LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, November 15, 2010

Kuey Tiew Sup

Salam dan selamat sejahtera.Selepas "cuti-cuti " Malaysia badan pun terasa "comel" kembali dengan pipi pun dah tembam hehe....oh ya sebelum ke resepi kuet tiew sup ni Cm nak say hai to my dear Darwis hehe.Sorry ya video tu ada masalah teknikal sikit.Lain kali opah letak video lain ya hehe......ok hari ni Cm masak Kuey tiew Sup untuk nak tebus balik apa yang Cm makan 2-3 hari yang lepas:)

Jom kita lihat bahan bahannya:)

2 ekor tulang rangka  ayam(ada jual di pasaraya )
Di rebus dengan pressure cooker selama 1/2 jam dengan air yang mencukupi untuk sup.Kemudian tapis agar dapat sup yang jernih.
Pindahkan kedalam periuk nasi letrik.Masukkan 3 hirisan halia,1 tbsp pati ayam.1 ketul pati ikan bilis,garam secukup rasa,sedikit gula(optional).Masak hingga sup mendidih.
Celurkan kuey tiew
Fish ball (celur sekejap)

Cendawan(celur sekejap)

Fish cake(rebus sekejap)

Bok Choi(celur sekejap)
Bawang goreng,serbuk lada hitam ,minyak bijan dan kicap manis.
Cili api (potong)

Cara menghidangnya:

Masukkan kuey tiew kedalam mangkuk kemudian lelakkan cendawan, fish ball,fish cake,sayur bokchoi,daun bawang,bawang goreng dan jika suka pedas masukkan cili api potong.Kemudian masukkan sedikit minyak bijan dan kicap manis serta tabur dengan sedikit serbuk lada hitam .Akhir sekali siramkan sup mendidih keatasnya.Siap:)

9 comments:

  1. salam..
    makanan yang sihat..s
    esuai di makan hari2..he he

    ReplyDelete
  2. k nahhhh sedapnya lame dak buat koaytiau teng

    ReplyDelete
  3. ala ruginyer tk dpt tgk opah ngan atuk berenang2 lam kolam... ade ikan mati lemas tak lam kolam tuh? kikikiki.... nnti nk try la sup style opah nih! cam best! cucu mesti suker! dlm erti kata lain mak dier yg terlebey suker... hihihihi

    ReplyDelete
  4. hr sihat 1 malaysia. hehehe... badan sihat otak pun cergas.

    ReplyDelete
  5. boleh bagi satu bowl, nampak sedap sekali! i like your old fashion plates, I have only one bowl like yours.

    ReplyDelete
  6. Makcik....
    sedapnya kwetiaw tuu...
    aku suka sangat dg kwetiaw.. bila ada masa nanti nak coba .. hihihi

    ReplyDelete
  7. memang sempoi niii.. pasti cuba ni insyaAllah

    ReplyDelete
  8. Aiyoh, makcik, saya hari ini hanya fikir sup kway teow saja. Sekarang jumpa tapi tak dapat makannya! Tentu mimpinya malam ini...haha. MaryMoh at http://www.keeplearningkeepsmiling.com

    ReplyDelete
  9. Salam makcik....kemarin saya juga masak kuey tiew soup tapi dengan udang :) Mintak semangkuk ni!
    Selamat hari raya haji buat makcik sekeluarga.

    ReplyDelete