LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, May 19, 2012

Bingka Labu Lemak Manis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Labu

Hampir seminggu Cm letak labu di atas meja makan.Asalnya nak buat masak lemak labu dengan daun selasih tetapi asyik tertangguh saja...betul kata pepatah"kerja bertangguh tak menjadi".saiz labu yang besar nampak makin mengecil kerana kecut.Kebetulan ternampak menu kuih Bingka Labu kat dapur Nor Ganu...terus jatuh cinta pandang pertama hehe......jangan tangguh lagi......Terima kasih Nor,yatie,Rima dan Jun........dan mohon maaf bebanyak ya sebab Cm "Oter" sikit resepi mengikut bahan-bahan yang ada kat dapur Cm ni......

Bahan-bahannya:

2 cawan labu-Cm kukus dan lenyek hancur.
2 cawan santan-Cm ganti dengan susu segar.
1 /2 cawan susu cair-Cm ganti dengan susu segar.
3/4 cawan gula perang.
2 biji telur.
1/2 tsp garam.
1/2 tsp esen vanilla-Cm ganti dengan 1/2 tsp serbuk kayu manis.
2 tbsp minyak sapi.
2 cawan tepung gandum.
Bijan untuk tabur-Cm hanya ada bijan hitam.
Cara-caranya:


  • Satukan gula,minyak sapi,susu segar,garam dan telur ke dalam mangkuk.Whisk hingga sebati dan tapis.
  • Kemudian masukkan labu dan kacau hingga sebati.
  • Sapukan loyang dengan sedikit minyak sapi.Masukkan kedalam oven sebentar.Keluarkan.
  • Curahkan adunan labu tadi kedalam loyang.Tabur dengan bijan.Bakar hingga masak.Cm suka bahagian atasnya garing dan ranggup :)
  • Biarkan bingka betul-betul sejuk baru di potong.


Potongan kurang cantik kerana ada "peminat" setia yang tak sabar nak makan. Tak sabar nak tunggu kuih betul-betul sejuk.:)  Alhamdulillah memang sedap.Si adik makan berulang-ulang.Rasa serbuk kulit kayu manis dengan labu memang "masuk".:)



4 comments:

  1. salam kak CM ^^ sedapnyer bingka labu! tun dh purikan labu tu.. nunggu nk gi kedai beli susu. habis stok pulak.

    ReplyDelete
  2. Saya pun ada labu potong dah mula nak berkulat dalam peti. Bagus juga ikut jejak CM :).

    ReplyDelete
  3. Kak pb suka labu, hubby katanya 'pantang' apa tah, dah tua2 pun berpantang.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum CM,
    Cantik bingka labu lemak manis CM ni, tak kisahlah tukar bahan, yg penting menjadi dan laku...tq sudi mencuba..

    ReplyDelete