LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, September 26, 2012

Apam Polka Dot

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Baru siap mengukus apam dot dot :).Pertama kali buat dulu apamnya agak keras apabila sejuk.Tak tahu lah apa masalahnya.Salah bancuhan ke atau salah masa mengukus sebab orang lain buat menjadi je...Kali ini Alhamdulillah,gebu je apamnya cuma ada sebahagian apam tu merekah seperti kerang busuk hehe kerana kesilapan Cm yang mengukus dengan api yang sangat kuat...bukan salah resipi tetapi salah Cm yang tak sabar nak cepat siap.
Bahan-bahannya:

3 biji telur.-sejuk.
275 gm tepung gandum.
220 gm gula halus.
1 tsp ovalete.
3 tsp baking powder.
150 ml susu segar.

Filling blueberry secukupnya.


Cara-caranya:



  • Satukan semua bahan-bahan di atas( kecuali blueberry filling) ke dalam mangkuk pengadun dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan putih warnanya.
  • Bahagikan mengikut warna yang dikehendaki.
  • Masukkan kedalam piping beg yang berasingan bagi setiap warna  dan ikat kemas-kemas.
  • Alaskan paper cup  yang bersaiz kecil ke dalam bekas yang sesuai atau seperti bekas diatas.
  • Kemudian pipe kan 1/2 adunan kedalam paper cup tadi, baru di pipe kan inti blueberry diatasnya.Akhir sekali isikan adunan menutupi intinya .
  • Hiaskan dengan titisan  warna yang anda suka mengikut kreativiti masing-masing.
  • Kukus dengan api yang perlahan selama 10-15 minit atau sehingga apam masak.
Jika ada kawan-kawan yang mahir atau ada resipi lain yang lebih menarik,harap dapat..kongsi resipi atau kongsi petua ya agar dapat memperbaiki mana yang kurang...

Sebenarnya Cm bercadang untuk buat apam ni sekali lagi pada  hujung minggu ini untuk di bawa sebagai buah tangan ke majlis akad nikah anak perempuan kawan Cm.Rasanya dah ok tetapi rupanya tak berapa cun :(



22 comments:

  1. Asslmkum CM.
    Pd sue dah ok tu. Percubaan kali pertama dah ok. Sue ja yg x terbuat2 lg apam ni. Dah ketinggalan ketapi dah. . Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..Adik Cm usik katanya macam baju badut sarkas corak apam tu hehe




      Delete
  2. Cumil kaler malernye..bekas utk kukus tupun cumil la cm...mana dapat? Heeee... CM nk tau masalah daku... bila buat apam yg sepatutnya merekah tp jd kuncup... Yg patut no no merekah cm si dot2 ni..abes dia mengembang setaman...hukhuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chah,cuba chah pi ke Blog Mamasya..ada petua yang dia turunkan agar apam tak merekah..apam dot dot tak cantik merekah.

      Delete
  3. Replies
    1. Terima kasih sonia tetapi anak lelaki kecil Cm cakap too colourful la hehe

      Delete
  4. Aslmkum CM. comei2 apam CM ni...suka tengok bekas tempat kukus itu.
    nak kongsi sikit; sy ada resepi apam guna tpg naik sendiri kalau CM nak cuba.boleh tengok sini; http://dapur-mamasya.blogspot.com/2012/06/apam-polkadot-lagisukatan-cwn.html
    dan ada kongsikan sikit tip buat apam polkadot di sini;
    http://dapur-mamasya.blogspot.com/2012/02/apam-polkadot-lagi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm mamasya..alhamdulillah.kali ketiga Cm buat guna petua yang mamasya berikan tu..alhamdulillah apam jadi dengan cantik..tak de yang merekah lagi..terima kasih banyak banyak mamasya .

      Delete
  5. Geram tengok apam polkadot ni...gatal dah tangan ni nak mendot2...

    ReplyDelete
  6. i like apam polkadot yg cumel2 nih...

    ReplyDelete
  7. Salam cm...comel apam yang cm buat.

    Dulu pernah buat tapi dah lupa recepi yang mana satu,sebab ada beberapa recepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Zai..Terima kasih.

      Jika zai nak buat guna resipi mamasya atau resipi myresipi yang Cm cuba ni..Insyallah jadi.

      Delete
  8. assalam kak cm

    saya ikut resepi dari mamasya setiap kali buat apam ni..memang menjadi dan sedap.. malah siap buat jualan..alhamdulillah..

    Terima kasih buat mamasya.. minta dihalalkan ya...

    lagi satu, kak cm letak adunan tu penuh skit, nanti baru cantik naik nya.. dan kukus dengan api perlahan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..betul tu kali ke 3 buat cm guna resipi Mamasya dan ikut petuanya..alhamdulillah cantik.

      Btol tu jika bubuh penuh naiknya membumbung..cantik:) terima kasih kerana sudi berkongsi petua yang sungguh berguna ni.

      Delete
  9. yang nih pong cumil cumil gakkk.. macam tukang tulis lagik... hihihihi...... miss u kakkkk.. mmuahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hana:)wah wah cerianya..apa dari bandung ahaks...Miss u too

      Delete
  10. Salam makcik manissss!! alalalalala... comel3!!! nak ladybird punyer ada tak? ehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Ika..makasih sb puji kakak bertambah manis kihkih...ladybird?tungguuu

      Delete
  11. Cutenya. Bila Maryam dah besar sikit mesti nak minta Tuk Wan buat apam ni sama-sama.
    Nanti Diana email ya, maaf lambat sikit sebab hari ni back to school lepas cuti bersalin. Homework terbiar...hehehe...tangan penuh dengan Abby je. Aqeel masih duduk sama?

    ReplyDelete
  12. maryam sekarang tak tau duduk diam..berjalan jalan berpusing pusing...rumah ni jika maryam ada macam kapal pecah hehe.Dah boleh berlari dan tndang bola:)

    Aqeel di Hospital Hkl kerana baru saja menjalani satu pempedahan.Ok ..stabil.Jika dibenarkan keluar hospital akan kembali bersama kami di Putrajaya..Tolong doakan...

    oh ya..jangan lupa emelkan ya..dah mula nak berkebun balik ni.

    ReplyDelete