Terima kasih pada Pn.Neo kerana datang hantar Kuih Chang untuk kami sekeluarga ( bukan senang nak dapatkan kuih Chang yang halal)..... dan mengajar secara teori untuk buat kuih tradisi orang Cina ini... lain kali Pn Neo berjanji nak buat demo untuk Cm ...... Akan Cm kongsi bersama kawan-kawan yang berminat.Resepi dibawah ini merupakan resepi secara kasar & anggaran..Cm muat turun untuk panduan agar tidak lupa atau hilang.Insyallah lain kali Cm akan letakkan sukatan yang tepat.
Bahan-bahannya:
Ayam-potong kecil.
Beras pulut.Rendam semalam.
Telur masin-ambil yang kuning-guna gunting-potong dua.(Telur mentah)
Cendawan-rendam dan potong 2.
Buah berangan-rebus.
Daun buluh kering-rebus hingga air mendidih dan bilas bersih.
Five spice.
Garam.
Gula.
Sedikit bawang merah.
Lada hitam.
Kicap pekat.
Kicap cair.
Bawang putih-agak banyak.
Cara-caranya:
Pulut.
- Bawang putih ditumbuk .
- Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga naik baunya.
- Masukkan beras dan gaul rata.Masukkan kicap pekat,kicap cair,five spice,gula,garam dan serbuk lada hitam.masak hingga semua baha-bahan meresep pada beras pulut.Ketepikan.
Ayam:
- Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
- Masukkan ayam dan kacau hingga rata.
- Masukkan kicap pekat,kicap cair,garam ,gula ,lada hitam dan five spice.Gaul hingga mesra.
- Masak sehingga air ayam kering.Ketepikan.
Buah Berangan:
- Rebus dan ketepikan dalam satu bekas.
Telur Masin:
- Telur masin ambil bahagian kuning sahaja.
- Potong dua dengan menggunakan gunting.
- Ketepikan dalam satu bekas.
Cendawan.
- Rendam hingga kembang dan belah dua atau jika besar boleh belah empat.
Daun buluh.
- lap sehingga kering.
Cara-cara membungkus:
Apabila siap di bungkus hendaklah direbus selama empat jam.
**Puan Neo telah memeluk islam kira-kira 33 tahun yang lalu .Beliau seorang muslim yang sangat taat.Kami menganggap beliau dan anak-anak sebagai ahli keluarga kami sendiri.Semoga beliau sentiasa berada didalam peliharaan Allah Taala.Murah rezeki dan dalam kesejahteraan selalu.Amin.
**Puan Neo telah memeluk islam kira-kira 33 tahun yang lalu .Beliau seorang muslim yang sangat taat.Kami menganggap beliau dan anak-anak sebagai ahli keluarga kami sendiri.Semoga beliau sentiasa berada didalam peliharaan Allah Taala.Murah rezeki dan dalam kesejahteraan selalu.Amin.
macamana rasanya cm.. Kpah tak pernah makan ni. Sedap?
ReplyDeleteWahhhhhhh..enak enak...aku suka banget ini....hebat...cikmanggis bisa bikin juga...
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah ada yg halal, bolehlah kita makan tanpa was-was..
ReplyDeleteSalam... wahh ini terbaik ni.. halal lagi suci.... terima kasih for the sharing :))
ReplyDeleteSalam CM.. akhirnyer.. dapat gak erma ketahui aper sebenarnyer...Kuih Chang Hokkian.. CM erma selalu nampak kalau ader pasar2 org china akan jual.. ala2 ketupat alas gitu.. jgnkan isi, namapun tak tau.. kali ni terjawab segala persoalan.. nampak cam sedap kan? tapi agak istimewa isinyer tang buah berangan tu he he he
ReplyDeleteGlad that you are enjoy this kuih chang, till now i still not master on wrapping a nice change, i plan to master it by this year, i hope, hehehe..
ReplyDeletehi kak cm, chicken meat also taste very nice..just like our chinese 'lo mai kai'! you are so luck to have kak neo to teach you and demonstrate how to wrap the bak chang..i pernah but tapi itu wrapping sangat teruk..ada setengah bak chang itu semua bocor!!
ReplyDeleteI think now the Malay is also getting good in making this savoury chang! Thumbs up to you. I am still haven't master to make it, shame on me!
ReplyDeleteSalam. Nama saya hisham. Pengarang majslah yg suka bak chang. Can i buy from u or pn neo. Wld really appreciate it if u cld contact me at 019-246008 or shamsalt@gmail.com thank you
ReplyDeleteNi nak cuba lah ye
ReplyDeleteOh my god I love this chang. Back in bandung, we have people selling halal ones with beef or chicken fillings but I have not found one in malaysia.
ReplyDeleteWill try to make it, or please share where can I order this from?
Thanks
sblum sis memeluk islam,slh satu fbret ni..mmg sedap,dgn resepi ni..sis nak buat yg halal pulak😋
ReplyDelete