Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Mexican Bun
Sumber asal : Pn.Isma Maisarah (Kelab Roti)
Bahan-bahannya:
Inti
200 gm butter.
1/2 tsp esen vanila.
70 gm gula perang.
Pukul butter dengan speed seederhana selama 3 minit.Masukkan esen vanila dan gula perang.Pukul lagi sehingga bahan-bahannya sebati.Simpan di tempat sejuk.(Saya simpan dalam peti sejuk sekejap sementara menyiapkan bahaan-bahan untuk roti dan topping.Jangan simpan lama nanti keras pulak ya)
Topping Kulit.
200 gm butter.
160 gm gula ising.
3 biji telur grade A.
200 gm tepung gandum.
1 tsp perisa kopi atau mocca atau pun koko.(Saya guna 2 tsp serbuk kopi segera)
Putar butter dengan speed sederhana selama 5 minit.Perlahankan dan masukkan telur,gula ising dan serbuk kopi segera.Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit .Putar sehingga halus.Masukkan dalam piping beg.Ketepikan.(Saya simpan dalam peti sejuk sekejap)
Doh Roti.
Bahan-bahannya:
500 gm tepung roti.
11 gm yis.
1/2 cawan gula halus.
Secubit garam.
2 tbsp tepung susu.
1/2 tsp baking powder.
1 tsp bread improver.
2 tbsp water roux.
1 biji telur.
220 ml air dari peti sejuk.
2 tbsp butter atau shortening.
1 tsp kopi emulco ( saya letak 1 1/2 tsp serbuk kopi segers)
Cara-caranya:
Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali butter atau shortening dalam mangkuk pengadun.Uli sehingga sebati.Kemudian masukkan butter atau shortening.Uli sehingga licin dan elastik.Rehatkan doh selama 30 minit atau sehingga doh kembang dua kali ganda dari saiz asal.
Timbang doh 60 gm setiap satu.Bulat-bulatkan.Rehatkan doh 7-8 minit sebelum di isikan dengan intinya.Isikan inti dan tutup dengan kemas.Bulat-bulatkan.Biarkan doh naik double dari saiz asal.Paipkan topping di permukaan atas doh dengan cara melingkar.Bakar sehingga masak.
Alhamdulillah saya sungguh berpuas hati dengan hasil resipi Puan Isma Maisarah .Rasanya resipi yang terbaik setakat ini.Kita sungguh beruntung sekarang kerana resipi bukanlah menjadi rahsia lagi.....kita sama-sama berkongsi ilmu semoga memperolehi keberkatan dariNya.......Selamat mencuba ya :)
No comments:
Post a Comment