Ban Nenas.
Resipi asal dari Isma Maisarah.
Bahan-bahannya:
500 gm tepung roti.
11 gm yis.
1 biji telur.
2 tbsp tepung susu.
220ml air dari peti sejuk.
1/2 tsp garam.
1/2 cawan gula halus.
3 tbsp water roux.
2 tbsp shortening.
1/2 tsp baking powder.
Cara-caranya:
- Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali shortening di dalam mangkuk pengadun.
- Uli sehingga sebati.Kemudian baru masukkan shortening dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan elastik.
- Rehatkan doh selama 30 minit atau sehingga doh naik dua kali ganda dari saiz asal.
- Timbang doh seberat 60-70 gm setiap satu.Bulat bulatkan.
- Gelek doh dengan penggelek supaya berbentuk bulatan membujur.
- Isikan jem nenas dibahagian hujungnya.Gulung sehingga separuh bulatan dengan kemas.
- Dengan menggunakan pisau atau scraper potong doh yang separuh lagi secara memanjang.(Jalur)
- Akhir sekali gulung doh tadi perlahan-lahan sehingga selesai.Kemaskan agar nampak rapi gulungannya.
- Gliskan doh dengan telur yang dicampurkan dengan sedikit susu.
- Rehatkan doh sehingga kembang.
- Bakar dengan suhu sekitar 170-180 darjah celcius sehingga masak.(Bergantung pada jenis oven yang digunakan)
Bahan-bahanya:
2 biji nenas.
2 biji epal hijau.
1 biji oren.
1 cawan gula.
1 helai daun pandan.
3 kuntum bunga cengkih.
Cara-caranya:
- Nenas dikupas kulitnya dan parut bahagian isinya .
- Epal dikupas kulit dan di parut.
- Kupas kulit oren dan ambil bahagian isinya sahaja.
- Masukkan semua bahan-bahan di dalam periuk yang tidak melekat dan masak dengan api yang perlahan sehingga pekat.
- Sejukkan terlebih dahulu sebelum di gunakan.
sedapnya CM..
ReplyDeletecantiknye roti cm...
ReplyDeleteSinggah promote Alat Buang Duri Nenas'.
ReplyDelete