LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, November 27, 2012

Tahi Minyak

Salam dan selamat sejahtea.Semasa mengemas peti sejuk petang tadi terdapat banyak lebihan santan kelapa yang dibekukan dalam freezer.Untuk tidak membazir Cm masak santan tu sehingga menghasilkan satu botol kecil minyak kelapa.Minyak kelapa Homemade ini mengimbau nostalgia lampau semasa kanak-kanak di kampung dulu.

Di keliling rumah Cm masa tu terdapat banyak pokok kelapa.Emak selalu jual buah kelapa  dengan harga 10 sen sebiji....itu pun tak laku.Jadi emak selalu  buat minyak masak sendiri jika banyak kelapa tua yang gugur.Lagi tua kelapa lagi bagus untuk dijadikan minyak masak.

Apabila santan bertukar jadi minyak maka terdapat lebihan serdak yang di panggil Tahi Minyak.Tahi minyak ni boleh dijadikan hiasan untuk kuih koleh kacang,koleh beras dan lain-lain lagi baunya sungguh harum.Yang paling istimewanya tahi Minyak boleh di jadikan sambal yang sungguh enak sekali.
Santan di masak sehingga mendidih dan apabila nampak agak pekat kena perlahan kan api dan sentiasa kacau agar tahi minyak tidak hangus.
Apabila minyak mula terhasil ,kecilkan lagi api dan teruskan  mengacaunya.
Tapiskan minyaknya dan tahi minyak siap untuk di gunakan.
Minyak kelapa yang berjaya Cm perolehi.

11 comments:

  1. Rajinnya CM..slalu Nekcik buang aje santan yang dah beku lama...lenkali nak masaklah..serdahk tahi minyak tu..bubuh ikan bilis, bawang mayang..lada hiris..sedap dimakan bersam nasi panas!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali jangan buang Nekcik.Tukarkan dia jadi tahi minyak.Sedap.

      Delete
  2. Hi Kak CM.Lama sungguh tak makan tahi minyak.I love sambal tahi minyak letak ikan bilis and belimbing buluh.My mom dulu kalau masak santan for the minyak, pakai kawah and can get the tahi minyak berkati- kati.My kampung folks will come and tolong kacau sebab sometimes 3-4 kawah naik sekali.We will masak nasi putih and masak sambal tahi minyak n eat together. In my kampung, we are the only Chinese family but muhibbah betul.. truly 1Malaysia:)Rindu betul nak makan sambal tahi minyak.. Hehe. I wonder if canned coconut milk can dapat tak tahi minyak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Shereen...Wah bunyinya sungguh meriah jika masak berkawah-kawah.Kira macam kacau dodol gitu ya.

      Memang nostalgia terkenang masa zaman kanak-kanak dulu.santan dalam tin?tak pasti pulak dapat jadi tahi minyak jika dimasak lama-lama.Why not kita cuba buat experiment ya.Terima kasih Shereen :)

      Delete
  3. ooo..tahi minyak ni boleh buat sambal juga ye,..x penah makan..mesti sedap.. suke tahi minyak atas kuih kole kacang:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh sedap maya..cuba lah.Cm dah buat sambal dah...

      Delete
  4. salam kak CM yg dirindui... salam dr darwish utk opah bucuk bucuk... aci tak? ekekeke... kiter pon suker sgt2 tahi minyakk.... cumanya nak buatnyer malas banget! nengok yg nih terasa nak buatt... nak g borong kelapa kat kg dulu! hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.Cm pun rindukan hana dan darwis serta adik darwis...tap tak sempat nak Blogwalking..kaki sakit ni hehe...bucuk bucuk wangi gitew Darwis tu

      Cuba lah Hana..sedap buat sambal.

      Delete
  5. obie..bab tahi minyak ni..teringat r masa melayan kuih kole kacang...cedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. koleh kacang jika tanpa tahi Minyak rasa tak lengkap kan chef.

      Delete
  6. ohhh itu ke tahu minyak. 1st time tgk

    ReplyDelete