LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, April 6, 2013

Singgang Ikan Tongkol.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pagi-pagi lagi Cm dan suami ke Pasar Tani Upm.Saja nak tengok jika ada pokok-pokok herba yang menarik.Ini merupakan kali pertama ke sana apabila seorang Geng Tanaman beritahu ada Pasar Tani kat sana.Kecik saja tapi yang bestnya  tempat letak kereta berhampiran dengan gerai gerai tu.Tak perlu berjalan jauh.

Sekali pusing tak sampai 15 minit dah habis.Last sekali Cm singgah ke Gerai Ikan dan beli  seekor ikan tongkol.(rm 5.60) tak perasan berapa gram ikan tu.Saiz kecik saja.Memang niat nak masak Singgang.Masakan tradisi orang Kelantan :)..jika mengaku orang Kelantan tapi tak pernah makan Ikan Singgang tu...agak pelik jugaklah hehe.

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan tongkol atau ikan Aya.(Agak-agak 500 gm)
6 ulas bawang merah-mayang.
3 ulas bawang putih-mayang.
1 inci lengkuas-ketuk.
1 inci kunyit hidup-potong nipis.
7-8 biji cili api.
Garam secukup rasa.
2 tbsp budu.
1 keping asam gelugur.
1 1/2 -2 cawan air.
Cara-caranya:


  • Satukan air dan semua bahan-bahan diatas kedalam periuk kecuali ikan dan cili api.
  • Masak air sehingga mendidih.
  • Kemudian masukkan ikan dan kecilkan api.Biarkan sehingga ikan masak dan mesra dengan kuahnya.
  • Akhir sekali baru masukkan cili api.
  • Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih,budu dan ulam-ulaman :)
Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu :)



"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets .

11 comments:

  1. saya belum pernah beli ikan tongkol, kena cari ikan ini kerana saya nak masak nasi dagang Kelantan soon, hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck Sonia :) Wah dah pandai makan nasi dagang sejak balik dari Kelantan ya..minta ikan tongkol yang isinya warna putih dari penjual ikan sebab isi yang putih lagi sedap tau :)

      Delete
  2. Asslmkm CM.
    Masak singgang ni klu sue mkn mcm tu sj. X pyh mkn nasi dah. Sbb sedap hirup kuahnya. :-)
    Hamboiiiii background tu buat org geram ja. Sego bugar hidupnya.

    ReplyDelete
  3. Orang Melaka panggil masak pindang. Sedap hirup macam tu saja. I like:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo Shereen pun tahu ya..lebih sihat kan.Jika tak suka budu boleh tukar dengan belacan untuk perasanya tu.

      Delete
  4. I tak pernah masak ikan this way. Biasa goreng, masak kari or steam saja. I kena try it this way one day. Thanks for your support and don't forget to email me this and the other two ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih gert kerana anjurkan pesta makanan kelantan ni.Saja mengingatkan makanan masa kecik kecik dulu.Insyallah nnt Cm emelkan.

      Delete
  5. kalo msk mcm ni..manis ikan tu terasa2 kan CM?...simple tp sedap..

    ReplyDelete
  6. Salam cm...saya suka makan ikan singgang,kalau ikan parang lagi sedap.

    ReplyDelete