LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, October 3, 2012

Kuih Lompang @ Kuih Kosu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Selamat petang semua:) mulakan dengan senyuman agar hati terasa lapang dan bahagia.Jangan simpan dendam dihati..maafkan kepada semua agar hati sentiasa  rasa tenang  dan rasa disayangi:)

Bila masak kuih lompang yang berwarna warni ini Cm selalu terkenangkan mak kat kampung.Dia suka sangat makan lompang jenis ini yang di panggil kuih Kosu.Mak cakap kuih ni kuih untuk orang-orang tua  yang tak ada gigi  sebab kuih kosu sangat lembut:)..btol ke?..Cm yang banyak gigi ni pun suka hehe.


Beberapa kali Cm buat kuih seperti ini tetapi dengan resipi yang berbeza-beza...Saja nak cuba.Kali ini Cm guna resipi Kak wan Citarasawan.....Terima kasih Kak 1..one and only:) yang tak lokek berkongsi resipi .Doa Cm agar rezeki Kak 1 melimpah ruah..amin.

( Cm buat 1/2 adunan)

Bahan-bahannya:

A

220 gm gula pasir.
500 ml air.
2 helai daun pandan.

B

280 gm tepung beras.
60 gm tepung ubi.
1 tsp esen ros.
1 tsp air kapur.

C

1/2 biji kelapa parut-ambil putihnya.
1/3 tsp garam.
Kukus sebentar.
Cara-caranya:


  • Masak A hingga larut.Sejukkan.
  • Bancuhkan B hingga sebati.
  • Tuangkan A kedalam B dan tapis.
  • Bahagikan adunan kepada 4 bekas dan warnakan merah,kuning,hijau dan biarkan satu bahagian pada warna asalnya putih.
  • Panaskan pengukus dan kukus acuan lompang sekejap.
  • Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang dan kukus hingga masak.
  • Tunggu sehingga kuih sejuk baru keluarkan dari acuan.
  • Hidang bersama kelapa parut yang di campur dengan sedikit garam dan di kukus sekejap.

14 comments:

  1. Salam makcik manissssss, tgh buat apa tuuuuuuu, dah minum petang belum??? ehehe.... sedapppnya kuih lompang! teringin pulak dah niii tunggu lagi sebulan lebih eak ehehe... tgh gigih nak ilangkan lemak2 balik nii ehehe.... popcorn ciken kat bwh tu boleh buatkan bekal tuk budak2 :-)

    ReplyDelete
  2. salam anak manissss hehe.Dah makan 5 biji lompang..dah terlopong jadinya kekenyangan hehe.Semoga ika akan dapat badan yang ramping cam kerengge nanti ya:)p

    Anak-anak kecil suka makan ayam popkon tu sebab tiada tulang.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...
    saya penah wat kuih lompang... menjadi gak.. tapiiiiiiiiiiiiiiiii kannnnnnnn.. lamenye nak masak.. kenapa ek? extra air ke? tapi dah ikut sukatan betul2.. totally ikut resepi.. hmmmm dekat 2 jam baru siap.. kukus tu.. lama betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba Jas guna resipi ini..jap je dah siap.Insyallah.2 jam tu lama btol:)

      Delete
  4. salam cikmanggis
    lawa nya akak tengok lompang tu berkaler2 meriah gitu lah akak ni belum terbuat lagi lompang ni bekenana pulak tengok cik manggis punya ni,bahan dah ada tatau lah bila nk buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Noor..buat lah Noor ..sedap untuk minum petang.Bahan-bahannya tak banyak.

      Delete
  5. salam cm. Apa kabar. Lamanya tak menanya kabar. Srikandi dinner hari tu cm pergi ke. Kpah tak pergi sebab ada hal.
    Kue lompang tu nampak lembut. Nampak sodapppp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak pah..harap kak pah sihat sihat selalu ya..kena extra sihat tau sb bibik dah nak balik tu hehe.

      Cm tak pergi dinner ari tu..ada hal je memanjang kak pah..

      Cm suka makan kuih kuih lama ni :)sodap.

      Delete
  6. Replies
    1. anak anak kecil suka sebab warna warni:)

      Delete
  7. Salam nk tanya dah 2x sy buat..tpi knp kuih sy tu bila masak dia berubah warna..sy heran dan musykil la..yg putih bila masak nk jadi keperangan..yg pink bertukar wrna coklat..ke sbb sy sapu minyak masak di acuan lopang tu :)

    ReplyDelete
  8. Salam nk tanya dah 2x sy buat..tpi knp kuih sy tu bila masak dia berubah warna..sy heran dan musykil la..yg putih bila masak nk jadi keperangan..yg pink bertukar wrna coklat..ke sbb sy sapu minyak masak di acuan lopang tu :)

    ReplyDelete
  9. Salam nk tanya dah 2x sy buat..tpi knp kuih sy tu bila masak dia berubah warna..sy heran dan musykil la..yg putih bila masak nk jadi keperangan..yg pink bertukar wrna coklat..ke sbb sy sapu minyak masak di acuan lopang tu :)

    ReplyDelete
  10. Lama dah tak buat kuih ni. sedap makan ngan kelapa, manis manis masin hihi

    ReplyDelete