LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, November 17, 2010

Nasi Serai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Selamat hari raya korban buat rakan rakan muslimin dan muslimat sekalian.Semoga kita sentiasa dirahmati Allah.Doa juga pada jemaah haji di Mekah agar memperolehi haji yang mabrur dan akan pulang ke tanah air dengan selamatnya.Amin.

Seperti biasa juadah hari raya korban agak kurang meriah dari pada juadah semasa menyambut hari raya puasa.Pagi tadi  Cm masak rendang ayam dan nasi serai.Jiran sebelah pula kasi Nasi Daging.Alhamdulillah sedap betul.Rezeki di pagi raya.Rendang makcikmanggis pulak tak sempat nak hulurkan pada jiran jiran sebab menjelang pukul sebelas  sudah licin..hanya tinggal kaki ayam dan tulang aje   tak sempat nak ambil gambar:(....Oh ya terima kasih pada anakanda ika Bangkok sebab makcikmanggis C&;;P resepi dari blognya.Terima kasih Ika..Resepi asalnya dari blog Jun.Terima kasih buat Jun:) kerana sudi panjang panjangkan resepi yang sungguh enak ini.


Nasi serai.
Bahan2
  • 2 cawan beras basmati- basuh & rendam dlm 15 min kemudian toskan
  • 1 helai daun pandan-simpul
  • 2 cawan air
Bahan tumis:
  • 1-1/2 sudu mkn butter
  • 1 biji bawang besar-hiris
  • 2 ulas bawang putih -hiris
  • 1/2 in halia-hiris
  • 2 sudu teh remph kurma
  • 3 btg serai-ketuk>>yg ni kita letak lebih sikit :D
  • Setiap satu kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & pelaga
  • Garam secukupnya
  • sedikit raisin hitam>>yg ni sesajer tambah! :D
  • Bawang goreng utk hiasan(Makcikmanggis tambah badam,gajus dan kismis goreng)
Cara2

  • Panaskan butter, tumis bawang2 dan halia hingga naik bau, kemudian masuk rempah kurma, serai, daun pandan & empat sekawan kacau rata.
  • Kemudian masukkan beras dan air masak seperti biasa. Bila nasi dah masak peroikan dan tabur bawang goreng. Siap.Kita makan dgn acar n kari ala rendang!(CM makan dengan Rendang Minang dan salad buah)

Begini lah rupanya "Rendang Minang" yang telah licin hingga menjilat jari itu .Untuk resepi Rendang Minang boleh lihat disini:).Terima kasih pada Jun

10 comments:

  1. salam makcik,
    selamat Idul Adha ya...
    salam buat keluarga dsini :)

    ReplyDelete
  2. huwaaaaaaaaaaaa..... nape dah abesssssssss! *nanges gulin2 kempunan ayam `korban` opah!

    opahhh... camat ari rayaaa! raya aji ader wit raya tak?? kekekekeke

    ReplyDelete
  3. nak nangiiisssss jugakkkkkk!!!! sampai ati tak tgglkan pun sikitb kuah ke daun kunyit keeee..sob sob sob.... Camat ari raya buat akak sekeluarga!!!!

    ReplyDelete
  4. Salam makcik...rendang tu pasti begitu enak sekali, tak sempat ambil gambar ke hehe

    ReplyDelete
  5. salam cm..bestnya nasi serai..satu lagi koleksi resepi kakyam..hehe..

    ReplyDelete
  6. Deetha..salam aidil adha juga buat deetha sekeluarga.Ceria ceria selalu:)

    ReplyDelete
  7. Mama Darwis&Hana..hehe shhhh jangan nangis Darwis lain kali opah buat banyak banyak:)...duit raya?alamak kena tunggu tahun baru cina la pulak ya:)

    ReplyDelete
  8. ika...hehe haish buruk benar orang tua nangis ekeke....selamat hari raya haji buat ika sekeluarga:)

    ReplyDelete
  9. Tummy dear...hehe agaknya atau mungkin ayam yang sangat kecil:)

    ReplyDelete
  10. Salam kak yam..banyak dapat daging korban?cm tak merasa daging korban kecuali jika balik kb :)

    ReplyDelete