Scone.
Inilah scone yang selalu kami beli dari dapur White Bricks Oven setiap minggu.Sedap sungguh.Beberapa kali Cm cuba masak scone sendiri tetapi tidak dapat menyamai rasa scone White Brick Oven:).Keistimewaannya kerana bahan-bahan semuanya organik dan tepung gandum pula di kisar sendiri.....Yis pun home made......harganya Rm 50 untuk 24 biji.
Hari ini Cm hanya goreng nasi untuk makan tengahari .Kami berdua saja dirumah kerana yang lain-lainnya ada program tersendiri.Minggu depan Si adik ada exam jadi hari ni Cm dah mula "kerah" dia untuk baca buku sejarah dan Pengajian Agama islam ,subjek yang paling dia tak suka.Apa-apa yang kena baca dia tak suka:(.......katanya jika dapat markah 100 boleh tak dia nak make a wish.
Wish.
Katanya jika boleh dia nak basikal baru kerana basikal lamanya dah teruk,semuanya tertanggal.hanya ada tayar dan tempat duduk je
Seorang raja bernama Midas dari negeri Phrygia .Beliau seorang raja yang sangat baik hati dan suka menolong orang walau pun beliau sangat miskin.Harta yang dia ada hanyalah 2 ekor lembu hehe..bayangkan jika raja hanya ada 2 ekor lembu.....rakyatnya tentu teramatlah miskin:).Pada suatu hari seorang tua yang pernah dia tolong bertanya.... apa yang dia wish jika diberi peluang...kata Midas dia nak agar semua benda yang dia sentuh akan bertukar jadi emas......
Emas.
Midas sangat gembira apabila setiap benda yang beliau pegang telah bertukar menjadi emas.Tetapi kegembiraannya tak lama sebab apabila dia menyentuh makanan....,makanan pun bertukar jadi emas,.Apabila Midas memeluk anak perempuan kesayangannya pula menjadi patung emas.....ini bukan lagi kegembiraan..ini merupakan mala petaka......Midas sedar akan kesilapannya.....
Maka Midas pun meminta orang tua tadi membuang "wish'nya itu.Orang tua tadi menyuruh Midas mandi di sungai Pactolus .Sebaik saja Midas terjun ke dalam Sungai Pactolus maka semua batu sungai bertukar menjadi emas dan Midas kembali seperti asalnya...dapat kembali merasai makan dan minum....kembali seperti biasa........
Kesimpulan....
Kekayaan ( Emas) bukan segalanya.Jika salah guna,salah tempat, merupakan musibah.Peringatan untuk diri sendiri agar jangan tamak,jangan mudah gelap mata dengan kekayaan dunia.Rezeki bukan nya wang ringgit semata-mata...Keluarga ,anak-anak..... merupakan rezeki,....kesihatan yang baik merupakan rezeki,.....kawan-kawan yang baik dan beriman merupakan rezeki......negara Malaysia yang aman ini pun rezeki.Alhamdulillah semoga sentiasa mendapat rahmat dan hidayah dariNya.....
Seronok baca cerita Midas, walaupun dah baca zaman kanak2 dulu
ReplyDeleteSeronok dengan kisah midas ni m.cik manggis. Pengajaran yang berguna. Saya da lama follow blog m.cik manggis, tengah nak belajar2 masak. Saya juga baru nak mula-mula menulis blog. Jemput singgah. Semoga ada manfaat.
ReplyDelete