LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, June 20, 2012

Cokodok Pisang & Durian Belanda.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari ini Cm ke pasar agak lewat kerana masalah kereta yang "tak mau" nak hidup enjinnya.Tetapi apabila mekanik datang dan hidupkan enjin tanpa usik apa-apa pun ..elok je hidup enjin nya...agaknya dia bagi amaran agar "ganti" kereta baru ni hehe....apabila masuk dalam kereta  baru kami sedar yang  air cond tak berfungsi.Alamak tengah panas pulak tu...Cm terpaksa buka tingkap dan kembangkan  lubang hidung luas luas agar dapat udara secukupnya dari luar sambil Zuhri ketawa..lucu agaknya......
Semasa singgah kat Pasar tadi budak yang jual pisang tu panggil Cm.katanya ada pisang cantik untuk buat Cekodok.Dia dah kenal Cm kerana selalu beli pisang dan buah-buahan dengannya.Tujuan utama Cm singgah kat gerainya kerana nak tanya samada buah Durian Belanda ada ke tak.....katanya ada dan harganya Rm16 untuk se kilo.mak datuk..mahal sungguh.Masa kat kampung dulu-dulu Durian Belanda terbuang begitu saja.Tak ada orang nak makan apa lagi nak membelinya.Cm ubah fikiran.Tak jadilah nak beli Durian Belanda baik beli pisang je.Apabila Cm bertanya kenapa mahal sangat  buah Durian Belanda ..jawabnya sebab buah ni datang dari negeri Belanda....hehe temberang betul:)


Bahan-bahannya:

15 biji pisang awak yang masak ranum.
2 biji telur.
3+ cawan tepung gandum.
1/2 tsp garam.
1/2 cawan gula merah.
1/2 cawan kelapa parut.

Cara-caranya:

Lenyek pisang hingga hancur.masukkan telur,gula merah,kelapa,garam dan kelapa parut.Gaul hingga sebati.Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.Jika agak lembik tambahkan sedikit lagi tepung.Kacau hingga rata.

Panaskan minyak.Basahkan hujung jari dan jemput sejemput dan masukkan kedalam minyak panas.Goreng hingga perang dengan api yang sederhana.Lakukan proses yang sama  sehingga selesai.




4 comments:

  1. Salam kak manggis...cekodok pisang mmg xjemu2 di makan,klu mkn ngah panas2 lg sedapppppp!

    ReplyDelete
  2. Aslmkum CM..
    Lama tak skodeng dapo akk. Hari ni sbb terbau cekodok, tu yg sampai tu..Cekodok ttp peberet sue..Huhuuu..

    ReplyDelete
  3. As'kum CM inilah yang best... boleh katakan seminggu sekali mesti buat...:)

    ReplyDelete
  4. assalam CM
    cekodok bila masa memang laku je terutama kat umah ni he he
    durian belanda memang mahal skrg, dulu masa kat kg memang terbiar je, kitalah yg tolong makan he he sb memang suka sgt durian belanda ni, tp skrg dah tak ada pokoknya hu hu

    ReplyDelete