LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, July 25, 2012

Rendang Ayam Dengan Pucuk Ubi






Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah Hari ini masuk hari ke 5 umat islam berpuasa.Cm memasak menu seperti hari hari biasa saja tiada yang mewah-mewah.Berpuasa bukan sekadar berlapar dan dahaga tetapi untuk memahami bagaimana perasaan orang miskin yang serba kekurangan.

Ada nasi ,lauk dan sup sayur sudah memadai.Apabila perut lapar semua makanan terasa sungguh lazat sekali.Anak-anak makan tanpa banyak soal.Setiap tahun Zuhri cuti pada bulan puasa jadi kami berbuka berempat.Lebih meriah.Jika hari biasa kami hanya bertiga beranak sahaja.

Selepas saja berbuka bunyi motorsikal suami Cm akan berderum kuat  kerana beliau mengejar masa untuk solat maghrib di surau berhampiran.Berpuluh puluh tahun bunyi motorsikal buruk tu memecah keheningan waktu berbuka.Jiran jiran pun dah kenal bunyinya:)

Semalam Cm masak Rendang ayam Dengan Pucuk Ubi.Sebenarnya ...memenuhi selera sendiri.Lama dah nak cuba masakan ni apabila Liza selalu beritahu betapa sedapnya pucuk ubi jika di buat  rendang..Sebagai rujukan sila ke SINI.Terima kasih Anymz.Ini masakan orang Negeri Sembilan.

Baha-bahannya:

1 ikat kecil pucuk ubi-yang lembut je ya.
 2 keping paha ayam-potong kecil.
4 tangkai cili kering-jika suka guna cili api.
1 ulas bawang putih.
7 ulas bawang merah.
 2 inci lengkuas.
2 inci hali.
1 helai daun kunyit.Carik-carikkan.
Garam dan gula secukup rasa.
1 keping asam gelugur.
2 inci kunyit hidup.
1 biji santan pekat.
2 tbsp kerisik.

Cara-caranya.


  • Bawang merah,bawang putih,kunyit,halia dan lengkuas di kisar halus.
  • Satukan santan,garam,gula ,bahan-bahan kisar ,asam keping,daun kunyit dan ayam ke dalam kuali.Masak hingga ayam empuk dan pecah minyak.
  • Kemudian masukkan pucuk ubi.Perlahankan api.Kacau perlahan-lahan.Memakan masa agak lama,masak sehingga kuah kering dan pucuk ubi hampir garing.Lagi garing lagi sedap.


Semasa bersahur tadi Cm panaskan rendang ini dalam kuali non stick hingga betul-betul garing.rasanya sungguh berbeza apabila garing& ranggup.Sungguh sedap sekali.



21 comments:

  1. Salam Cik Manggis :)
    Selamat Menjalanji Ibadah Puasa;

    Note : Sedapnya Bila Tengok Rendang Ayam Dgn Pucuk Ubi Tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Lin.Terima kasih Lin.Sama sama lah kita:)

      Ini masakan kampung orang dulu dulu kan:)

      Delete
  2. Selamat berpuasa kak...
    hmmm....klu mas...dapat nasi putih dah cukup tuk mkn ngan Rendang Ayam dgn Pucuk Ubi tu..
    sedappnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa buat Mas jugak ya..

      memang tak payah lauk lain:)

      Delete
  3. salam kak manggis.Nostalgia betul Rendang ayam Pucuk Ubi ni sbb arwah mak rajen masak camgini masa kat kg

    Rundunyaaaaa...

    ReplyDelete
  4. Salam cm...sedapnya,semalam saya pun masak lemak cili padi ayam.

    Hubby saya pun guna motor untuk ke surau,motor tu pula hadiah dari majikan lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak lemak cili padi mmg kegemaran Cm tetapi jarang masak sebab ramai kat rumah ni tak tahan pedas.

      Naik motor senang nak parking kat surau:)

      Delete
  5. Assalam kak CM...sedapnya menu ala kampung gitu...rendang ayam pucuk ubi, ummi sendiri x penah makan lg taauuu... Adeehh byk sgt list...x terkejar ni..nak2 bulan pose ni ha...hehe. Selamat berpuasa dan berbuka untuk kak CM dan keluarga yea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Ummi.Cuba lah try Ummi.tetapi pastikan dimasak garing garing ya.

      Sama-sama lah kita menjalani ibah puasa semata mata keranaNya.Insyallah semoga puasa kita diberkatiNya.Amin amin.

      Delete
  6. Saya pernah makan pucuk ibu semasa kecil lagi di kampung..sudah lama tak makan. Saya kena pergi pasar beli dan cuba dish ini, nampak sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh Sonia pun pernah makan pucuk ubi?ini sudah bagus hehe.Cuba lah tapi pastikan dia pedas dan garing baru kaw kaw :)

      Delete
  7. Salam makcik!! salam sayang salam rindu n salam ramadhan buat makcik yg manis, moga diberi kesihatan yg baik2 sepanjang bulan ramadhan tahun ni n utk hari2 yg seterusnya insyaAllah! sedappppp pucuk ubi, kita suke betul dgn pucuk ubi tp sini takde, lama tak mkn pucuk ubi tauu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm ika.Alhamdulillah.Makcik dan keluarga sihat sihat je.

      Nak makcik poskan pucuk ubi tu:hehe.

      Delete
  8. Salam cik manggis. Wah sedapnya lauk rendang ni. Saya memang suka masakan kampung. Nanti boleh ajak mak buat. Saya boleh belajar sekali. Selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Indah..masakan kampung ni sampai bila bila pun sedap.

      Delete
  9. Assalam cikmanggis,
    wah sedap ni dah lah rendang ayam sedap bercampur pula dgn pucuk ubi lagilah sedap kan cik manggis..
    slaam ramadan buat cik manggis & family ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Ayu:)

      Cuba lah..Insyallah sedap.

      Salam ramadhan jua buat ayu seisi keluarga.

      Delete
  10. How tempting this chicken rendang can be! I'm salivating here :)

    Selamat berpuasa kak!

    ReplyDelete
  11. As salam.
    Kalau kawan-kawan ingin rasa Rendang Pucuk Ubi boleh beli secara online di www.maklongtimah.com.my atau Facebook Mak Long Timah dengan harga berpatutan.. Minimum 5pek ..penghantaran percuma

    ReplyDelete