LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, February 25, 2013

Apam Pisang Gula Hangus.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa seronoknya ada blog masak masak ni?Hmmm...memang seronok..pertama nya kerana dapat berkongsi resipi dengan kawan-kawan ...bertukar-tukar resipi.....mencuba resipi baru...,lebih seronok lagi bila ada orang beritahu yang resipi tu menjadi dan sedap  :)
Alhamdulillah.Seronok jugak bila sebaliknya berlaku....dapat Cm perbaiki sesuatu resipi tu...dan cari punca kenapa ianya gagal....

Petang ni Cm nak beritahu AlongRoz yang Cm suka sangat resipi Apam Gula Hangus ni.Senang untuk memasaknya.Lain kali Cm kena buat 1/2 adunan je kerana saiz apam  ini yang agak "Gadang".Terima kasih Along.

Bahan-bahanya:

2 cawan tepung gandum.
1 1/2 cawan pisang yang di lenyek halus.
1/2 cawan (untuk gula hangus)
1 cawan gula pasir ( Cm guna 3/4 cawan)
3 tbsp butter (Cm guna 1 tbsp)
1 tsp soda bikarbonat.
3 biji telur.
1 tsp baking powder.
1/4 tsp garam.
1 cawan susu cair.

Cara-caranya:


  • Masak 1/2 cawan gula sehingga perang.Masukkan susu cair dan kacau rata.Angkat dan sejukkan.Campurkan butter.
  • Pukul telur hingga kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit.Pukul hingga kental.
  • Ayak tepung bersama garam,baking powder dan soda bikarbonat.
  • Masukkan pisang,tepung dan gula hangus kedalam adunan telur.Kacau hingga sebati.
  • Tuangkan kedalam loyang yang disapu dengan sedikit butter,
  • Kukus hingga masak.


Dapat satu loyang besar :).Terdapat bintik-bintik putih pada permukaan apam tu kerana titisan air daripada penutup kukusan.(Kena hati-hati semasa membuka pengukus ya...)

7 comments:

  1. Aduh....apesal nmpk sedap je ni cm....hehe...x de pisang plak utk dicuba....tp nak smpn resepi dlu lah....mna tau bsok lusa terjumpa psang....:-)

    ReplyDelete
  2. Tak pernah buat apam macam ni... nak cubalah... tengok tayangan yg menarik dari CM ni :D

    ReplyDelete
  3. Salam cm...lama tak singgah.

    Kena cari pisang nampak agak mudah membuatnya.

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap! Nak cuba, tapi tengah diet nih!

    ReplyDelete
  5. salam, nak cuba juga la resepi ni..teringin plak nak makan

    ReplyDelete
  6. Apa khabar CM? kek ini tentu sedap sangat, immediate bookmark! Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  7. saya sudah buat cake ini, tengok sini http://ilikepapercutting.blogspot.com/2013/03/steamed-caramel-banana-cake.html

    ReplyDelete