LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, January 22, 2013

Kek Cheese Bunga Telang.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semasa Cm buat minuman dari Bunga Telang tempohari ada seorang kawan syorkan agar cuba memasukkan bunga telang sebagai salah satu bahan untuk buat kek...ya..satu idea yang baik tu.Maka hari ini Cm memberanikan diri mencubanya :)......

Bhan-bahannya:

300 ml susu segar.
110 tepung gandum.
3 biji telur grade A.
110 gm butter,
90 gm gula halus.
150 gm cream cheese,
1 tsp essen vanilla.
Bunga telang secukupnya-gunting bahagian birunya sahaja.

Cara-caranya:


  • Panaskan ketuhar 180 darjah celcius.Masukkan dulang yang berisi air panas kedalam ketuhar.
  • Griskan loyang dengan sedikit butter dan taburkan dengan tepung.
  • Dengan api yang perlahan,panaskan susu segar.masukkan butter dan cream cheese.
  • Kacau perlahan-lahan sehingga semuanya sebati.Ketepikan.
  • Asingkan kuning dan putih telur dalam dua bekas yang sesuai.Untuk kuning telur eloklah guna bekas yang lebih besar.
  • Untuk bekas putih telur pastikan bekas betul-betul kering dan tiada kesan minyak.
  • Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan kental.Sehingga bertanduk)
  • Pukul kuning telur hingga sebati.Masukkan essen vanilla.Kacau rata.
  • Masukkan bancuhan susu tadi kedalam adunan kuning telur dan kacau hingga sebati.
  • Kemudian ayakkan tepung kedalamnya dan gaul hingga sbati.
  • Akhir sekali masukkan putih telur dan kaup balik perlahan-lahan hingga sekata.
  • Masukkan  1/2 adunan kedalam loyang,taburkan dengan bunga telang yang digunting tadi.Tuangkan baki adunan dan taburkan lagi bunga telang.  Letakkan loyang  kedalam dulang yang berisi air panas tadi.Bakar hingga masak.



Terima kasih Cm ucapkan pada Hasue.Resipi asalnya Cm ambik kat dapur hasue.Minta dihalalkan ya:)

15 comments:

  1. bunga buat nasi krabu ke ni..mana nk beli eh =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga Telang ni rasanya tak ada kat Pasar.Kena tanam sendiri :)

      Delete
  2. wahhh.. olahan resepi yg unik ni kak cm... bunga telang tu ada bau & rasa tak kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama kali cuba .Bunga ni tiada bau dan tiada rasa.Hanya untuk pewarna asli atau hiasan agar masakan nampak lebih menarik tetapi yang pentingnya bunga Telang ini ada khasiatnya tersendiri.elok untuk pengidap kencing manis .http://www.tanamsendiri.com/2013/01/tuaian-hari-ini-bunga-telang.html

      Delete
  3. Cantik, ada warna biru dalam cheesecake dan bunga boleh dijadikan hiasan.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya CM tgk kek cheese ni..nanti nk cuba la gk..mood tgh rajin skrg ni..tp mana plk nk cri bunga telang tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah ..ya bunga telang tiada di pasaran.Kena cari siapa yang tanam boleh minta sikit :)

      Delete
  5. Mmmmm syoknya.....ada lebih tak? Nak juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf dah habis..lain kali makcik masak lagi ya hehe

      Delete
  6. Replies
    1. Pertama kali menggunakan bunga telang sebagai bahan kek :)

      Delete
  7. Memang tak pernah org buat lg kan. Lepas ni boleh plak guna bunga telang buat pewarna utk kek plak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Sue ...kita sekarang ada alternative lain untuk kurangkan penggunaan pewarna tiruan yg di ragui keselamatannya pada pengguna.

      Delete
  8. saya pun nak cuba buat kek bunga telang..
    menggoogle dulu, cari pengalaman orang..
    terima kasih kak share resepi..

    ReplyDelete