Selamat petang....wah sedap betul tidur disaat kat luar sana hujan yang amat-amat lebat hehe.hari ni hari lepak bersama si kecikku.Sekolah agama cuti sebab ada kebakaran kecil dikelasnya pada ramadhan yang lalu dan masih dalam proses baik pulih...jadi hari ni masih bercuti....
Bila check dalam peti ais terdapat satu bungkusan ikan tongkol yang dah siap potong.Pada mulanya ikan ni nak dimasak gulai tapi asyik tangguh je....jadi petang ni untuk makan malam nanti cm masak Home made sardine again:)..dah beberapa kali masak sardine.Resepi asal cm ambil dari blog CMG dan cm pernah masukkan n3 sardin ni kat SINI
700 gm ikan tuna
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 gm bawang putih-kisar halus
80 gm bawang merah-kisar halus
25 gm halia-kisar halus
2 1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:
- Bersihkan ikan dan perap sekejap dengan perahan limau nipis kemudian bilas bersih.
- Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan air dan tomato puree
- bila kuah mendidih baru masukkan ikan tuna dan masukkan garam dan gula secukupnya
- Pindahkan kedalam slow cooker atau pressure cooker.
- Jika menggunakan slow cooker cm masak lebih kurang 8 jam tapi rasanya 10-12 jam baru lembut tulangnya
- Jika menggunakan pressure cooker memakan masa 1 jam sahaja....bila dah siap ..dah jadi sardin..tumislah cam buat sambal sardin biasa atau makan begitu saja dengan roti pun sedap:)
Kali ni cm masak dengan menggunakan pressure cooker yang cm beli dari Mimi tempohari.Alhamdulillah cepat dimasak sedap dimakan....terima kasih MIMI