LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, March 17, 2012

Rendang Ayam Cili Padi.





Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Wah lamanya dapur maya  Makcikmanggis tak berasap:)...jangan salah faham ya.Cm memasak seperti biasa tetapi tak sempat nak buat n3 kerana macam- macam hal.Maklum sajalah di musim cuti sekolah ni.Ada saja program yang tak dirancang.

Hari ini Cm masak rendang ayam  atas permintaan kak Long.Dah lama tak masak masakan pedas.Kali ini Cm masak rendang guna cili padi dan cili kering.Masa makan memang sedap tetapi selepas makan terasa panas perut.....memang kami sekeluarga alah pada masakan pedas.Suka makan pedas tapi perut pulak tak tahan.&; meragam....Sekali sekala tak apa..nak sedapkan hati........


Bahan-bahannya:)

1 ekor ayam-potong 12-15.
10 tangkai cili kering.
20 biji cili api.
15 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih.
1 inci lengkuas.
2 inci kunyit hidup.
2 inci halia.
5 batang serai-mayang.
2 batang serai -ketuk.
1 helai daun kunyit-mayang halus.
12 helai daun salam.
1 kg santan kelapa.
1 cawan air.
Garam dan gula secukup rasa.
1 keping asam gelugur.
2 tbsp kerisik.



Cara-caranya.


  • Bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas,kunyit dan 5 batang serai di kisar halus.
  • Masukkan ayam kedalam kuali atau periuk yang sesuai.Kemudian masukkan bahan-bahan kisan dan secawan air.Masak sehingga ayam 1/2 masak.
  • Kemudian baru masukkan santan,daun kunyit,daun salam,serai ketuk .garam.gula,kerisik dan.asam keping.
  • Masak sehingga kuahnya pekat.
  • Siap .Sedap dimakan dengan nasi atau nasi himpi,sayur lodeh dan kuah kacang.

5 comments:

  1. Aslmkm CM.
    Sedapnya rendang ayam. Siap ada nasi impit lg tu. Heeee. .

    ReplyDelete
  2. salam cm. amboi.. siap dengan nasik impit lodeh bagai. Ni macam raya je ni haha..
    sedap nampak ayam itu.

    ReplyDelete
  3. salam kak Makcikkkkk! sedapppnyerrrrr rendang cili padi niiiii kita dah terasa kepedasannyerrrr tuuu! boleh masuk list utk menu sendian berhad ehehe...

    ReplyDelete
  4. Uih....salam lebaran ke ni...tp erbaekk la rendang tu...pasti menyengat...

    ReplyDelete
  5. Hallamak... siap lengkap dengan nasi himpit! Ini yang tak tahan ni...nak datang rumah CM boleh tak?

    ReplyDelete