LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, September 21, 2012

Cheese Tart



Salam dan selamat petang.Alhamdulillah akhirnya berjaya juga  buat Cheese tart ni...Tadi Cm ke blog kakWan dan jatuh hati pada corak buah ceri pada cheese tart yang kakWan buat ....cantik sungguh tetapi seperti biasa bila sampai ke tangan Cm..hehe hancur le.....tangan keras bab kayu.....bab lorek melorek ni minta maaf ya...tapi nak buat juga tu hehe.Terima kasih kakWan :)


Cm guna resipi dari dapur Datin El.Memang suka dengan resipinya ,sesuai dengan selera kami.Terima kasih Datin..semoga Datin akan kembali berblog ya:)..Cucu pun dan besar tu......

Bahan-bahan untuk kulit:

250 gm tepung gandum.
150 gm butter,
45 gm tepung jagung,
2 biji kuning telur.
75 gm gula ising.
Secubit garam.
Sedikit essen vanilla.

Cara-caranya:


  • Ayak tepung gandum,tepung jagung,garam dan gula ising.
  • Masukkan butter dan gaul dengan hujung jari sehingga jadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan telur dan essen vanilla.Uli hingga sebati.
  • Simpan dalam peti sejuk selama lebih kurang 15-20 minit.


  • Ambilkan sedikit doh,masukkan  ke dalam  acuan tart ( Cm guna acuan yang paling kecil).Tekan-tekankan mengikut ketebalan yang di kehendaki.Kemudian potong lebihan doh dengan pisau agar lebih kemas dan rata bahagian tepinya.
  • Cucuk-cucukkan dengan garfu seperti dalam gambar kat atas ni.
  • Bagi mengelakkan kulit tart kembang dibahagian tengah semasa proses membakarnya,Cm balut kacang dal dengan foil aluminium dan letak diatas permukaannya.Jika ada kacang hijau pun boleh.
  • Bakar hingga 1/2 masak.Sejukkan terlebih dahulu sebelum di gunakan.
Bahan-bahan untuk intinya:

250 gm cream cheese.
20 gm butter.
70 gm gula kastor.
1 biji telur.


Filling blueberry atau strawberry mengikut citarasa masing-masing.


Cara-caranya:


  • Pukul cream cheese hingga licin,masukkan gula dan butter.Pukul lagi sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan telur dan pukul sehingga kembang.
  • Masukkan ke dalam piping beg.Ketepikan sedikit untuk di warnakan merah dan hijau sebagai hiasan.


  • Paipkan sedikit inti blueberry kedalam kulit tart.Kemudian baru di isikan dengan cream cheese.
  • Akhir sekali hiaskan dengan lorekan merah untuk ceri dan hijau sebagai daunnya seperti ganbar di atas.
  • Bakar hingga masak.


Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang ya.....

24 comments:

  1. Sangat chumelll sekali cheese tart Cik Manggis dan sangat tinggi kesabaran Cik Manggis nak melukis di atas tart itewww....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pagi mama..terima kasih..memang kena sabar sb Cm ni bukan berseni orangnya hehe.Rasa nak cabut lari sekerat jalan.

      Delete
  2. geramnya tengok cistart akak yang comei2 tu...

    ReplyDelete
  3. Salam makcikkkk manisss, kecik2 sekali ngap sedapp tp nk membuatnya alahaiiii bila ler nk abis hihi... Klu besar2 senang kejap jer abis hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Ika..memang sebiji semulut.Sekali kunyah je...eh kenapa bagi kek cipon tu semua pada baby sitter tu..tinggal lah kat kita sikit..sampai hati..batu belah...hehe.

      Delete
  4. sedapnye...comel je
    lama dah teringin nk wat cheese tart ni tp selalunya bertukar ke tart fruit he he
    simpan resepi ni ye..suatu hari akan dicuba insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tart fruit pun sedap rasa lebih fresh sb ada buah-buahan.

      Delete
  5. Aslmkm CM cayang. Waduh, nak 10 ketoi.... nak mkn sorang2....hehe.... comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Along...dah habis ..maaf le ya..nanti Cm bat lagi hehe.

      Delete
  6. Asslmkum Cikmanggis.
    Nakkkk!!!. Sue suka juga makan ni. Tapi sekarang kena kurangkan la makan cheese ni. Badan dah makin bam bam.

    ReplyDelete
  7. Asslmkum Cikmanggis.
    Nakkkk!!!. Sue suka juga makan ni. Tapi sekarang kena kurangkan la makan cheese ni. Badan dah makin bam bam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Sue..ha ah..tu la masalahnya..badan Cm pun dah bob bob bam bam..dagu dah berlapik lapik..makan sebiji je..pastu sebiji lagi hikhik

      Delete
  8. wahh..cun aper cistat cikmanggis nih..mmg menawan kalbu..leh minta 2 ketui?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cm...ok ape... cantik cistatnya. Kalau saya buat lagi tak ada rupa macam cm kata tangan keras hehehe...

      Delete
    2. Salam Zai..baby dah ok ke blom?.....ya tangan Cm ni bak kata budak budak kat rumah ni tak berseni..keras ..

      Delete
  9. Aslmkum CM. comei-comeinya cheese tat itu...bunga2...
    tq CM kongsi tip nak ngelakkan kulit tart kembang dibahagian tengah...baru tahu cara2nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mamasya..terima kasih..ya..jika tak letak benda berat kat tengah-tengah tu dia naik kembung dan tak cantik masa nak pipekan cheesenya...

      Delete
  10. Salam makcik...ceria sekali cheese tarts makcik tu :)

    ReplyDelete
  11. selamat sejahtera Tummy.. ceria seperti tuannya hikhik..hari ini sehari suntuk mengadap lap top....kami bercuti di pd tetapi si adik tak suka jalan jalan sb cuaca sgt panas....

    ReplyDelete
  12. salam cayang wahai kekandaku... hihihi... cumil cumilll mcm yg tukang tulis nih.. kikikiki

    ReplyDelete