Selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat sekelian.Hari ini hari pertama berpuasa jadi malam tadi tidur pun tak berapa lena kerana asyik fikir untuk bangun sahur..exited sungguh:)...Cm bangun agak awal jam 4 pagi untuk sediakan makanan . Seperti biasa kami bersahur ala kadar sahaja.....Nasi goreng ,sayur dan buah serta minuman panas.
Kuih Talam Ubi Kayu ni Cm buat malam tadi.Pertamanya nak ucapkan terima kasih pada Si abang kerana tolong mama parut ubi kayu ni.Bersungguh-sungguh beliau memarut ubi.Selepas maghrib dia mulakan tugasnya dan di sambung selepas Solat terawih..terima kasih banyak banyak.Tanpa pertolongannya projek Kuih Talam ni pasti gagal kerana Cm dah tak larat nak parut ubi..penat sungguh selepas kembali dari kampung semalam.Ubi ni hasil pemberian mak mertua Cm.mmkoi Mama....
Bahan-bahannya-Sumber...Along Roz,Knor Ganu dan Cmg.
Bawah
600 ubi kayu yang diparut.
160 ml santan cair.
50 gm gula merah.
200 gm gula pasir.
Sedikit pewarna kuning.
Bahgian atas:
600 ml santan.
1/2 tsp garam.
40 gm tepung gandum.
70 gm tepung beras.
Cara-caranya:
Bahagian bawah.
- Masak gula merah.gula pasir bersama santan cair dan daun pandan.
- Tuangkan kedalam bekas yang mengandungi ubi kayu parut.Kacau hingga rata.masukkan sedikit pewarna kuning.Gaul lagi.
- Tuangkan kedalam loyang yang sesuai dan ratakan.Kukus hingga masak.
- Satukan semua bahan bahannya dan tapis.
- Tuangkan keatas ubi kayu yang dikukus tadi.Kukus hingga masak.
- Apabila masak buka penutup pengukus dan biarkan diatas api selama 10-15 minit.
- Tunggu kuih betul-betul sejuk baru di potong.
Cm masak Talam Ubi kayu ni awal untuk berbuka puasa kerana Cm suka makan talam yang sejuk yang disimpan dalam peti ais terlebih dahulu.,,,,,sedap betul terutamanya bahagian atasnya.Terima kasih Nor,along dan Cmg....Bahagian atas tu memang perfect lah....
Terima kasih Along Roz kerana bagi kad ni...Cm dah gantung sebagai hiasan di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.Makasih ya Along.
Ini lah ubi kayu yang kami bawa balik dari kkampung:)
Assalamualaikum CM
ReplyDeleteSalam ramadhan buat CM sekeluarga,bertambah ceria tahun ini...kerana CM menyambut puasa bersama cucu tersayang....moga diberi kesihatan dibulan suci ini.
as salam kak....
ReplyDeleteselamat menyambut ramadhan al-mubarak..smga kita sama2 b'oleh keberkatan di bulan yg mulia ini....amin,
kak...sya baru b'angan2 nak buat kuih ni utk b'buka ptg nnti...smlm balik dr kampung mak mertua ada bawakan 3 btg ubi kayu..... ;)
selamat berpuasa buat cm sekeluarga...
ReplyDeletetalam ubi kayu...sedappnya...
mas suka....
salam ramadhan al mubarak..
ReplyDeleteSelamat Berpuasa and Salam Ramadhan! Oh, besarnya ubi kayu dari kampung awak! This kuih ubi kayu talam is perfect for berbuka puasa. I also looking forward to attend berbuka puasa dinner with my office staffs..
ReplyDeleteKak CM.
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadan dan selamat berpuasa.Saya pun nak buat lah kuih ni, Kak CM sebab saya suka any kuih yang ada ubi kayu.Yang bestnya tinggal kat luar negeri ni, senang nak beli ubi kayu yang dah siap diparut..senang kerja and bila buat kuih tu cepat aje siap..hehehe.Thank you for the recipe.
salam ramadan utk kak cm n famili..sedap talam ubi tu kak..ubinya pun besar betul,blh bt bnyk tu..blh bt moreh skali. :))
ReplyDeleteSelamat berpuasa CM (dan keluarga) . Untung dapat ubi kayu ya? Saya suka sangat makan ubi kayu, nanti nak cuba buat kuih talam ni, tak pernah try.
ReplyDeleteselamat berpuasa, kak cm! lena juga suka makan berbagai bagai kuih ubi kayu!
ReplyDelete