LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, December 20, 2010

Tub Tim Grob...Muhibbah Malaysian Monday.



Salam dan selamat petang.Tercari-cari apa bahan bahan yang ada dalam peti ais .Sudah beberapa hari tak ke pasar kerana nak habiskan stok lama yang ada dalam peti ais.Kami hanya bertiga jadi masak pun dalam sukatan yang kecil.
Ada se peket sengkuang cina jadi terus dapat idea..... dah lama nak makan Tub Tim Grob ni:) terserempak dengan resepinya disini ..cantiknya sengkuang cina yang telah diwarnakan merah dan disalut dengan tepung ubi kayu .Kelihatan seakan akan biji delima.Terima kasih Wendy dan minta maaf ya sebab Cm ubah suai sikit resepinya.

 A
Bahan-bahannya:
6 biji sengkuang cina.
1 cawan tepung ubi kayu atau secukupnya.
1/2 tsp pewarna merah.
1 tsp air
4 ulas buah nangka-potong nipis.


B
125 gm air
125 gm gula
1 helai daun pandan.

C
200ml susu cair(resepi asal guna santan pekat)
750 gm kiub ais.

Cara-caranya:

  • Untuk sirap:  masak gula dengan air dan daun pandan hingga larut dan ketepikan,tunggu hingga sirap sejuk
  • Potong bentuk  kiub kecil sengkuang cina lebih kurang 5mm.
  • Bancuh 1 tsp air dengan 1/2 tsp pewarna merah  dan gaul pada sengkuang cina hingga mendapat warna yang sekata.
  • Dalam bekas yang sesuai masukkan 1 cawan tepung ubi kayu dan tuangkan kiub sengkuang cina kedalam tepung ubi.Gerak-gerakkan dulang seperti mengayak agar tepung disalut dengan rata pada sengkuang cina tadi.
  • Kemudian spraykan sedikit air pada sengkuang  dan taburkan lagi tepung ubi dan ayakkan sekali lagi agar dapat lapisan yang agak tebal dan cantik.Lakukan beberapa kali proses yang sama sehingga mendapat lapisan tepung yang lembab tapi tidak basah.
  • Ketepikan sengkuang Cina tadi selama 30 minit agar salutan tepung benar-benar melekat pada sengkuang.
  • Sementara itu masukkan C kedalam blender dan blend hingga jadi Smoothie.Simpan dalam peti ais.
  • Panaskan 3 cawan air dalam periuk hingga mendidih.Masukkan sengkuang cina tadi dan masak hingga ianya timbul di permukaan air.
  • Tuangkan kedalam tapis dan alirkan air paip keatasnya.
  • Akhir sekali masukkan kedalam bekas yang mengandungi air batu dan biarkan terendam selama 10 minit atau lebih.
  • Untuk menghidangnya: Tuangkan smoothie kedalam bekas yang sesuai.Masukkan sengkuang cina keatasnya dan hias dengan hirisan buah nangka..arroy makk makk:)

10 comments:

  1. aduuuh kak,ini feveret kita nih..dah lama tak makan..tak pernah buat pun sbb rasa cam leceh je..tapi tgk kat sini cam senang pulak.apa2 pun kita masuk list je lah dulu ya kak.

    ReplyDelete
  2. wah wah wah..peberet saya ni..pernah sekali dalam seminggu sampai 2 kali buat, kes tak puas makan.. uish..kena cari waterches nut jugak la lepas ni...tingin la plak

    ReplyDelete
  3. wah nampak menarik ni....sure sedap kan...:)

    ReplyDelete
  4. sedapnye akak...macam nak mintak semangkuk je,hehheheh...

    *akak,nnt singgah umah mie amek award eh...
    http://nasyieen.blogspot.com/2010/12/award-dari-kak-hana.html

    ReplyDelete
  5. salam cm,
    ditangan pakar, hidangan menjadi sebuah karya seni. bukan hanya menyelerakan tetapi indah dipandang.

    ReplyDelete
  6. apa ituuuu?? *ayat jakun! hihihi... mkn kat sini jerk lah! kite xde sengkuang apatah lg nangka.. tpg ubi pong xde.. hai mmg byk xde.. ngidam dbuatnyer...

    ReplyDelete
  7. uiks. menarik tertarik kau mmg debom. masok list. sengkuang ade lam esbok. idea menarik to dicube nih

    ReplyDelete
  8. Salam cm

    Tak pernah makan tentu sedap.

    ReplyDelete
  9. Salam makcik.. lama tak singgah dapur makcik, sibuk! sibuk! sibuk! :)
    Ni kegemaran datuk saya, kecil kecil dulu dah pantai buat tub tim grob, aroy maak!

    ReplyDelete
  10. Mmm, cantiknya Tup Tim Grob ni Makcik. Part paling sedap - nangka :) Selamat Tahun Baru!

    ReplyDelete