LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, December 19, 2010

Pokok Pudina & Kebun.

Salam dan selamat sejahtera.Masih belum ada n3 masak-masak.Pagi-pagi lagi Cm dok merayau rayau keliling rumah melihat kebun yang sejemput ini.Jika fikiran tak tenteram lihat pokok pokok yang ditanam makin membesar terus rasa segar.Pokok pudina dalam pasu ni makin membiak dan  gemuk-gemuk pulak tu..Tak puas dok belek belek.Belum petik daunnya lagi sebab sangat sayang.Esok lusa boleh lah   buat teh pudina.....
Pertama kali pokok pisang pemberian kak Rib ni berbuah.
Benih lobak merah yang Atiqa kasi dah mula tumbuh.Harap-harap anak anak karot ni berjaya ditanam dan hidup subur.Ini merupakan pertama kali semai benih karot dan tumbuh.
daun kesom yang direndam dengan air tempohari telah tumbuh akar hingga ke atas.
Sekarang ni musim hujan jadi rasanya tiada masalah untuk pokok pokok kesum ni tumbuh.
Benih sawi dah mula tumbuh.Insyallah beberapa hari lagi dapat diubah kebatas yang telah siap digembur tanahnya.

9 comments:

  1. salam cikmanggis...
    bestnya tgk pokok2 cik...jimat belanja x yah beli daun2 tu semua. Sy tak sabar nak balik mesia, nak bercucuk tanam mcm cik..mudah2an dpt rumah ada bertanah sikit..dpt tanam daun2 tu semua utk kegunaan sendiri pon cukup la!

    ReplyDelete
  2. Salam cik manggis..
    Segar bugar daun pudina tu..Sue suka betul tgk tanaman ni..Nanti kalau carrot tu dah besar jgn lupa up gambo ya...
    Hari2 CM up gambo kebun pun tak pa...Sukaa...Sat gi nak turun tgk tanaman sue pulak..

    ReplyDelete
  3. salam makcik sayang...
    lama aku tak singgah ke dapur makcik ni..
    makcik apa kabar? semoga sehat ya..
    aku sekarang pindah ke jakarta. Alhamdulillah diterima kerja di kementerian.
    berkat doa makcik jg,kan.. hehehe

    ReplyDelete
  4. tangan sejuk ni...segar2 tanaman nyer tu...

    ReplyDelete
  5. Salam Kak CM,

    saya suka sangat letakkan (ramas kan sikit) daun pudina dalan air 7up.. segar rasanya.

    ReplyDelete
  6. salam cm..suka tenguk pokok2 tanaman cm tumbuh..kakyam tak minat dgn gardening..cuba tanam tapi mungkin tangan panas tak subur n ada yg tak tumbuh..hehe..yangan cn sejuk sebab tanam apa pun menjadi..

    ReplyDelete
  7. Daun pudina CM nampak sangat sihat tak lama lagi akan lagi merebak:) Saya asyik lupa nak tanam pokok pudina yang beli 2 minggu lalu. Daun kesum CM pun pasti tak nak mengalah dengan Si pudina nak merebak juga ambil kesempatan musim hujan ni. Karot suka agaknya cuace sejuk sebab hujan jadi dah mula tumbuh.

    ReplyDelete
  8. salam sejahtera.... sy ingin ambil gambar daun2 pudina yg tunjuk d laman ini untuk bahan kerja tugasan... Skian, terima kaseh...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, anda atau ahli keluarga ada masalah:

    Bacaan gula tinggi (10 ke atas, belasan, atau 20 ke atas)

    mata rabun atau kaki luka akibat kencing manis

    Sukar kawal gula walaupun dah cuba pelbagai petua dan herba


    Jangan biarkan keadaan semakin serius!

    Kami ada teh herba khusus yang:

    Dihasilkan daripada herba terbaik untuk turunkan gula dengan cepat.

    Selamat, tanpa bahan kimia berbahaya.

    Tidak menyebabkan angin atau sakit urat.

    Membantu luka kering dan sembuh sepenuhnya.

    Melegakan sakit saraf akibat kencing manis.


    Harga hanya seratus lebih untuk sebulan.
    Jangan tunggu sehingga komplikasi lebih serius seperti amputasi. Rawat sekarang untuk kesihatan yang lebih baik.

    Hubungi/WhatsApp:
    Mohd Zuhairi Bin Noordin
    017-468 7570

    Insya-Allah, ikhtiar ini membantu anda.

    ReplyDelete