LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, May 18, 2012

Mee Soba And Chive Dumpling.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Dumpling.

Dalam keadaan cuaca  yang agak panas memang sesuai sekali di hidangkan makanan berkuah dan tidak pedas atau berempah.Ini lah salah satu menu kegemaran kami sekeluarga.Terima kasih Ika kerana Cm ambil resepi dumpling dari dapurnya.Tak kenal maka tak cinta...pada mulanya Cm beranggapan sangat sukar untuk membuat kulit dumpling ,tetapi setelah mencubanya,taklah sukar.....

Bahan-bahannya:

Untuk kuilit:

125 gm tepung kanji(wheat starch)
60 gm tepung ubi.
1 cawan air panas.
70 gm tepung ubi.
1/2 cawan air sejuk( ada ais)

Cara-caranya:


  • Satukan 125 gm tepung kanji,60 gm tepung ubi dengan air panas.Kacau hingga rata.
  • Masukkan 70 gm tepung ubi dan air ais.Uli hingga licin.Pada mulanya doh akan lekat di tangan.Jangan risau.Terus uli sehingga doh sebati dan licin.
  • Bahagikan Doh kepada bentuk  bebola kecil(36 buji)
  • Gelekkan hingga nipis dan isikan inti.Buatkan seperti bunjut kerana Cm nak gunakan untuk mee sup sekejap lagi.
  • Kukus sehingga dumpling masak-kulit bertukar menjadi cerah/jernih...ketepikan.Oh ya jangan lupa,sapukan minyak pada bekas untuk kukus dumpling,agar tidak melekat.


Inti:

500 gm daun kucai potong pendek.
15 ekor udang-buang kulit dan cincang.
200 gm daging ayam cincang.
1/2 batang karot-potong kiub kecil.
3 cm halia.cincang.
Sedikit minyak bijan.
Kicap cair.
Sedikit serbuk lada hitam.
Sedikit tepung ubi.
Garam dan gula secukup rasa,

Cara-caranya:


  • Panaskan sedikit minyak jagung.Tumis halia hingga wangi.
  • Masukkan ayam,udang,karot dan daun kucai.kacau hingga rata.
  • Masukkan kicap cair,minyak bijan,lada hitam,garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali bancuh sedikit tepung ubi dengan sedikit air dan curahkan kedalam inti.Gaul rata.Sejukkan  sekejap sebelum digunakan.
Sup.

Bahan-bahan untuk Sup:

2 pokok sayur sawi-potong sederhana .
7-8 ekor udang-potong dua.
200 gm isi ayam.
3 ulas bawang putih-ketuk.
1 ketul kecil halia-ketuk.
1  /2 tsp serbuk lada hitam.
2 tbsp kicap pekat.
Garam dan gula secukup rasa.
Air secukupnya kuah.
Sedikit minyak bijan.
sedikit bancuhan tepung ubi atau jagung.
Sedikit minyak untuk menumis,

Hiasan:

Daun bawang.
Bawang goreng.

1 peket  Mee soba-rebus dan toskan.


Cara-caranya:

  • Panaskan minyak.Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan udang dan isi ayam.Kacau rata.
  • Masukkan air secukupnya.
  • Kemudian masukkan garam,gula,kicap,minyak bijan. dan lada hitam.Seimbangkan rasanya.
  • biarkan mendidih sekejap baru masukkan bancuhan tepung jagung.
  • Akhir sekali masukkan sawi.Matikan api agar sawi tidak terlalu layu.
  • Hidang:masukkan mee soba kedalam mangkuk yang sesuai,letakkan dumpling.curahkan sup.Taburkan potongan daun bawang dan bawang goreng.Siap :)

7 comments:

  1. wahh..... sedapp!!! tun suka makan dumpling, tp tun beli skin yg ready-made je. hihi.. biasa laa, terlebih rajin ;p

    ReplyDelete
  2. Salam CM wah.. sedap n menyegarkan.. hirup2 sup dumpling tu.. ngan mee yang licin tu.. nyum2 nak join.. ni bawa mangkuk kosong neh he he he

    ReplyDelete
  3. baru tdi mkn dumpling
    mmg suka lah resepi ni
    cam takut2 je nak buat dumpling tu
    ada eh hat ready made hehehe

    CM..mee soba satu boleh

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.... tak sabar nak buat jugak! Memang sesuai benarlah hirup sup dalam keadaan cuaca panas begini... keluar pe;uh! Sihat.

    ReplyDelete
  5. ....nampak memang sedap....
    tapi biasalah otai ni dah malas nak membuatnya...

    ReplyDelete
  6. Wow CM, super love this combination. The dumplings look really really tempting. Slurpppp.....
    Thanks for sharing & have a lovely weekend.
    Kristy

    ReplyDelete
  7. Dekat mana boleh dapatkan mee soba kat pasaraya kat Malaysia? sy xjumpa pun...=(

    ReplyDelete