LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, December 18, 2012

Pulut Tai Tai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Telah beberapa kali Cm masak pulut tai tai ini.Tak pernah jemu.Ada kalanya Cm makan dengan homemade kaya tetapi jika malas cicah je dengan sos kastad.Senang dan cepat.

Bahan-bahannya:

2 cawan beras pulut -cuci dan rendam selama 30 minit.-toskan.
1/2  cawan santan pekat.
1  cawan santan cair.
1/2 tsp garam.
1 helai daun pandan.

10 kuntum bunga Telang.-dimasak dengan sedikit air untuk dapatkan warna biru.


Cara-caranya:


  • Masukkan pulut bersama santan cair kedalam bekas yang sesuai dan kukus hingga pulut masak.
  • Kemudian keluarkan dari pengukus dan gaul bersama santan pekat serta garam.Gaul hingga rata.
  • Masukkan kembali kedalam pengukus dengan sehelai daun pandan dan kukus selama 20 minit.
  • Renjis-renjiskan dengan sedikit air bunga telang tadi agar warnanya bertompok-tompok dan kukus lagi sekejap.
  • .Jangan lupa ya.. hendaklah di tekan-tekan  agar mampat supaya senang di potong semasa menghidangnya nanti.
  • Hidang bersama kaya atau sos kastad.

Ada seorang kawan bertanya samada boleh atau tidak pulut tai tai di makan bersama rendang.Rasanya boleh kerana cara memasak pulut ni sama dengan pulut kuning cuma kaler nya yang berlainan.Insyallah lain kali Cm nak cicah dengan rendang pulak :)

21 comments:

  1. salam Cm, aduh tak pernah makan lah pulut yg kaler cenggini ada sos lagi mesti sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulut tai tai ni memang kegemaran kami.(Cm & Hubby )pulut ni masakan nyonya / peranakan.Jika ke Klcc ada gerai jual pulut ni dan kuih muih nyonya yg lain.

      Delete
  2. Aslmkm. Sedap nya CM tapi Along suka lagi makan yg pedas2 cicah kari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika suka pedas boleh cicah kari atau rendang.Cm boleh semua tu..manis boleh..pedas boleh hehe

      Delete
  3. dear cm, lena pun tak jemu makan pulut tai2..actually tak jemu makan apa kuih saja..tak pernah makan dengan custard ataupun rendang..tapi like you said ..i think ok jugakan..kita pun makan nasi kunyit dengan kari ayam..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah dengan Cm...suka kuih muih seperti ini.satu lagi kuih kegemaran Cm adalah Kuih Koo..sedapnya.Jika jumpa orang menjual kuih muih ini pastinya Cm akan borong hehe.

      Ya Lena..rasa pulut ni hampir sama dengan pulut kuning cuma rupa saja berbeza .

      Delete
  4. salam kak... td dah ngecek along.. nih nak ngecek akak plak .. xpe nanti nak tido berus gigi dulu... hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Hana..Wah tak payah kecek.Lain kali bawa pinggan je..Cm isikan penuh penuh tapi pulut dah habis tau hehe.

      Delete
  5. First time dengar pulut tai-tai...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulut tai tai ni terkenal dikalangan masyarat cina.

      Delete
  6. Bunga tu menjadikan pulut tu warna biru ke cikmanggis.. cantik sungguh lah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Nur.warna biru dari bunga telang.Bunga ni jugalah orang buat pewarna nasi kerabu.

      Delete
  7. tak pernah masak pulut tai tai ni sebab memang takde stok bunga telang.. hehe.. tapi seingat sy pernah makan pulut lemak yang dicicah dengan kaya semasa hantar pengantin di negeri sembilan beberapa tahun lalu... itupun pertama kali dimakan.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya lebih kurang pulut lemak yang Madiha katakan tu.Eh first time dengar ada orang melayu makan pulut dengan kaya.Selalunya kita makan pulut dengan sambal ikan bilis,kari ayam atau rendang.Ada setengah tu makan dengan ikan kering tetapi Cm tak boleh "pergi" hehe

      Delete
  8. baru tahu ada pulut tai tai.. huhu...
    pulut yg biasa mas makan pulut kuning cicah dengan rendang ayam or sambal ikan blis je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas.Selalunya orang Melayu tak berapa tahu tentang pulut tai tai ni kerana ini merupakan kuih muih nyonya/Cina .Orang melayu terkenal dengan pulut kuning.

      Delete
  9. Salam cm...semua masakan yang berunsurkan pulut saya suka hehehe....

    ReplyDelete
  10. Asslmkum Kak.
    Macam lama plak tak mkn pulut. Pulut paberet sue kak. Tp tak pernah lg makan pulut mcm ni. :)

    ReplyDelete
  11. CM cayang.... Ni Along datang hanto aiskrim duyan semangkuk... makan perlahan2 ya, sebab abis nanti takleh tambah tau...hehe

    ReplyDelete
  12. Bunga Telang sini banyak...tapi sayangnya sebab dulu masa belajar kat Jepun tak jaga badan jadi gastrik semenjak tu tak boleh makan pulut sangat sebab berangin.

    ReplyDelete