sayur-sayur yang ditanam pun dah mula mengeluarkan daun kerana musim hujan ni amat sesuai untuk tanaman membesar.
Semasa cuaca panas 2-3 bulan yang lepas pokok bunga ros ni hampir mati tetapi sekarang telah berbunga alhamdulillah.Sebenarnya pokok ros ni di hadiahkan oleh kawan & jiran Cm, Azie sebelum beliau berpindah ke Geneva.Terima kasih Azie:)
Pokok pakis ni telah hampir kering kerana Cm tersilap bubuh baja bunga biasa...rupanya pokok pokok jenis paku pakis ni tak boleh di baja kecuali baja kompos.satu pengajaran yang berguna.
Pokok tanduk rusa(ada nama lain ke?) pun Cm hanya bajakan dengan baja kompos.
Salah satu pokok yang tak pernah cm bubuh baja,tapi Cm tak tahu apa nama pokok ni..harap ada kawan-kawan yang tahu:)
Sejenis pokok puding.Pokok ni perlu dibaja tak kira baja biasa atau baja kompos tapi tak tahan cuaca yang panas.

Sebenarnya jika kepala ni"pening-pening lalat" Cm akan keluar berkebun ,membaja atau merumput.Selalu bercita cita bila suami pencen nanti dapatlah tinggal dirumah yang ada kawasan untuk bercucuk tanam......Berkebun ni dapat mengeluarkan peluh dan menenangkan minda...salah satu jenis Terapi...disamping itu dapatlah makan hasil tanaman yang tidak ada racun..lebih sihat dan selamat.

3 comments:

  1. dah lama tak sidai kain camtu! hihihihi..... nih bwk kek stoberi wat opah ngan atuk... sesudu jerk lah! opah diet kan? hihihi

    ReplyDelete
  2. byk btol tanaman kt uma akak.. mesti seronok kan bercucuk tanam nih.. bole isi masa lapang.

    ReplyDelete