LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, February 23, 2013

Gulai Darat Ayam Kampung Dengan Ubi Kemili.

Semalam Cm ke pasar malam dengan niat nak beli ikan segar je tetapi setelah berpusing pusing di bahagian gerai menjual sayur-sayur kampung ,terpandang pulak ubi kemili.Jarang jumpa orang jual ubi ni jadi Cm beli sikit untuk direbus.Tetapi apabila siap rebus datang pulak idea nak masak dengan ayam kampung :) idea ada je bab makan ni    ....orang kampung Cm panggil ubi kemili ni dengan nama lain tau..tp tak payah lah Cm sebut nanti ada orang kecik hati pulak hehe...kena jaga sensitiviti perasaan orang di keliling kita kan.....baru hidup aman dan damai.



Bahan-bahanya:

1 ekor ayam kampung (kecik je)
6 ulas bawang merah.
1 inci halia.
1 inci kunyit hidup.
1 inci lengkuas.
5 biji cili kering.
1 ulas bawang putih.
1 batang serai.
2 biji cili hijau atau cili masak.
1 keping asam gelugur.
2-3 tbsp kerisik.
12 ketul ubi kemili-rebus dan kupas kulitnya.
1 cawan santan pekat.
Gula melaka secukupnya.
Garam secukup rasa.
1 peket kecil budu.
Cara-caranya:


  • Bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas,kunyit dan cili kering dikisar halus.
  • Ayam di potong kecil.
  • Gaulkan bahan-bahan kisar dengan ayam.Masak sehingga ayam empuk.Jika perlu boleh tambahkan sedikit air.
  • Kemudian masukkan santan,ubi kemili,kerisik,budu,gula melaka,garam secukup rasa ,cili hijau atau cili masak dan asam keping.
  • Masak sehingga kuahnya pekat.Siap untuk di hidangkan bersama nasi putih.



Memasak gulai darat ni sungguh simple ..lebur je..semua bahan-bahan dimasukkan kedalam periuk.Tak perlu tumis atau sebagainya tetapi bahan yang "mesti" ada ialah budu.Tanpanya kurang lah kaw kaw nya.Selamat mencuba ya.harapan Cm agar resipi ini kena dengan selera anda :)

12 comments:

  1. Ingatkan ubi kemili dah pupus CM sebab dah berpuluh tahun tak jumpa! Masa kami kecik dulu bonda suka tanam, dan kami suka sangat bila disuruh cabut selepas 3 bulan, bukan main banyak isinya! Waktu tu bonda rebus je bubuh garam, sambil makan sambil kupas kulitnya. Wangi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula Cm nak tanam sikit nak lihat macamana pokoknya.Dah lupa sb lama sangat .Bau ubinya wangi mmg ngam masak kari atau gulai darat ni.

      Orang dulu dulu memang rebus dengan sedikit garam dan dimakan begitu saja.Sedap kan Amie :)

      Delete
  2. besar saiznya ubi tu, kalau kat tempat saya kecil2 aje, itupun yang datang dari siam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecik e saiznya tu.Mungkin dalam gambar nampak besar.ya.ubi banyak datang dari siam.

      Delete
  3. Replies
    1. mmm camana nak cakap ya..bili gigit rasa pejal pejal tapi empuk.Baunya wangi.Rasanya lemak-lemak gitu..

      Delete
  4. Salam CM,

    Saya belum pernah masukkan budu dan ubi ni ke dalam gulai darat! Lain kali masak ni nak cuba bubuh sekurang-kurangnya budu sbb ubi ni susah nak dapat.

    ReplyDelete
  5. Baru dok sebut pasal ubi keling ni. Mmg dah lama tak makan. Mesti ada sebab dinamakan sebegitu.

    ReplyDelete
  6. Oh baru ternampak komen Azie! Now I know what is ubi kemili. Masa kecik-kecik dulu, atuk PH suka sangat makan ubi kemili. Dia cuma rebus dan makan gitu je. Kalau pekena dengan gulai ayam, mesti best!

    ReplyDelete
  7. Ehehehe tak sabarnya...
    Tukang masak sorang lagi pagi tadi mencari resepi lempeng sebab curry yang masak semalam ada lebih sikit.
    Rayyan dan Ilhan panggil roti canai atau lempeng tu pancake.

    ReplyDelete
  8. Salam CM..lama tak makan ubi ni..masa ngandung anak pertama dulu ubi ni la yang saya mengidam nak makan dgn cara masak gulai darat tapi guna daging..seb baik anak ikut isi ubi bukan kulit ubi..hehhe..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...Kak Kat kg saya klu ubi kel**g ni saiz dia kecil2 je sebesar ibu jari..Memang sedap makan gitu jeee klu rebus..Tapi versi ni nampak macam besarrrrr je....

    ReplyDelete