LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, October 28, 2011

Karipap Sardin.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah .Setelah seminggu melalui hari-hari yang sungguh sibuk akhirnya hari ini dapat Cm buat satu posting.Sebelum itu Cm nak ucapkan ribuan terima kasih pada Ilahjy,Sonia nasi lemak dan An periuktanah kerana sudi menerima jemputan Cm tempohari.Terima kasih kerana "tunaikan"impian Cm:) untuk bertemu dengan mereka.Insyallah Cm akan buat satu posting khas:) bila gambar gambar yang diambil tempohari siap:)...

Lepas solat Isyak tadi Cm buat  kuih  karipap untuk sarapan besok .Selalunya Cm buat karipap kentang tapi kali ni teringin sangat nak makan karipap sardin.Jadi tukar selera dengan inti sardin.Jom kita lihat bahan-bahan untuk intinya.

Inti Karipap Sardin.

1 tin sedang sardin cap ayam.-toskan sosnya.
1 labu bawang besar.-cincang
2 ulas bawang putih.-tumbuk 
5 biji cili padi.-tumbuk
1 tbsp serbuk kari ikan.-bancuh dengan sedikit air.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:

  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih,cili api dan bawang besar.
  • Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik baunya.
  • Masukkan sardin dan kacau hingga hancur.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa dan masak hingga inti  sardin kering.
  • Angkat dan sejukkan.
 Bahan-bahan untuk kulit karipap:)

  • 4 cawan tepung
  • 2 tbsp marjerin.- *panaskan bersama minyak masak
  • 1/2 cawan minyak masak.*
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 tsp  garam
Cara-caranya:

  • Panaskan minyak masak dengan marjerin.
  • Tuangkan kedalam mangkuk tepung gandum dan gaul rata dengan menggunakan sudu.
  • Satukan air dan garam.Tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung gandum tadi.
  • Uli hingga sebati.Rehatkan sekejap lebih kurang 5-10 minit.
  • Bulat bulatkan doh dan gelekkan hingga nipis.
  • Isikan inti dan klim kemas kemas.
  • Goreng hingga perang...Siap:)

21 comments:

  1. Wah sedapnya kalau dapat makan sama-sama ni.

    ReplyDelete
  2. Salam Diana.Cm dah siap goreng untuk sarapan kami sekejap nanti.Kami suka karipap panas jadi kena lah buat sendiri atau jika malas beli yang frozen;)

    ReplyDelete
  3. cantik jer kau kelim kan? kalau kpah mesti herot berot.

    ReplyDelete
  4. ibundo..hehe kena tengok hari jugak kakpah..jika hari rajin cantik la.Jika hari malas asalkan terkatup ok:)terima kasih kakpah.

    ReplyDelete
  5. As'salam CM

    favret ct ni karipap. tak kisah karipap apa asal jangan karipap sardin...hehehe. Nak2 kalau gi kat IKEA tu dok borong karipap telur lah jawab nya..hehehe

    lama juga tak mengelim karipap kat rumah ct ni CM..ada lagi yang belom goreng tak? nak tapau bawak balik :)

    ReplyDelete
  6. cantiknya keliman karipap CM, suka inti sardine....sedapnya...

    ReplyDelete
  7. t.kasih kak cm keran sudi guna plate tu... terujua ilah tengok.. ilah ada 2 tingkat jer huhuu.. t.kasih kerana sudi sambut kami sekeluarga dimajlis tu dan tak sangka an periuk tanah p juga..bila an pergi kak cm?

    ReplyDelete
  8. CT Delima..salam CT..ikea?oh tu lah karipap ada telur yang best sekali.

    Cm buat 10 biji je sebab tak ramai yang ada kat rumah pada hari biasa.Ada lagi 5 biji nih ..jom datang ambik hehe

    ReplyDelete
  9. yatie..terima kasih.Cm pun suka inti sardin.Buat pedas sikit baru umpphh.

    ReplyDelete
  10. ilahjy..terima kasih ilah..sukaa sangat sangat:)Asyik dok belek belek tu je.Hubby soh simpan dalam almari takut pecah.Akak cakap bair dok atas meja nak pandang puas puas.Pandang ru akan teringat kat ilah hihi,

    An datang lewat sikit dari ilah..ooo comel sangat:)

    ReplyDelete
  11. cantiknya karipap cm kelim ni. kemas je.. suke tengok. saya pun kalu ada pilihan depan mata, akan saya ambil karipap sardin dulu. suke

    ReplyDelete
  12. terima kasih izah:) betul tu Cm pun camtu jugak.Ambik karipap sardin dulu.Jika buat sendiri ada dua versi..versi pedas dan tak pedas.Yang pedas untuk diri sendiri:)

    ReplyDelete
  13. Selamat pagi CM,
    cantik je kajadian karipa sardin CM...tapau 2 ketul ye...nampak sedap sangat!

    ReplyDelete
  14. Amie...terima kasih Amie..nanti akak masukkan dalam bekas untuk Amie ya hehe

    ReplyDelete
  15. perfectnyer akak nyer karipap. teringin pulak nak buat, tapi dulu saya buat sekali mcm tak menjadi terus give up...but tgk akak nyer karipap ni, mcm nak try lagi skali la...inshallah. akak ade resipi utk filling ayam tak?

    ReplyDelete
  16. Aslmkum CM. karipap favorit anak2....hari ni minta karipap...nasib baik ada yg dah sy frozenkan. nanti nak buat inti sardin cam CM ni...

    ReplyDelete
  17. Salam cm...alahai... baru pagi tadi makan karipap sardin tapi beli punya,macam ni saya c&p ya.

    Comel2 belaka hehehe....

    ReplyDelete
  18. ivy..terima kasih.rasanya Cm tak letak resepi inti kentang & ayam.Insyallah nanti Cm letakkan:)

    ReplyDelete
  19. Mamasya..wslm.Anak anak memang suka makan karipap.Karipap frozen penyelamat jika ada permintaan atau ada tetamu yang datang secara mengejut hehe.

    ReplyDelete
  20. Zaitun..salam zai..dah cukup rehat?tentu penat bila melancung ni kan.Selalu bila sampai kat rumah baru penat hehe.

    Kami seisi rumah ni peminat karipap:)

    ReplyDelete
  21. Hi CM, it's been a while. Haven't been blogging much lately. However, love your karipap pastry crust. Thin & crispy! Thanks for sharing it.
    Have a great week ahead.
    Cheers, Kristy

    ReplyDelete