LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, December 11, 2013

Donat Pandan...Donat Incredible Hulk :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Donat Pandan.

Sumber:Isma Maisarah Kelab Roti. 

Bahan-bahannya:

250 gm tepung roti.
1 1/2 tsp yis.
2 biji kuning telur.
50 gm gula.
2 tbsp water roux.
50 ml jus pandan pekat.
50 ml minyak jagung.
Sedikit garam.



Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas di dalam mangkuk pengadun dan uli sehingga sebati.Uli sehingga doh tidak melekat pada pada mangkuk dan tangan.Jika terlalu lembik taburkan sedikit tepung semasa menguli.
  • Perap doh selama 30 minit atau sehingga doh kembang dua kali dari saiz asal.
  • Tumbuk buang anginya.Canai dan terap menggunakan acuan donat.
  • Rehatkan sekali lagi agar doh kembang.
  • Goreng dengan minyak yang sederhana panas.Toskan minyak dan salut dengan gula halus.



Water Roux.

1/4 cawan tepung gandum.
250 ml air.

Masukkan bahan-bahan di atas  ke dalam kuali nonstick.Masak dengan api yang perlahan dan sentiasa mengacaunya agar tidak berketul.Masak sehingga pekat.Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.Jika simpan dalam peti sejuk ianya bertahan sehingga 2-3 hari.



Kali ini Cm benar-benar berpuas hati .Donat yang lembut dan tidak kering.Bila dipicit seolah- olah rasa seperti sponge.Terima kasih pada Isma Maisarah dan warga Kelab Roti.Pertama kali makan donat pandan.Harum pandannya  memenuhi ruang dapur.

3 comments:

  1. assalam CM..KNJ pun suka tengok hasil kwn2 dr kelab roti...menarik2 belaka...nanti bleh lah terai resepi ni plak...ku lihat ijauuuu!

    ReplyDelete
  2. wah macam menarik je. tak terfikir lak buat warna hijo. hehehe thanks!

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. mmg tengok teringat kat incredible hulk la kak :) ada water roux sure xtra lembut dan gebu kan.

    ReplyDelete