LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, July 2, 2010

Bihun sup & sambal udang kering.

Salam dan selamat petang.Makanan berasaskan sup menjadi pilihan utama kami sekeluarga terutama mee atau bihun.Hari ni buat bihun sup yang simple.Tak ada tumis-menumis:).Pakai rebus je ayam dengan rempah ratus..siap...bila makan dengan bahan-bahan sampingan tu sedap jugak:) jom lihat resepinya:

Bahan-bahannya:)
1/2 ekor ayam.
1 ketul sup bunjut.
3 ulas bawang putih.
5 ulas bawang merah.
 2 inci kulit kayu manis.
3 kuntum bunga lawang.
1 ketul kiub ayam .
2 inci halia
1 biji buah tomato.

Bahan-bahan sampingan:
Potongan daun sup dan daun bawang.
Sambal kicap.
sambal udang kering.
potongan limau kasturi.
Taugeh.

Cara-caranya:
Tumbuk halia,bawang putih dan bawang merah hingga hancur.Masukkan ayam kedalam periuk dengan  air yang mencukupi.Masukkan semua bahan-bahan tumbuk dan semua bahan-bahan diatas.Masak sehingga ayam empuk.Rasakan garamnya.Keluarkan ayam asingkan isinya.Masukkan kembali  tulang kedalam periuk sup sementara tu siat-siatkan isi ayam dan ketepikan.

Rendamkan bihun dengan air mendidih dan masukkan sedikit serbuk kunyit agar bihun berwarna kuning.Bila dah kembang toskan airnya.Untuk menghidangnya ..masukkan bihun kedalam mangkuk.Letakkan taugeh diatasnya.Taburkan daun sup&daun bawang,bawang goreng dan sambal kicap atau sambal udang kering.Sendukkan sup panas kedalamnya dan perahkan dgn jus limau kasturi.Siap:)


Jom kita lihat cara-cara nak masak sambal setan  udang kering.Semasa singgah blog Deetha cm tertarik dengan sambalnya.Sambal SETAN..hehe pastinya sangat pedas sempena dengan namanya hehe..oh ya satu pesanan sebelum anda memasak sambal udang kering ni ya..pastikan anda buka tingkap dapur seluas-luasnya dan pasang kipas...jangan terkejut jika terdengar jiran kiri atau kanan rumah anda terbatuk-batuk dan terbersin..semuanya akibat sambal ni hehe tapi jangan risau sebab hasilnya sangat "Lumayam":)sedap terutama kepada mereka yang suka pedas.

Bahan-bahannya:
200 gm cili api masak.
50 gm udang kering.-goreng hingga garing dan kisar halus
3 ulas bawang putih.
2 cawan udang geragau.-goreng sekejap dan toskan minyaknya
1/2 labu bawang besar atau 6 ulas bawang merah.
1/2 buku gula merah.
1 keping asam gelugur.
garam secukup rasa.
Cara-caranya:
  • Kisar bawang putih,bawang besar atau bawang merah dan cili api hingga halus.
  • Panaskan minyak tumis bahan-bahan kisar hingga naik baunya.
  • Masukkan udang kering kisar dan udang geragau gaul hingga sebati.
  • Masukkan gula merah,garam dan asam keping.
  • Masak dengan api yang perlahan hingga sambal kering.
  • sejukkan dulu baru simpan dalam balang yang sesuai:)

10 comments:

  1. mmg sempoi kak! janji ade sambal kicap!! perghh! dua mangkuk kak! hihihi..
    aritu plan nk wat sambal geragau, arini nmpk yg udang kering cam nk buat jugak! haiishhh mana satu nih?!

    ReplyDelete
  2. salam hana..makan tak hingat donia tadi:) sambal udang kering ni sepatutnya udang kering je,tapi ada lebihan udang geragau jadi kita campur sekali:)

    ReplyDelete
  3. salam cikmanggis..terliur kita nengok mihun nih.. mmg tgh lapor bebenor kt klinik nih..cuma makan roti canai sekeping jek pg td..pastu dh x tau nk makan aper..dh boring asik2 menu mamak jek! kalu dpt semangkuk mihun cm nih..cedaapnyer!! adoyaai..nmpaknye kena makan biskut dulu utk alas perut sampai malam nnti..huhuu!

    ReplyDelete
  4. wsalam.ala siannya..jika dekat boleh gak akak hantarkan semangkuk tapi tak pe lah anggaplah berdiet hari ni hehe

    ReplyDelete
  5. Salam makcik...sambal udang tu nampak sungguh menyelerakan! Dah bookmarked ni :) Kenapa ke hospital ni?

    ReplyDelete
  6. Selamat sejahtera Tummy..sambal tu sangat pedas hanya untuk yg kuat pedas je:)..oo pakcik tak sihat selepas balik dari Sabah & Sarawak..dia hanya boleh makan makanan yg dimasak dirumah je:(

    ReplyDelete
  7. salam mak cik...
    haaa... mau coba lah ni, sup bihun dg sambal.. menggoda selera...
    pasti sedap sangat ...

    ReplyDelete
  8. wsalam deetha..coba jangan tak coba hehe tapi pedasnya sampai mahu pengsan:)

    ReplyDelete
  9. Salam..Fuhh!..first time tgk sambal mcm ni.Tentu sedap ni..tgk rupanya..

    ReplyDelete
  10. wsalam ibh..cuba lah try..sedap tau:)

    ReplyDelete