LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, June 21, 2012

Ayam Goreng Gajus Dan Cili Kering.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat petang.Menu berasaskan ayam adalah  menu wajib  setiap hari terutama kerana  si adik yang enggan makan ikan.Macam-macam cara Cm usahakan agar dapat bertukar kepada ikan tetapi gagal.Si adik hanya makan ikan keli,ikan pari dan ikan tenggiri,itupun mesti kena caranya tetapi jika ayam tiada hal ....Ayam goreng,ayam kukus,ayam kari,ayam kicap semuanya boleh.Masalahnya cuma satu....bahagian dada ayam si adik cuba elakkan....

Untuk elakkan pembaziran Cm cuba buat "trick" sikit.Dada ayam di potong kiub dan dimasak bersama biji gajus dan cili kering.Alhamdulillah sambutan baik sekali.kena "tipu" sikit hehe.

Bahan-bahannya.

3 keping dada ayam.Potong kiub.
10 tangkai cili kering.Gunting 3-4 bahagian.
1/2 cawan kacang gajus.-goreng dengan minyak sekejap.
3 cm halia.
3 ulas bawang putih.
1 labu bawang besar.
1 tangkai daun bawang(Tak letak.).
1/2 tsp serbuk lada hitam.
1 tbsp sos tiram.
1 tsp minyak bijan.
1 tbsp tepung jagung.
2 tbsp air.
minyak untuk menggoreng.

Sos:

1 tbsp kicap manis.
1 tbsp sos tiram.
1 tsp cuka.
garam dan gula secukup rasa,


Cara-caranya:


  • Perap ayam bersama sos tiram,minyak bijan dan tepung jagung& 2 tbsp air.
  • Masukkan bawang putih,halia dan bawang besar kedalam chopper dan cincang halus.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam hingga hampir ranggup.Ketepikan.
  • Dengan menggunakan baki lebihan minyak tadi goreng cili kering hingga garing.Ketepikan.
  • Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan cincang hingga wangi.Masukkan ayam. dan kacau rata.
  • Kemudian satukan semua bahan-bahan sos dan tuangkan kedalam kuali.
  • Kacau biar rata dan rasakan masin dan manisnya agar seimbang.
  • Akhir sekali masukkan gajus,cili kering dan potongan daun bawang.&gaul hingga mesra.Siap.
  • Sedap dimakan ketika masih panas dengan nasi putih.


7 comments:

  1. Salam makcik... enaknya ayam goreng makcik ni, nanti pasti cuba bila dah siap dengan diet saya nanti :)

    ReplyDelete
  2. Aslmkum CM.
    Sedap tu..Rasanya mkn dgn bubur or nasi putih panas2 tentu sedap. Huhuhuuu..buat sue meraban sorang2 kat opis ni tengok menu CM yg sedap2..Huhuhu

    ReplyDelete
  3. Adeeeehhh.... enak banget ni, nak kutip kacang gajusnya dulu, sedap!

    ReplyDelete
  4. Mmmmm....flavourful and spicy...love it. I think I need a big plate of rice to go with this. Thanks very much for sharing. MaryMoh at http://www.keeplearningkeepsmiling.com

    ReplyDelete
  5. Salam cm. Anak kakpah pun nak ayam. Ikan kalau dimasak yang habis kuahnya. Ikannya tergolek-golek dalam piring.
    Bahagian dada ni memang ramai orang tak gemar. Kpah kalau makan kfc siap cakap awal2 taknak bahagian dada.
    Peliknya dada ayam ni kalau dipotong kecil-kecil, laku pula tu..
    Cucu dah sehat?

    ReplyDelete
  6. Kak CM,

    uuuu sedapnya....nasi saya bawak sendiri ni kak...kalo akak bz tkpelah..saya senduk sendiri ye ayam tu kat dapur...heee

    ReplyDelete