LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, February 20, 2013

Roti Mil Penuh Dengan Kacang Walnut.

Alhamdulillah.Akhirnya dapat jugak Cm letak satu n3 hari ini setelah agak lama  dapur Cm sunyi sepi.Banyak hal yang berlaku tambahan pulak sejak akhir akhir ini badan tak secergas yang sepatutnya.Si adik pulak dah dua hari tak sekolah kerana demam......

Roti yang ada kacang walnut dan badam ni menjadi kesukaan suami Cm.Jika beli roti memang inilah roti yang menjadi pilihan.Jika ke Alamanda beliau akan singgah di kedai Roti Boy untuk dapatkan roti walnut.Katanya kekacang ni baik untuk kesihatan.

Bila usia dah menjangkau ke 5 siri,keutamaan makanan bukan yang enak enak atau yang sedap sedap tetapi faktor kesihatan di dahulukan dalam membuat pilihan.Kuih muih yang manis-manis jarang kami jamah.Jika teringin sangat terpaksa masak sendiri agar dapat adjust kandungan gula dan santannya...Tak apalah..dah lama makan sedap :)..pujuk diri sendiri ....

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung roti.
2 cawan tepung wholemeal.
1/2 tsp garam.
2 tbsp gula halus.
2 tbsp butter.
1 biji telur+air=1 cawan.
3 tsp yis segera.
4 tbsp yogurt.
1 cawam walnut-cincang kasar.
Cara-caranya:


  • Satukan gula,garam,air+telur ,yis dan yogurt dalam mangkuk pengadun.Kacau hingga rata.
  • Masukkan tepung dan uli hingga sebati .
  • Masukkan butter dan terus menguli hingga kenyal.
  • Masukkan 2/3 cawan kacang walnut dan uli perlahan-lahan agar kacang sekata dengan  doh.
  • Perapkan doh sehingga double saiz asal.
  • Bentukkan bulat-bulat mengikut saiz yang disukai.
  • Aturkan dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit butter.
  • Sapu permukaan doh dengan kuning telur.
  • Taburkan dengan 1/3 cawan walnut cincang tadi,biarkan doh naik sehingga dua kali ganda dari saiz asal.
  • Bakar hingga masak.
Roti ni sedap dimakan ketika masih panas.Terima kasih pada my biras Dr.Loh kerana resipi yang diberi telah Cm ulang berkali-kali tanpa jemu...Cm ubah sana sini untuk sesuaikan dengan selera.Roti ini akan tetap soft and moist walaupun telah sejuk.Resipi asalnya DISINI.

Insyallah malam-malam nanti Cm nak jalan-jalan cari resipi dan bertanya khabar....  dah lama Cm  tak singgah kat dapur kawan kawan...maaf ya :)...anda semua tetap dihati ahaks..:)p,,bye bye

8 comments:

  1. ROTIIII...
    Heee...Asslmkm CM.. Terbau2 wangi roti tu sampai sini tau. :)

    ReplyDelete
  2. waduh .dh lama cari resipi roti walnut cenggini..selalu suker beli kt bakeri jusco (la boheme) tu..mmg sedap banget! mekacehh share resipi ye cikmanggis!

    ReplyDelete
  3. Amboi, CM! Roti bun tu nampak montel-montel, leh! Pasti sedap!

    ReplyDelete
  4. Sedapnya CM. .?mmg best la dpt mkn roti buatan sndiri....mmg pua hati....:-)

    ReplyDelete
  5. Wow home made is always the best kan Kak CM. Your bun looks sooooo good as the bakery. Yummmmm :)

    ReplyDelete
  6. Aslmkum CM
    gebu roti CM....sedapnya kalau dpt seketui dua buat minum ptg dgn teh o panas.
    moga adik cepat sihat dr demam.

    ReplyDelete
  7. Se ve tan lindo y delicioso que quiero probar,está esponjoso,abrazos y abrazos.

    ReplyDelete