LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, April 5, 2013

Kerutuk Daging

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sementara menunggu untuk menjemput Si adik dari sekolah baiklah Cm cepat-cepat letak resipi kerutuk ni kat dapur Cm.Wah panasnya  cuaca hari ini...berpeluh-peluh dan sudah berbotol-botol air mineral dah di minum....

Ok ini resipi Mak Cm dari kampung.Mak memang mahir memasak masakan Kelantan .Anak-anak perempuannya semua menuntut " ilmu " kerutuk darinya hehe.Sebenarnya jika memasak kerutuk ,daging hendaklah di potong dengan saiz yang  agak besar sebab tu, orang dulu dulu panggil kerutuk ni sebagai Gulai Buku Besar tetapi Cm dah derhaka sedikit kerana anak-anak dan suami selalu komplen,katanya susah nak makan jika  besar.Jadi Cm kecilkan sedikit saiznya.

Bahan-bahannya:

1 kilo daging -potong seperti nak  masak rendang.

A
10 ulas bawang merah.
3 ulas bawang merah.
5 tangkai cili kering-goreng tanpa minyak.
1 inci halia.
1 inci lengkuas.

3 tbsp Rempah Kerutuk
B

10 ulas bawang merah.-mayang halus.
1 inci halia.-mayang halus.
3 ulas bawang putih.-mayang halus.

C
3 kuntum bunga lawang.
3 biji buah pelaga.
1 keping kulit kayu manis.

D
1 batang serai-ketuk.
1 cawan.minyak masak.(Mesti banyak)

E
1 biji santan kelapa.
3 tbsp kerisik.
Garam secukup rasa.
Gula melaka secukup rasa.
Sedikit air asam jawa.

Cara-caranya:


  • Kisar bahan-bahan A dan gaul bersama rempah kerutuk sehingga sebati-ketepikan.
  • Mayang B hingga halus.-ketepikan.
  • Panaskan minyak.Tumis C.
  • Kemudian masukkan B dan tumis hingga hampir garing.
  • Masukkan A dan tumis sehingga rempah betul betul masak
  • Masukkan serai.
  • Masukkan daging dan letakkan sedikit air.Tutup periuk dan biarkan daging empuk.
  • Apabila daging sudah empuk baru masukkan santan,garam,gula melaka,kerisik dan air asam jawa.
  • Biarkan mendidih sehingga kuahnya pekat.Kemudian bolehlah sudukan/buangkan  lebihan minyak dipermukaan nya.
Kerutuk sedap dimakan bersama nasi,roti atau pulut kuning.Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.


."I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets .


15 comments:

  1. bagus juga MFF ni kan kak... ramai boleh belajar masakan dr negeri selain negeri kelahiran sendiri kan.. pd yg minat mencuba resepi2 yg tak pernah dicuba tu memang untung bila ramai yg berkongsi resepi pior negeri masing2... mcm akak sendiri.. tak lokek berkongsi resepi yg mak.. ramai yg dpt manafaatnya nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu madiha..rasa seronok dapat bertukar-tukar resipi.Dan mengeratkan lagi silaturahim.Knah nak cuba buat gerodok yang resipi madiha semalam.Rasa nak makan sekarang jugak ......dasat ya Cm ni kan hehe

      Delete
    2. Salam..kak madiha a.k.a ratna..sy ad cube resepi nasi hujn pns akk..alhamdulillah jd ns tu walaupun 1 st time buat

      Delete
  2. CM, untuk satu bulan nih rasa kelaparan sebab banyak masakan Kelantan yang sedap-sedap ditayang. Ini pun first week aje dah ada kuzi, kuih muih dan kerutuk daging pulak! Haih macam mana nak slimming ni? Hee..hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kuat kan semangat..kuatkan semangat...tp Cm ni dan "mulat'akibat masakan Kelantan :)

      ya,Kerutuk memang ada rempah khas jika guna rempah kari ,tak menjadi.

      Delete
  3. Wah, Kak CM.. bukan main ligat lagi Kak CM masak lauk kelante:)) Very meriah kan these few days tengok macam - macam lauk Dari kelantan ni. Semua pun nampak sedap:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama ketagih masakan kelate ni Shereen :) sekali ada peluang ..kayuh..kayuh hehe

      Delete
  4. sedapnya...nanti nak try la masak cmni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah insyallah tak mengecewakan.

      Delete
  5. The look of this dish macam rendang daging ya. I memang suka dish like this, boleh makan dengan nasi or roti. Thanks you CM for you support.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dia seakan akan rendang cuma lainnya sebab ada rempah kerutuk...sama sama kita meriahkan dan ketengahkan masakan kelantan ya :)

      Delete
  6. Cicah roti mesti sedap ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cicah roti benggali atau roti bantal tu Sue :)

      Delete
    2. Mana2 roti pun sedap. Tp kalo dpt roti benggali lg sedap. Lamanyaa x mkn roti benggali. :-)

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete