LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, November 28, 2012

Kuih Koleh Kacang Hijau.

Cukup cukup sudah...hehe cukup lah   kali ini n3 last untuk makanan berasaskan Tahi Minyak :) nanti ada yang pening kat rumah ni.Salam dan selamat sejahtera.Ini merupakan kuih kegemaran kami suami isteri.Jika bulan puasa inilah kuih kemestian yang Cm buat.

Bahan-bahanya:  Sumber Ros Jintan manis.
                           Asal.citarasawan.

A -400 ml santan Kara,
      150 ml air.
      1 helai daun pandan.
      1/4 tsp garam.


B-225 gm tepung kacang hijau (Babas)
    750 ml air.

C-350 gm gula melaka.
     50 gm gula pasir.
     100 ml air.  

D- Tahi Minyak untuk ditabur /hiasan.
Cara-caranya:



  • Masak C hingga larut dan sejukkan.
  • Bancuhkan bahan B hingga sebati dan tapis.
  • Satukan bahan-bahan A B dan C dan gaul hingga rata & tapis.
  • Masukkan sedikit minyak kelapa kedalam periuk (2 tbsp) .Tuangkan adunan dan masak dengan api sederhana sambil sentiasa di kacau agar tidak berketul.
  • Masak sehingga adunan likat dan berkilat.
  • Tuangkan kedalam loyang dan ratakan.
  • Apabila kuih telah sejuk taburkan dengan tahi minyak.

Jika ada sesiapa yang ingin mencuba resipi Koleh Kacang ini,Cm nasihatkan agar menggunaka gula perang untuk dapatkan warna yang lebih cantik.kali ini Cm hanya guna gula melaka jadi warna kuih nampak cair.

7 comments:

  1. assalam...saya teringat abah saya bila tengok gambar kuih ni..abah saya suka sangat....huhuhu.....:-(

    ReplyDelete
  2. Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
    nice post :)
    ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

    ReplyDelete
  3. suka makan kuih kole kacang.....boleh la try lepas ni

    ReplyDelete
  4. Diana nak kena pergi belajar masak dengan makciklah :).

    ReplyDelete
  5. Cantik betul kejadiannya tu.... lama sangat tak merasa tahi minyak!

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan kuih ini, nampak macam sedap. Ya, i have bought you two old fashioned enamel plates, could you sms me your address again..

    ReplyDelete
  7. salam akak...sedapnyer...tp tak dapat la nk buat sbb tahi minyak takde... nanti kalo balik melaka baru la dapat beli. Sana mmg ada orang jual tahi minyak ni, 1 paket rm1.00 jer..ada la dalam 250gm

    ReplyDelete