LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, April 9, 2013

Ikan Bakar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat tengahari.Hari ini Cm nak kongsi satu lagi  menu mudah .Ringkas dan sihat.Walaupun ringkas jangan pandang sebelah mata ya :) .Satu lagi menu kegemaran mak dan arwah ayah.Dulu-dulu jika nak panggang ikan selalu guna dapur arang kerana lebih sedap dan baunya lebih wangi tapi hari ini Cm guna oven je.....nak cepat....Cm lebih suka melumurkan ikan yang akan dipanggang dengan sedikit garam dan kunyit hidup agar nampak lebih menarik warnanya.
Bhana-bahannya

6 ekor ikan kembung-pilih yang segar.Bersihkan dan di kelar-kelar.
2 inci kunyit hidup.
1/2 tsp garam.
Daun pisang secukupnya.

Cara-caranya:


  • Tumbuk kunyit dan garam sehingga halus.Sapukan pada ikan sehingga sekata.
  • Alaskan dulang pembakar dengan daun pisang dan aturkan ikan diatasnya.
  • Masukkan ke dalam oven dan pangang hingga masak.
Bahan-bahan untuk pencicahnya:

Budu
Cili api.
Hirisan limau nipis.
Tempoyak.

Ulam:

Kacang botor.
daun selom.
Ulam raja.
Kacang panjang.
Peria.


Ok..selamat menjamu selera ya..jika ada yang tersadai kekenyangan jangan salahkan Cm  hehe.Makan berpada pada dan berhentilah sebelum kenyang...Bismillah....
"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets .

17 comments:

  1. uwaaaaaaaaaaaaaa.. nangis depan pc ni..
    sedapppnye wehhhh!!!
    cukup cukup sudah.. ku telan air liur saja.. lalalala (sambil nyanyi lagu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan nangis Jas..jom kita makan sama sama hehe

      Delete
  2. CM, tergodalah! This weekend PH mesti pergi beli ikan. Budu dah ada sebotol. Hajat hati nak buat nasi kerabu. Tapi pospon, pekena ikan bakar dengan budu dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe jangan habiskan budu tu ya..simpan sikit untuk masak nasi kerabu nanti :)

      Delete
  3. Cm.... tak tahan. Dahla tengah laparrrrrr....

    ReplyDelete
  4. fengsannnnn...adda memang suka sgt makan cenggini..dah namanya ore kelate nmpk budu bergelojak ank tekak..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...wahhh set hidangan pembuka selera yang boleh bertambah-tambah nasi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.memang makan bertambah-tambah :)mertua lalu kat belakang tak perasan hehe

      Delete
  6. Suka pencicah ini, air liur sudah nak keluar, hehehe.,ikan bakar pula cepat di makan dan cepat di masak , ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sonia ada beli budu tak semasa pergi Kelantan hari tu?

      Delete
  7. CM, jangan lupa masak nasi lelebih sket eh. Takut putus suap je... hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah dah masak 3 pot dah untuk 3 orang.Jika putus suap ,kecik hati tetamu :)

      Delete
  8. Assalam cm
    Telan airliur je tgknya, kena air asam fuhhh pak mentua lalu x nmpk ni he hee
    kat kg memang buat nk time kumpul adikberadik mkn ramai2.
    Sy paling suka ikan ni kalu bakar sb isinya byk tp kakak2 sy suker ikan keli

    ReplyDelete
  9. As salam,
    I suka ikan bakar cara Kelantan ni. Tak payah nak cicah dg air asam . Makan gitu pun dah sedap

    ReplyDelete
  10. Peria dari tuaian sendiri ke CM ;).
    Dekat Sabah ni syurga seafood.
    Dekat pasar Tuaran, ikan pari panggang saiz besar punya baru RM5.

    ReplyDelete