LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, August 1, 2011

Kuih Bingka Ubi Kayu (I)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ubi lagi ya hehe.Baki ubi  kayu parut semalam Cm masak bingka.Alhamdulillah sambutannya sungguh baik sekali.Kebetulan Angah dan suami berbuka bersama-sama kami hari ni.Meriah la  :)..kepada kawan kawan yang ingin mencuba resepi ini jangan teragak-agak memang sedap:)(puji sikit)......



Bahan-bahannya:(Sumber Rujukan dari Periuktanah)

4 cawan ubikayu parut.
1 cawan gula.
2 cawan santan pekat.
1/2 tsp garam.
100 gm butter
2 biji telur.
Sedikit pewarna kuning.


Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam mangkuk.Gaul hingga sebati.Tuangkan kedalam loyang yang sesuai.Bakar hingga masak.Apabila masak guna kan  api bahagian atas.Masak sekejap sehingga bahagian atas bingka perang.Biarkan bingka betul-betul sejuk baru di potong.Selamat mencuba ya:)

Terima kasih An dari periuk tanah.kerana berkongsi resepi yang sedap ini.Minta maaf banyak banyak sebab Cm ubah suai resepi ni  mengikut selera Cm hehe.Jangan marah An ya:)p...selamat berbuka puasa .

24 comments:

  1. kak cm cyg.. ada angah jer yer along kat penang ya.. esok2 ilah akan merasainya juga huhuuuu.. kak mai kita tukaq nak tak..tapi cyg ilah punya puding dah habissss buat sikit jer baru nak cuba... ilah suka mkn kerak kak tuuuu ..huhu kalu dekat nak minta sepiring hehehe

    ReplyDelete
  2. yang ini lena pun suka! nampak menarik! thanks for sharing this recipe!

    ReplyDelete
  3. salam..
    confirm sedap nih...
    tak di sangkal lagi..

    Ahlan wa sahlan yan Ramadhan..
    selamat berpuasa buat Kak dan keluarga

    ReplyDelete
  4. Salam kak CM!!! alahaiiiii sedapnyerrr!!! tu kerak2 tu bg kita :D santek gmbr se family kat tepi tuu :-)

    ReplyDelete
  5. salam ziarah.suka sangat bingka ubi, terutama bahagian yg hangus2 tu

    ReplyDelete
  6. Assalam CM, amboiii rajinnya wat bingka ubi...ummi plg malas nak parut2 ubi ni tau..kalau ada jual yg readymade kan best...hehee... jenis malas ummi ni.. ^__^

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan CM, sedap nmpk bingka kesukaan zana.....cuma susah nak dpt ubi yg elok.

    ReplyDelete
  8. Eh makcik kegemaran saya ni! Di melbourne cuma boleh dapat ubi kayu yang frozen, sesuai ke?

    ReplyDelete
  9. Salam Kak CM..emmm sedapnya bingka ubikayu.bau sampai sini kak!

    ReplyDelete
  10. Oh nanti saya print resipi ni untuk saudara saya yang jaga anak-anak masa Diana pergi sekolah. Minggu lepas dia teringin makan ubi kayu. Jadi kami ada beli ubi kayu frozen dari kedai cina. Rayyan yang lahir sini pun pertama kali rasa ubi kayu. Nak kena bakar dalm oven suhu berapa?

    ReplyDelete
  11. ilahjy..hehe tukar tukar kuih cam zaman dulu dulu ya:)..ya nnt bila anak anak dah kawen dan ada rumah sendiri akhirnya kita kembali pada asal..hanya berdua.tak pe ini lah kehidupan.Bila tinggal berdua diusia emas ini banyak benda yang nak di lakukan bersama..jalan-jalan...ke masjid...dll.Tempohi je...

    ReplyDelete
  12. zulkbo..lama tak terserempak dengan Zul..selamat berpuasa buat Zul seisi keluarga:)

    ReplyDelete
  13. salam ika..gambar mana?hihi nampak ke?selamat berbuka Ika:)

    ReplyDelete
  14. mama janet..terima kasih kerana singgah kedapur Cm ni..ya Cm pun suka yang kerak-kerak tu.

    ReplyDelete
  15. ummi..ya la..bab parut tu memang malas btol.Jika ada yang frozen lagi best kan:)

    ReplyDelete
  16. zanafahmi...salam Ramadhan zana..ya btol selalu jika beli terkena yang keras..btol btol ubi kayu :)

    ReplyDelete
  17. Tummy..eh lagi bagus jika ada yang frozen di kedai.Rasanya pernah dengar ada kawan yang masak bingka ubi kayu guna frozen ubi kayu....cuba lah Tummy buat.

    ReplyDelete
  18. azatie sayang..hehe jauh bau tu:)

    ReplyDelete
  19. Malay Kadazan Girl..lagi senang jika yang frozen tak payah kerja parut memarut yang memenatkan tu.Cm guna oven zanussi 180 darjah C...terpulang pada jenis oven.Agak agak je.,,,

    Nanti jangan lupa letak gambarnya ya..tadi 3 hungry Tummies tanya samada boleh guna frozen ubi kayu untuk buat bingka ni...

    ReplyDelete
  20. Sorry CM for the late visit. Have been busy lately! Frankly, I haven't eaten bingka ubi for a very long time. Can hardly remember the taste. haha.... However, saya mengucapkan CM sekeluarga selamat berpuasa dan semoga semua sihat2 belaka ya.
    Blessings, Kristy

    ReplyDelete
  21. my little Space..ooh lama tu sehingga lupa rasanya:)....terima kasih kristy...terima kasih:)

    ReplyDelete
  22. salam kak cm, sedapp tu..lama x makan.. kerak tu yg best.. kak nak tanya, kalau tak ada loyang lubang tengah tu boleh ker? nk try lah..tq..

    ReplyDelete
  23. kak saya pengen juga kak tapi ad coklat nya kak..togel singapore

    ReplyDelete