Buku..
Alhamdulillah ..akhirnya buku Bukan Sekadar Resipi menjadi milik Cm:)...beberapa kali berulang alik ke kedai buku Mph untuk dapatkan buku ini tetapi gagal kerana kehabisan stok.Percubaan untuk ke pameran buku di Pwtc tempohari juga gagal kerana masalah parking.....sesuatu yang "bernilai" memang banyak dugaan untuk memperolehinya.
Walaupun Cm hanya baru membaca kata pengantar I dan II tetapi sudah mencuit emosi Cm. Kata pengantar I(Kata hati suami) cukup membuatkan perasaan yang sungguh syahdu hingga hampir menitiskan airmata.....Cm suka sangat buku ini.......kerana ianya bukan sekadar buku resipi......
Ayam Goreng Ala Kfc.
Ayam goreng memang menjadi kesukaan anak bongsu Cm..Macam-macam versi dah Cm cuba semuanya dia suka.
Bahan-bahannya:
7 ketul ayam-paha dan kepak.
1 tbsp tepung gandum.
2 tbsp tepung beras.
2 tbsp tepung jagung.
2 tbsp tepung ubi.
1 tbsp serbuk kari daging,
1/2 tbsp serbuk cili.
1/2 tbsp garam.
2 biji telur.-pukul sedikit dengan garfu.
Perap ayam:
4 ulas bawang putih.-tumbuk halus.
1/2 tsp garam.
1/2 tsp serbuk lada hitam.
Cara-caranya:
- Perap ayam bersama bawang putih,garam dan serbuk lada hitam.
- Satukan semua bahan-bahan kering diatas hingga rata.
- Celupkan ayam ke dalam telur dan golekkan keatas serbuk tepung berperisa di atas hingga rata.
- Panaskan minyak dan goreng hingga masak; warna perang keemasan.
- Sedap dimakan begitu saja atau dengan nasi.
salam kak CM.. sedapnyer ayam goreng rangup2. dh xyah gi kepci la kalau mcm nih.
ReplyDeletewah CM sedapnya tgk ayam goreng tu...
ReplyDeletebuku dari Prof. Muhd Kamil & isteri ye kak CM? mesti best buku ni...
ReplyDeleteayam tu pulak dah tentu2lah best...
nampak macam ayam goreng KFC, sedapnya! buku bagus, i nak pergi MPH tengok tengok..
ReplyDeletemesti best buku tu..kalau terjumpa insyaallah CW nak beli ;) ayam goreng tu..sedap tu..cicah sos!
ReplyDeletesuka ayam goreng...nanti nk try style cm plak yer...
ReplyDeletebest je tajuk buku...hehehe...nyam2...daaa lapar plak tgh mlm ni..uhuks!
ReplyDeleteassalam kak CM, saya pun tercari2 lagi buku ni.. tak sabar nak baca. Kak dah khatam ker? hehehe
ReplyDeleteSedap resipi ayam goreng ni. tadi petang dah try. Thank you for the resipi.
ReplyDelete