LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, December 23, 2010

Salam

Salam dan selamat sejahtera.Apa khabar kawan-kawan semua? cuti sekolah dah nak sampai ke penghujung...masa begitu cepat berlalu...Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi singgah ke blog cm ni dan sudi tinggal jejak.Mohon maaf sebab tak dapat nak berkunjung ke blog kawan kawan kerana keadaan yang tidak mengizinkan.Tersangatlah sibuk..."dapur" Makcikmanggis tak berasap buat sementara waktu..tiada n3 masakan .jangan salah faham bukannya makcikmanggis tak masak tapi masak cikai cikai je jadi segan nak buat n3 hehe.Insyallah bila keadaan dah ok makcikmanggis akan buat n3 masakan seperti biasa:)..
Sekarang ni musim hujan jadi pokok pokok yang ada dalam pasu dah mula menghijau.Sebelum ni warna dah kuning umpama hidup segan mati tak mahu.Bila lihat pokok pokok ni hati rasa tenang je.. pokok pokok ni pun bertasbih...mengingati penciptaNya jadi kita sebagai manusia jangan lalai dan jangan alpa dengan kesenangan yang ada.Semuanya atas  kehendakNya belaka.Subhanallah...
Pokok cili api ni kemetot je lebih kurang sekaki tingginya tapi dah mula berbuah:)..Alhamdulillah nanti tak payah beli....eh cuba Zoom kan ...ada makhluk kecil yang sungguh cantik.. sepasang.lady bugs:)
Lihatlah pokok lobak putih ni:)
Pokok bawang ni cm tanam dicelah celah pokok lobak putih sebab tak cukup tanah tapi begitu cepat membesar.
Biji ketumbar  mengambil masa yang agak lama untuk bercambah  tiap-tiap hari Cm siram dan jaga bagai menatang minyak yang penuh...mulanya tak sabar.....ada terlintas nak buang je bekas tu sebab penat menanti benih ni tak tumbuh  tumbuh.Akhirnya Alhamdulillah...
bukan satu tapi dua:)tanam pokok pun perlu sabar.
Pagi tadi Cm dah ubah kedalam poly bags .harap-harap ianya tumbuh dengan subur.
Benih bayam sangat senang tumbuh:)
 Daun kesom pun dah mula tumbuh pucuk:)
 Ooppss sempat ambil gambar sekumpulan orang  lelaki berbasikal disebelah rumah Cm...

8 comments:

  1. Alhamdulillah..hidup subur semua tanaman cikmanggis..Tenag ja jiwa bila lihat kehjauan tanam2an tu semua kan..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah musim hujan ni banyak membatu.Terima kasih ibh kerana sudi singgah lihat sayur cikmanggis ni hehe

    ReplyDelete
  3. salam makcik, engah sibuk apa di penghujung tahun ini?

    ReplyDelete
  4. salam cm..
    mcm2 cm dok tanam ye.. seronoknya ada tanah boleh tanam mcm2 pokok.. masa menyewa dulu mmg mcm2 kita tanam.. sukaa.. skrg ni dok umah sendiri.. umah sarang merpati pulak.. mana ada tempat nak bertanam.. huhuhu..

    ReplyDelete
  5. salam cm..alhamdulillah semuanya tanaman cm menjadi ..syukur tak payahlah membeli,kalau terongin nak masak nasi kerabu,petik je daum kesum tu hehe..

    ReplyDelete
  6. Happy Holidays! Healthy to use home grown veggie.

    ReplyDelete
  7. nenonenonenoooo... naik ambulan nk cepat sampai ikut opah jln2! hihihi

    ReplyDelete
  8. Hello CM, wah..can also do gardening! your tub tim grub looks very good!

    ReplyDelete