LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, January 21, 2013

Rendang Ayam Dengan Daun Puding.




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini habis botak pokok pudingg ku  kerana teringin nak makan Rendang Ayam Dengan Daun Puding.Masa Liza kawan Cm balik kampung tahun lepas Cm pesan agar ambil benih Pohon puding di kampungnya.Setelah dibelai ,dibaja dan di siram akhirnya tumbuhlah daunnya.Hari ini Cm dah tak sabar lagi menunggu jadi habislah daun muda menjadi mangsa :)

Resipinya seperti membuat rendang biasa hanyalah ditambah dengan daun puding..Jangan lupa memasukkan serentak daun puding dengan bahan-bahan lain semasa memasak agar daun empuk.Jangan risau daun puding takkan hancur,.lagi lama di masak lagi sedap rasanya kerana  bahan-bahan kisar lebih mesra dengan daun puding tadi.


Ok selamat mencuba :)Insyallah anda tidak akan kecewa.Untuk dapatkan resipinya silalah ke dapur Wendy.

18 comments:

  1. assalamualaikum.. makcikmanggis...
    wahhhh ni la namanya rendang ayam daun puding ek.. penah dengar mak citer dulu.. tapi tak penah la makan.. rupanya ada betul2 ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini resipi orang dulu dulu Jas:)sekarang ni ramai yang tak kenal pokok puding yang boleh di masak rendang.

      Delete
  2. Asslmkum CM.
    Aduihhh. . Lama dah merendang ni. Tp first time dgr rendang dgn puding. CM, puding yg bunga tu ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Sue..hehe jangan salah petik pokok puding yang keras tu Sue :)

      Delete
  3. sedapnya. Teringat masakan arwah nenek dulu. memang suka betul dia masukkan daun puding dalam remdang ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini masakan orang Negeri Sembilan asalnya kan kakPah...

      Delete
  4. Banyak daun puding di kampung... kalau nak masak begini kena carilah daun puding dulu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kat kampong mmg banyak daun puding begini Amie.Cm tanam sendiri sebab orang tak jual daun ni kat pasar.

      Delete
  5. Pokok puding kat kubur pun banyak... eh takkan nak masak rendang ni sanggup pi cari sampai ke kubur lak kan..

    Dah tentu spesel rasa rendang ni tp tak pernah che mid dengar la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Che Mid..Cm dah dengar dan lihat video Che Mid bermarhaban tadi :)p.

      Aikkk yang atas kubur tu kena minta izin..takmo lah yang tu hehe.Cm tanam sendiri:)

      Delete
  6. salam kak CM..
    dah lama juga sy dengar pasal nama resepi ni yg kalau tak salah resepi ni berasal dari negeri sembilan kan kak? itupun saya tau dari kak amal kawan cyber waktu berfotopages dulu sebab dia menantu orang nogori... tiap kali raya memang inilah menu wajib kat rumah mertuanya. cuma saya masih belum kenal mcmana rupa pokok daun puding yang digunakan tu... kalau kat kampong sebut pokok puding nanti orang ingat pokok puding yang bermacam2 jenis yg daunnya berwarna warni tu... hehe... kalaulah ada daun puding yang digunakan ni teringin juga nak mencuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm madiha.Ya ..akak pun dah lama tahu sebab ada kawan orang Negeri sembilan yang beritahu.Bila pokok puding yang akak tanam dan hidup subur baru akak cuba.rasanya lebih kurang rendang dengan pucuk ubi gitu..saja saja nak memeriahkan dan mempelbagaikan resipi rendang :)

      Ya ..bebaik jangan ambik puding hiasa dlm pasu tu hehe..nahas kita.

      Delete
  7. Owwww... tak pernah try lagi... sedap yer ? bolehlah buat weekend ni makan dengan pulut ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendang ayam memang kegemaran kami anak beranak.Makan dgn nasi boleh..dgn pulut pun sedap :)

      Delete
  8. CM...pnh buat dulu kat kg..mmg best..tp berhati2 memilih daun pudingnya :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..ya..hati hati..yang atas kubur tu jangan di ambik :)

      Delete
  9. CM, PH ni pun suka makan rendang. Best kan? Si daun puding tu susah nak dapat kat tempat PH. Ada sekali ternampak kat Jusco, terus beli (masa tu tak tau apa jenis sayur ni)dan masak sup (gila). Tapi tak sedap sebab dia ni keras dan macam berserabut. Patutlah kena masak lama-lama dengan kuah rendang. Sekarang baru tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita.Cm dan anak anak pun suka makan rendang.Eh ada jual ke daun puding ni?Cm tak pernah jumpa.Daunnya agak liat sebab tu sesuai untuk dicampurkan dengan rendang ayam ni.Dimasak agak lama.

      PH masak sup?hihi tak pe trial and error :)

      Delete